Friday, 30 December 2016

EZAM UMUM KELUAR PPBM


Bekas senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor dipercayai keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kurang 3 bulan menyertai parti itu selepas keluar daripada Umno.

Bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memaklumkan perkara itu kepada setiausaha agung PPBM dalam suratnya.

Ini adalah kali ke-2 PPBM berdepan tindakan ahli keluar parti, selepas Datuk Khairuddin Abu Hassan pada 27 Oktober lalu.

Ezam merupakan antara orang kuat Anwar yang memainkan peranan penting mengasaskan Parti Keadilan Nasional, yang kemudian dinamakan semula kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas bersatu dengan Parti Rakyat Malaysia.

Ezam bagaimanapun menyertai semula Umno pada 2008, dipercayai ekoran perselisihan faham dengan Anwar dan beberapa pimpinan tinggi PKR.

Ezam yang dilihat rapat dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, kecewa dengan haluan parti yang baru-baru ini menyaksikan Anina Saadudin, diturunkan daripada jawatan ketua sayap wanitanya, Srikandi.

Kini lebih ramai aktivis PPBM yang menyertai parti serpihan Umno itu akan mengikut jejak Ezam dan Khairuddin.

“Sebab itu kini PPBM gagal menarik masuk ramai ahli baru kerana parti ini kelihatan seolah-olah milik eksklusif individu tanpa bersikap inklusif,” kata sumber itu, sambil mempersoalkan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih “bercuti di Eropah” ketika ahli pembangkang “berjuang di peringkat akar umbi di seluruh negara”.

“Gerak kerja PPBM cukup lemah setakat ini dan tidak memberi keyakinan kepada orang ramai untuk menjadi ahlinya,” tambahnya.

Monday, 26 December 2016

MUHYIDDIN PERLU TAMPIL UNTUK BERSIHKAN NAMA- KHAIRUDDIN

Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu tampil membersihkan namanya daripada sebarang tuduhan skandal kerana memastikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu kelihatan adil bersih dan saksama, kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Bekas ahli PPBM itu berkata selaku presiden parti, Muhyiddin juga tidak seharusnya dikecualikan daripada membersihkan namanya daripada isu yang sedang membelenggu imejnya.

“Semua pihak jangan pandang remeh isu ini. PPBM mesti mengambil tindakan proaktif secara bernas untuk mematikan serangan Umno terhadap isu ini pada musim pilihan raya umum kelak. Ini pasti berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu Anina Saadudin yang disingkirkan daripada jawatan ketua wanita PPBM, semalam.

Anina berkata dirinya dipecat daripada jawatan itu, namun dakwaan itu dipertikaikan Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamarudin Md Nor.

Anina berkata beliau sudah tanya Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan setiausaha agung, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang mengesahkan keputusan menyingkirkan beliau daripada jawatan itu.

“Jika Anina tidak dilantik ke jawatan ketua Srikandi PPBM disebabkan viral kes skandal seks beliau; ramai rakyat di peringkat akar umbi turut bertanya tentang kedudukan tuduhan kes skandal Muhyiddin dengan isteri orang pada suatu masa dulu,” kata Khairuddin.

Khairuddin berkata demi kebaikan kelangsungan hala tuju PPBM, presidennya perlu membersihkan nama serta imej beliau.

Malah, katanya NGO Jaringan Melayu Malaysia membuat laporan rasmi mengenai kes presiden parti PPBM pada Jabatan Agama Islam Johor.

“Kalau PPBM ingin cemerlang ia bukan saja mesti bersih tetapi juga harus kelihatan bersih.

“Majlis tertinggi parti mesti mengambil pendekatan tegas ke arah membersihkan imej parti yang semakin tercalar kebelakangan ini,” katanya.

Sehubungan itu, katanya Pakatan Harapan harus pertimbangkan untuk menonjolkan calon muka baharu daripada kalangan tokoh pemimpin muda seperti Datuk Seri Azmin Ali sebagai kemungkinan calon untuk jawatan perdana menteri jika barisan pembangkang memenangi pilihan raya umum kelak.
FMT

ANINA SAADUDIN SAH DITENDANG DARI PPBM

Anina Saadudin menegaskan dirinya dipecat daripada jawatan ketua wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), namun dakwaan itu dipertikaikan Ketua Penerangan, Datuk Kamarudin Md Nor.

Anina berkata, beliau sudah bercakap dengan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang mengesahkan keputusan menyingkirkan beliau daripada jawatan itu.

“Mereka kata saya tidak disyorkan Majlis Presiden untuk dilantik sebagai ketua Srikandi,” katanya merujuk nama sayap itu.

Katanya, beliau mengangkat sumpah jawatan itu pada 2 November lalu dan secara rasmi menjadikan beliau ketua Srikandi.

Kamarudin ketika dihubungi berkata, Anina tidak pernah dilantik dan angkat sumpah beliau merupakan “kesilapan teknikal”.

“Beliau dilantik secara rasmi sebagai ahli Majlis Tertinggi, bukan sebagai ketua Srikandi,” katanya kepada media.

Ujarnya , Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pun baru dilantik sebagai ketua pemuda PPBM, Armada.

“Kami perlu tunggu pengerusi dan presiden kemukakan cadangan mereka, barulah kita akan buat pelantikan itu,” kata Kamaruddin.

Anina juga mempersoalkan dakwaan Mukhriz dan Shahruddin yang beliau sekadar “menaja” jawatan itu, manakala barisan pucuk pimpinan PPBM yang diumumkan pada bulan lalu adalah pelantikan rasmi.

“Parti ini baru berusia 3 bulan, tetapi dipimpin seorang presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang mempunyai lebih 40 tahun pengalaman politik.

Anina menegaskan, sekalipun disingkirkan daripada jawatan itu, beliau akan meneruskan perjuangan “dengan atau tanpa kedudukan, dengan atau tanpa parti”.

Anina julung kali menjadi perhatian media apabila beliau mengkritik Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak secara terbuka pada mesyuarat Umno Bahagian Langkawi tahun lalu.

JAWAPAN KEPADA ISU TANAH UNTUK GOLONGAN BELIA TERENGGANU


KALAU tidak silap isu yang telah diviralkan dalam media sosial pertengahan tahun ini berkaitan pemilikan tanah yang telah diumumkan  oleh Menteri Besar Terengganu di dalam satu program di Hulu Terengganu pada mei lalu telah disalah tafsirkan oleh orang rakyat terutamanya golongan muda. 

Ramai yang meletakkan kesalahan itu diatas bahu YAB Menteri Besar dan kerajaan negeri kerana kerana dalam sidang media tersebut menyatakan perkara demikian sepertimana dilaporkan oleh akhbar tempatan.

Didalam perkiraan admin, purata daripada 1.8 juta orang rakyat Terengganu dan 55 peratus adalah golongan belia bawah 40 tahun (B40).

Adakah seramai 990 ribu orang golongan B40 akan memerima tanah yang dinyatakan itu dan ianya tidak masuk akal yang logikal langsung.

Admin telah berkunjung ke jabatan berkaitan dan ingin memohon tanah seperti mana yang diviralkan itu dan ini mendapat penjelasan dan pencerahan daripada jabatan dan juga sumber berkaitan tanah, penulis telah mendapat penjelasan yang begitu tepat dengan maksud percakapan YAB Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika itu.

Diantaranya, Isu tanah pemberian kerajaan seperti yang diviralkan dalam media alternatif adalah bertujuan untuk  menggalakan  rakyat Terengganu B40 yang tiada memiliki tanah bergiat cergas dalam sektor  pertanian.

Kerajaan negeri dibawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dan menggalakan rakyatnya untuk berusaha meningkatkan ekonomi melalui aktiviti pertanian.

Justeru itu  tanah yang dicadang adalah untuk  diusahakan bagi peserta yang berminat.

Peserta mestilah membuat proposal atau kertas cadangan yang berdaya saing dan mampu menjana ekonomi individu atau kumpulan.

Kerajaan bukan bercadang memberi tanah kepada rakyat secara 'open' iaitu setiap orang kategori B40 atau sesiapa sahaja boleh memohon tanpa tujuan asas tetapi setiap permohonan mestilah disertakan tujuan dan cadangan yang berekonomi serta mampu menjana pendapatan mereka dan kumpulan.

Oleh itu kerajaan negeri akan menimbang permohonan tersebut. Malah kerajaan akan turut membantu peserta mengusahakan tanah tersebut melalui agensi - agensi kerajaan yang berkaitan.

Untuk makluman juga, pihak kerajaan sangat  mengalu- alukan permohonan dari individu-individu atau kumpulan yang berminat untuk mengambil bahagian dalam projek yang berkaitan dan berpotensi untuk dimajukan dalam sektor pertanian.

Tanah yang telah dikenal pasti itu juga, kerajaan  bercadang memberikan Lesen Menduduki Sementara (LMS) kepada belia-belia terutama kepada lepasan Universiti atau graduan yang berminat untuk menceburi bidang pertanian dan projek-projek berkaitan pertanian.

Pemohon mestilah mengenal pasti tanah yang hendak diusahakan dan permohonan boleh dibuat terus kepada pejabat tanah daerah masing-masing.

Usaha yang baik dari kerajaan negeri harus diterjemahkan dengan sebaik mungkin dan ianya akan dilaksanakan mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pentadbir tanah disetiap daerah di negeri Terengganu ini.

Jadi harapan admin, ISU ini sudah diperjelaskan dengan sebaik-baiknya dan kepada yang berminat boleh berbuat demikian untuk menjana pendapatan keluarga ataupun kumpulan masing-masing.

Sunday, 25 December 2016

#FITNAHMRT: DAKWAAN RAFIZI DITANGKIS OLEH MRT CORP


Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menangkis dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung kos pembinaan Projek MRT Lembah Klang dan menjelaskan mengapa tuduhan dibuat tersebut tidak berasas sama sekali.




Atas kekecewaan oleh Rafizi Ramli. Pihak MRT tampil menjelaskan dakwaan mengatakan Projek MRT Lembah Klang bernilai RM40 bilion sebagai “bajet asal” projek adalah tidak tepat sama sekali.
Antara dakwaan yang dibuat ialah berkaitan dengan Projek MRT Lembah Klang, adalah nilai RM40 bilion yang telah didakwa sebagai “bajet asal” projek.
“Kami ingin menjelaskan di sini bahawa nilai ini telah dinyatakan daripada cadangan yang dikonsepkan pada Tahun 2010 dan oleh itu, ia adalah tidak lagi relevan untuk digunakan sebagai perbandingan dengan Projek semasa yang akhirnya dapat direalisasikan.
“Nilai RM40 bilion adalah pada asalnya dikemukakan dalam satu cadangan sektor swasta untuk ketiga-tiga laluan Projek MRT Lembah Klang (yang akan dibina secara serentak) kepada Kerajaan pada Tahun 2010 dan ia berdasarkan nilai harga pada Tahun 2009.
“Walau bagaimanapun, kos RM40 bilion tidak termasuk tren-tren elektrik dan sistem-sistem berkaitan dan juga pengambilan tanah,” kata MRT dalam satu kenyataan pada Sabtu.
MRT kemudiaan menjelaskan selepas disemak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kerajaan sudah mengambilkira cadangan dikemukakan dan membuat perubahan pada 2010.
“Mahupun begitu, selepas ia dikemukakan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Kerajaan telah mengkaji semula dan menjalankan kajian ke atas cadangan yang diusulkan.
“Kajian yang telah dibuat pada Tahun 2010 menyebabkan model bagi Projek MRT Lembah Klang berubah dengan ketara,” katanya.
Selain itu, MRT juga menafikan dakwaan Rafizi menuduh projek landasan tersebut kononnya diswastakan.
“Bertentangan dengan komen Rafizi, Projek MRT Lembah Klang seperti yang dapat kita lihat pada hari ini bukan sebuah projek yang diswastakan, ia adalah projek yang dimiliki sepenuhnya dan dibiayai oleh Kerajaan, menerusi MRT Corp,” jelasnya lagi.
MRT juga sekali lagi menyatakan kos bagi kos pembinaan Laluan SBK adalah RM23 bilion pada 2012 dan anggaran kos pembinaan bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) sebanyak RM32 bilion berdasarkan tender-tender yang telah dianugerahkan bagi pembinaan laluan.
Kesemua tender bagi kedua-dua laluan, Laluan SBK dan Laluan SSP telah dianugerahkan menerusi sistem tender terbuka.
Bagaimanapun, MRT berkata permintaan Rafizi untuk mendapatkan kos bagi Laluan 3 mustahil dapat diberikan memandangkan kajian kebolehlaksanaan bagi laluan itu sedang dijalankan dan hanya boleh diumumkan pada 2017 nanti.
“Oleh itu, adalah mustahil bagi MRT Corp untuk memberi kos anggaran bagi MRT Laluan 3.
“Sebarang nilai yang telah dilaporkan bagi MRT Laluan 3 adalah spekulasi semata-mata dan muncul dari sumber-sumber luar dan bukan dari MRT Corp. Oleh yang demikian, sebarang dakwaan bahawa nilai kos MRT Laluan 3 yang telah diumumkan oleh MRT Corp adalah salah sama sekali,” kata MRT.
MRT kemudiaan menyatakan kekecewaan ke atas tindakan Rafizi mempolitikkan isu pembinaan landasan tersebut kerana hakikatnya ia memberi manfaat banyak kepada orang ramai.
“Kami berasa kecewa dengan YB Rafizi yang cuba mempolitikkan projek yang jelas memberi manfaat kepada orang ramai. Bagaimanapun, MRT Corp akan terus memberi tumpuan bagi memastikan Laluan SBK beroperasi dengan lancar dan Fasa Kedua projek siap tepat pada waktunya.
“MRT Corp juga akan memberi tumpuan sepenuhnya bagi memastikan pembinaan Laluan SSP diserahkan tepat pada waktunya dan dibina dalam kos yang telah ditetapkan,” katanya.

AMARAN HUJAN LEBAT DI PANTAI TIMUR MULAI ISNIN

Menurut Jabatan Meteorologi.Kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia dijangka mengalami hujan lebat selama tiga hari mulai Isnin ini.

"Hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang mulai Isnin hingga Rabu ini."

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan

Thursday, 22 December 2016

TINDAKAN LUCU OLEH JAMAL YUNOS PUNYA MESEJ TERSIRAT

     
Jamal Yunos dengan hanya berkemban, membuktikan
releven lagikah kerajaan PKR Selangor?

       1.“Jamal Yunos?? Tipulah kalau kau tak kenal dia tu siapa”. Namanya semakin disebut oleh segenap masyarakat kita pada hari ini dek kerana tindakannya yang tidak masuk akal. Contohnya, berkemban dengan tuala di hadapan bangunan SUK semalam. Berikutan masalah gangguan bekalan air di Negeri Selangor.


  2. Saban hari Jamal Yunos seolah-olah menyerahkan batang tengkuk sendiri untuk dijadikan bahan ejekan dan ‘troll’ oleh pengamal media di pihak dek kerana tindakan yang dilakukannya langsung tidak melambangkan sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar.


  3. Adakah Jamal Yunos tersentap atau berkecil hati dengan reaksi ‘netizen’ terhadap dirinya? Jawapannya tidak, kerana Jamal Yunos seolah-olah menjadikan ‘troll’ dan ejekan itu sebagai bahan baginya untuk meneruskan lagi aksinya.


  4. Sebagaimana yang sering dilakukan oleh Rafizi Ramli, bezanya ialah Jamal menjadi bahan lawak tetapi Rafizi bertindak seperti ‘whistleblower’ atau lebih terang lagi tukang timbulkan isu untuk dipolitikkan( walaupun  beberapa kali kantoi itu hanyalah FITNAH ).


 5. Dalam kita tidak sedar bahawa tindakan yang dilakukan oleh Jamal Yunos ini adalah merupakan satu mesej yang perlu difahami bahawa, kerajaan Negeri Selangor adalah GAGAL  dalam menguruskan bekalan air untuk disalurkan kepada rakyat.


 6. Memberi bekalan air yang percuma pada setiap bulan bukan penyelesaiannya. Sebaliknya bekalan air yang efisien dan berterusan itu yang rakyat Selangor mahukan. Tidak kisahlah waima isi air lombong sekalipun ke dalam tangki simpanan induk.


7. Tahukah kita bahawa apa yang dilakukan oleh Jamal Yunos ini mendapat ‘free publicty’? Ini asas ilmu publisiti. Baik atau buruk bukan menjadi persoalan kerana kita harus menilai pula bagaimana perkara yang menjadi publisiti dijadikan bahan cerita oleh pihak media dan wartawan.


 8. Lihat dan bandingkan bagaimana mereka menyampaikan sesuatu berita kepada kita.  Namun, setiap pengamal media ‘mainstream’ dan portal berita tetap mempunyai agenda dan cara yang tersendiri dalam menyampaikan maklumat. Ini bagi memastikan KPI bulanan mereka tidak merosot.


  9. Tindakan yang berkaitan untuk mendapatkan publisiti percuma ini sama sahaja,  seperti aksi-aksi melawan mana-mana kumpulan. Tujuannya adalah, mahu menunjukkan rasa tidak puas hati kepada penguasa secara ‘automatik’ berjaya menarik perhatian pengamal media dan tentu sekali ia berjaya.


 10.Tak percaya ke? Sebelum Anis Syafiqah berjaya mengajurkan Perhimpunan Tangkap MO1 pada Ogos lalu. Adakah kita kenal yang dia itu siapa? Cuba bandingkan LIKE dan SHARE di Facebook nya sewaktu sebelum Perhimpunan Tangkap MO1 diadakan dan selepas perhimpunan tersebut sehingga dihukum gantung oleh pihak pentadbiran Universiti Malaya.


11.Itu adalah contoh yang terbaik mengenai kesan apabila pelaku berjaya mendapatkan publisiti percuma.


12.“Publicity is a great purifier because it sets in action the forces of public opinion, and in this country public opinion controls the courses of the nation”. - Charles Evans Hughes


Tuesday, 20 December 2016

DIPLOMAT RUSSIA MATI DITEMBAK DI ANKARA


Karlov sedang berucap di Ankara sebelum insiden berlaku.
Seorang diplomat Russia ke Turki, Andrey Karlov, telah ditembak mati ketika sedang menyampaikan ucapan di Ankara sejam yang lalu.

Penembak, M Mert Altintas, seorang polis Turki yang pernah berkhidmat kepada Erdogan telah melepaskan beberapa tembakan dari jarak dekat daripada belakang ketika Andrey sedang memberikan ucapan.

M Altintas menembaknya tepat ke dada kiri mangsa seraya melaungkan takbir dan melaungkan kata-kata tentang Aleppo. Rakaman terhenti disitu setelah beberapa kali Altintas melaungkan takbir.

Andrey merupakan seorang kedutaan Russia yang ditugaskan ke Turki dan aktif bergiat dalam menghantar bantuan medikasi ke Syria. Manakala M Altintas pula disyaki didalangi oleh gerakan tertentu yang menginginkan peperangan terjadi antara Turki dan Russia.

Dalam situasi provokasi seperti ini, kita semestinya mengetahui pihak manakah yang menginginkan Russia dan Turki ini berperang. Lagipun, luka lama Russia terhadap Turki yang pernah menembak jatuh Su-24 suatu ketika dahulu masih boleh dijadikan 'trigger' untuk mengambil tindakan dengan mengangkat senjata.

Seandainya perang Turki dan Russia terjadi, maka siapa yang untung?
Reaksi Altintas selepas berjaya menembak Karlov.


Sumber: https://sputniknews.com/middleeast/201612191048754603-russian-ambassador-ankara-dies/

Friday, 16 December 2016

SEBAB UTAMA PENTADBIRAN NAJIB RAZAK SELAMA 8 TAHUN DIMARAHI RAKYAT



8 TAHUN NAJIB RAZAK JADI PERDANA MENTERI APA YANG DIA BUAT ?..

Aku tak faham, Selama 8 tahun Najib Razak jadi Perdana Menteri, apa yang dia dah buat? Zaman Mahathir, 8 tahun masih lagi bailout Proton. Sebab itu rakyat marah sangat dengan Najib Razak kerana beberapa perkara. Di antara 31 sebab kenapa rakyat marah selama 8 tahun Najib Razak menjadi PM:

1. Projek Lebuhraya Pantai Timur LPT2. Patut disiapkan di zaman Tun Mahathir. Diberhentikan kerana PAS menawan Terengganu. Disambung oleh Pak Lah, terhenti kerana kenaikan melambung harga bahan api diesel dan petrol. Berjaya disambung semula dan disiapkan oleh Najib walaupun dikatakan Malaysia mahu bankrap.

2. Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak sedang giat dilaksanakan.

3. Projek Lebuhraya Pan Borneo 1000 km lebih tanpa Tol sedang giat di bina.

4. Terminal Bus Selatan mengantikan Terminal Bus Puduraya yang cukup moden dan sistematik. Ini menggantikan projek Plaza Rakyat yang dihentikan sejak zaman Mahathir kerana bencana ekonomi 1998 dan sekarang dalam proses dipulihkan oleh kerajaan Najib.

5. KLIA 2 siap walaupun dituduh Malaysia tiada wang.

6. LRT 2 siap dan sudah beroperasi walaupun di tuduh Malaysia akan bankrap.

7. Pembinaan menara tertinggi di Malaysia iaitu KL 118 sedang berjalan.

8. Projek Bandar Moden Malaysia dan TRX termasuk keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Singapura.

9. Kelulusan pembinaan lebuhraya dari Terengganu ke Kelantan.

10. Kelulusan projek keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Pahang ke Terengganu dan Kelantan yang menelan kos kira kira RM70 billion.

11. BR1M pun rakyat dapat.

12. 840 mangsa banjir dapat rumah percuma.

13. Banyak pembinaan cawangan cawangan UITM yang baru.

14. Banyak pembinaan MRSM yang baru.

15. Bandar Universiti Pagoh yang terdiri daripada 4 buah universiti.

16. Apartment baru untuk polis, dulu cuma rumah flat sahaja.

17. Banyak Hospital, Pusat Kesihatan dan Klinik 1Malaysia yang baru.

18. Kenaikan gaji minimun kepada RM900.00, pencen tentera, skala gaji kakitangan awam.

19. Penstrukturan semula Malaysia Airlines System daripada terus menanggung rugi berbillion ringgit.

20. Baucer buku pelajar kolej dan universiti swasta dan kerajaan RM250.00 setahun.

21. Menghapuskan beban subsidi berbillion ringgit oleh kerajaan terhadap Proton melalui penswastaan.

22. Menghapuskan subsidi IPP berbillion ringgit kepada syarikat syarikat besar.

23. Rumah percuma bagi rakyat miskin bernilai RM25,000 ke RM30,000.

24. Rumah mesra rakyat RM60,000 dengan bayaran bulanan sekitar RM200.

25. Perumahan PR1MA.

26. Membantu penstrukturan semula pengurusan air Kelantan yang dah berpuluh tahun mengalami masalah.

27. Lebuhraya baru Kuala Lumpur ke Kota Bharu Kelantan melalui Merapoh Pahang sedang giat berjalan.

28. Keratapi laju Kuala Lumpur ke Ipoh ke Padang Besar, Perlis dah siap beroperasi.

29. MRT line 1 dah nak operasi, MRT line 2 dan LRT line 3 dah nak mula pembinaan.

30. Bangunan Signature tower di TRX setinggi KLCC yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap tahun 2018.

31. Projek KL PUTRA WORLD TRADE CENTER

Sunday, 11 December 2016

ASET KERAJAAN PULAU PINANG HAMPIR HABIS DIJUAL, RM1.75 BILION LESAP ENTAH KE MANA

Akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa Lim Guan Eng secara rasmi menjawab di sidang DUN Pulau Pinang bahawa cuma terdapat satu agensi Kerajaan Negeri, iaitu PDC Pulau Pinang yang telah menjual tanah kerajaan bernilai RM1.74 bilion sejak tahun 2008.

Jumlah ini tidak termasuk nilai tanah yang dijual kepada EcoWorld untuk membangunkan sebuah resort golf berharga RM700 juta yang kemudiannya dibatalkan kerana tanah tersebut tidak cukup besar untuk dijadikan padang golf.

Ini juga tidak termasuk jualan sebanyak RM160 juta saham dalam projek PDC Pulau Jerejak baru-baru ini.

Ini juga tidak termasuk usaha sama (JV) dengan syarikat Temasek Singapura di mana PDC telah menyerahkan tanah negeri yang bernilai sekurang-kurangnya RM1 bilion kepada syarikat usaha sama tersebut.

Dan sudah tentu, ini tidak termasuk tanah bernilai RM6.34 bilion untuk membangunkan projek terowong Pulau Pinang yang meragukan kerana ia merupakan transaksi di luar penyata berimbang kerajaan negeri.

Jumlah RM1.74 bilion adalah sangat banyak kerana ia melebihi jumlah keseluruhan rizab negeri Pulau Pinang dan kira-kira 5 hingga 6 kali ganda pendapatan biasa operasi kerajaan Pulau Pinang (tidak termasuk pendapatan dari hasil penjualan aset), iaitu kira-kira RM300 juta setahun.

Lebih pelik lagi kerana Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang telah meminjamkan RM100 juta kepada PDC (yang mana Ketua Menteri juga merupakan Pengerusinya) tahun ini dan akan meminjamkan lagi RM609 juta kepada mereka tahun depan.

Jadi, apa sebenarnya yang telah terjadi kepada RM1.74 bilion ini?

Kerajaan Pulau Pinang hanya tahu menjual aset negeri bagi menampung peningkatan 6 kali ganda perbelanjaan operasi tahunan negeri - sudah pasti ini bukan suatu strategi pengurusan kewangan yang pintar atau mapan.

Sekarang aset negeri sudah hampir habis, jadi apakah yang hendak anda lakukan selepas ini?

Saturday, 10 December 2016

SURAT LAYANG FITNAH ZAHID HAMIDI 'GAGAL'!!!


Orang ramai diminta supaya tidak mudah percaya dengan  berita atau maklumat yang tidak sahih. Surat yang tersebar melalui laman media sosial mengenai tekanan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta Perdana Menteri meletak jawatan adalah tidak benar.

Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri, Azizul Hakim Abdul Aziz mengesahkan bahawa surat layang didakwa ditulis Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang disebarkan melalui media sosial adalah fitnah oleh pihak tertentu yang ingin mewujudkan persepsi negatif terhadap pemimpin itu.

Menurut Azizul, cubaan merosakkan imej Timbalan Perdana Menteri mula dikesan apabila Ahmad Zahid difitnah kononnya meletakkan batu asas kuil demi meraih sokongan kaum India melalui sebuah video.

Kebenaran surat tersebut amatlah diragui berkaitan format persuratan rasmi yang digunakan seperti menyebut gelaran Yang Berbahagia yang sepatutnya adalah Yang Berhormat untuk Ahli Parlimen. Ia disusuli dengan penyebaran grafik Naib Presiden Umno itu meminta Dato' Seri Najib Tun Abd Razak berundur. Dan diikuti pula dengan sebaran gambar surat layang yang kononnya menjadi Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri baru seandainya Najib berundur.

Tegas Azizul, segala maklumat yang tersebar itu palsu dan hanya bersifat propaganda untuk mewujudkan ketegangan dalam Umno.

Timbalan Perdana Menteri tidak terlibat sama sekali dengan surat yang diedarkan yang turut melampirkan senarai kabinet bayangan kerajaan baru yang akan dibentuk.

Kandungan surat tersebut mengatakan skandal yang dipalitkan terhadap Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak telah melemahkan kerajaan seterusnya meminta supaya Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya mendesak supaya beliau meletak jawatan.

Sambil mengingatkan pihak terbabit supaya berhati-hati kerana PDRM dan SKMM sedang mengesan mereka, Azizul menegaskan akan mendedahkan "Algojo" yang menyebarkan semua fitnah tersebut.

NotaKaki: pelaku gagal membezakan surat rasmi dengan surat tidak rasmi.



Surat muka hadapan. Format surat tidak rasmi
Muka Surat 2. Banyak typo di bahagian Portfolio anggota kabinet

Baca di perenggan yang panjang itu, banyak kesalah kosa kata dan penggunaan bahasa yang salah dalam menulis surat. Menulis surat adalah satu bentuk karangan berformat. 




Friday, 9 December 2016

ANNUAR MUSA TIDAK MELENTING KERANA JEMPUTANNYA DIBATALKAN ISTANA NEGARA.


                                                
Jemputan keatas Tun Dr Mahathir Mohamed dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali untuk hadir ke majlis pertabalan YDP Agong yang baru dibatalkan  masih lagi hangat dibincangkan di media-media sosial. Hal ini kerana perkara tersebut dijadikan isu oleh Mantan Perdana Menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun.


Pembatalan jemputan bukanlah melibatkan beliau sahaja. Malah difahamkan, Ahli Parlimen Ketereh, TS Annuar Musa juga dibatalkan jemputannya. Perkara itu turut sama terjadi kepada beberapa ahli korporat dan mantan ahli politik seperti TS Syed Mokhtar Al Bukhary, TS Rodzali Ismail, TS Mahmood Adam dan juga TS Sanusi Junid.

Sudah menjadi hak Tuan Rumah iaitu Majlis Raja-Raja melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk menjemput sesiapa yang mereka kehendaki dan begitu juga sebaliknya. Sebab musabab mengapa jemputan dibatalkan tidak perlulah rasanya kita pertikaikan. Oleh itu janganlah pula bertindak tanpa kesipuan dengan menceroboh majlis yang tidak mendapat undangan.

TS Annuar Musa wajar untuk dihormati atas sikap dan reaksinya dalam menerima kenyataan ini. Walaupun beliau berada di dalam situasi yang sama dengan Tun Dr Mahathir, beliau menerima keputusan Majlis Raja-Raja dengan hati yang terbuka. Beliau tidak melompat dan juga tidak bercadang untuk hadir juga ke majlis yang tidak diundang itu.

Malah sewaktu era Tun Dr Mahathir menjawat Perdana Menteri TS Annuar Musa adalah merupakan seorang yang menjadi 'yes man' kepada Tun Dr Mahathir. Manakan tidak apabila sanggup dilabel rakyat Kelantan sebagai 'paria Kelantan' akan tindakannya yang berselisih faham Kerabat Istana Sultan Kelantan. 

Bukti Annuar Musa pernah menjadi 'yes man' kepada Mahathir.
Pernah suatu ketika dahulu beliau dihalang masuk ke Istana Kelantan atas perbuatan derhaka tersebut tetapi TS Annuar Musa tetap dengan sikap bertenang dan seakan-akan mengakui akan kesilapannya. Tun Dr Mahathir mudah lupa kerana pada ketika itu beliaulah yang mengarahkan TS Annuar Musa untuk bertindak keatas pihak Istana.

Thursday, 8 December 2016

MB RAZIF KEMBALI BERGELAR DATUK SERI

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan kembali Darjah Kebesaran Negeri Terengganu kepada Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman. Kurniaan tersebut membawa gelaran Datuk Seri.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.

Kenyataan itu berbunyi: "Setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu adalah dimaklumkan Ke bawah Duli Maha Mulia Sultan telah mengampuni perkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) kepada Yang Amat Berhormat Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkuat kuasa mulai hari ini".

Darjah kebesaran kepada Ahmad Razif ditarik balik pada 22 April lalu.- BERNAMA

DEMI KUASA PRINSIP 22 TAHUN DIKORBANKAN TUN M.


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengorbankan prinsip-prinsip yang dipegang teguh selama lebih 22 tahun apabila memilih untuk bersama-sama dengan pembangkang. Tindakan itu memperlihatkan sisi bekas pemimpin negara itu yang hanya berjuang untuk sesuatu kepentingan dalam berpolitik.

Dr Mahathir telah mengenepikan pegangannya yang terdahulu. Sedangkan pembangkang itulah yang mengkritik hebat setiap dasar-dasar yang beliau laksanakan semasa memimpin negara. 

Tetapi sekarang Dr Mahathir mampu duduk semeja di dalam majlis-majlis anjuran DAP yang terkenal sebagai musuh beliau sebelum ini semata-mata mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Barisan Nasional, yang telah dipilih oleh rakyat secara demokrasi.

Dr Mahathir yang merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dilihat duduk di pentas bersama barisan kepimpinan DAP, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, dan presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.

Tindakan demi tindakan yang dilakukan dilihat seolah-olah terdesak untuk menaikkan Perdana Menteri yang akan dipilihnya sendiri. Walaupun melanggar prinsip dalam demokrasi, itu tidak menjadi persoalan kepada Dr Mahathir kerana selagi mana DS Najib tidak diturunkan selagi itulah beliau akan menyerang kepimpinan DS Najib termasuk isterinya DS Rosmah.

Apa dilakukan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawa suara dan pandangan beliau masih relevan biarpun zaman kepimpinannya telahpun berlalu. 


Walaubagaimanapun, akibat malu dengan kejayaan mendiang Kee Kuan Yew yang menjadikan Lee Hsien Loong sebagai penggantinya di Singapura. Maka, Dr Mahathir juga ingin melakukan perkara sama dengan menaikkan nama Mukhriz sebagai penggantinya sebagai Perdana Menteri.

Monday, 5 December 2016

SIAPA CHEN MAN HIN?


Ramai tertanya-tanya siapakah gerangan 'uncle' yang duduk bersebelahan Tun Mahathir dalam Persidangan DAP di Shah Alam semalam. Sehingga ada ada yang menggelarkannya 'komunis baru keluar hutan'.

Nama beliau adalah Dr. Chen Man Hin. Antara pengasas PAP di Tanah Melayu dan seterusnya DAP setelah PAP diharamkan oleh Persekutuan Tanah Melayu. Chen Man hin dilahirkan di China dan belayar ke Tanah Melayu pada usia muda, sebelum Perang Dunia Kedua . Pada 1946, beliau belajar di King Edward VII Medical College di Singapura dan lulus pada 1952. Selepas itu bekerja sebagai pegawai perubatan / doktor di Singapura dan kemudian Hospital Seremban sehingga tahun 1956, apabila membuka klinik sendiri.

Chen Man Hin memang asal dari Negara China dan merupakan antara pelopor gerakan Komunis di China. Setelah mendarat di Tanah Melayu, beliau menggerakkan parti politik berasaskan Komunis bersama Lim Kit Siang, Karpal Singh, Tan Seng Giaw (Kepong), Devan Nair (Presiden Singapore) dan beberapa orang lagi.

Chen Man Hin tidak reti bercakap bahasa Malaysia mahupun memahami bahasa Malaysia sehingga DAP terpaksa mengeluarkan kos membeli alat 'translater' bernilai RM20,000.00 dalam persidangan DAP semalam.

Chen Man Hin adalah anti-Melayu dan anti-Islam kerana menurutnya hanya kaum Cina yang layak menjadi kuasa terbesar di dunia. Malaysia juga tidak terkecuali kerana beliau mempunyai pandangan orang Cina lah yang membawa kemajuan kepada semua negara dalam dunia ini.

DAKWAAN KEMASUKAN 700,000 WARGA CHINA ADALAH MENGARUT

Dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa lebih 700,000 warga China akan dibawa masuk ke Forest City adalah tidak masuk akal, kata Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled  Nordin.

Beliau berkata, ia hanya hasutan untuk menakut-nakutkan rakyat Johor dan mahu melihat Johor gagal dalam mencapai cita-citanya.

Mohamed Khaled menarik perhatian bahawa projek Forest City memakan masa kira-kira 30 tahun, dan antara perkara yang menjadi tarikan pelaburan ke Johor adalah kos perniagaan dan sara hidup yang rendah berbanding Singapura dan Kuala Lumpur, misalnya.

"Lepas 30 tahun mungkin akan ada 700,000 warga asing di Johor tetapi mustahil semuanya adalah warga China," katanya kepada pemberita selepas menutup  Sukan Muafakat 2016 Kawasan Rukun Tetangga Zon Air Biru, di sini hari ini.

Dr Mahathir sebelum ini mendakwa warga China berkenaan akan diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang.  

Mohamed Khaled seterusnya berkata beliau yakin rakyat Johor akan berfikir secara logik, dan mengingatkan mereka agar tidak mudah terikut-ikut dengan dakyah yang tidak masuk akal.

Menurutnya, Dr Mahathir tidak memahami cara Johor, dan tidak mahu melihat Johor berkembang maju.

"Kita di Johor tidak mahu sekadar menjadi 'laman belakang' Singapura, kita mahu membangun atas usaha kita, kemampuan kita, kekuatan dan kedudukan Johor itu sendiri," tegas menteri besar itu.

Katanya, Forest City merangkumi pembangunan kawasan perdagangan, pelancongan, perhotelan, kediaman, perkhidmatan dan sebagainya.

Forest City, dengan keluasan lebih 1,386.05 hektar, dibina atas empat pulau buatan manusia di Iskandar Malaysia.

"Pemasaran bagi kediaman di Forest City tidak tertumpu di negara China sahaja malah di Australia, Timur Tengah dan pelbagai negara lain dan yang ditawarkan hanya 10,000 unit," katanya.

Beliau berkata pembelian hartanah oleh warga China dilakukan atas dasar pelaburan selain memenuhi keperluan mendapatkan tempat tinggal sementara terutama pada musim sejuk.

"Dulu semasa Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) jadi perdana menteri, Pak Lah wujudkan pembangunan mengikut wilayah...ini adalah idea dari Pak Lah dan ia tidak boleh dinafikan, semasa zaman Tun Dr Mahathir perkara ini langsung tidak ada," kata Mohamed Khaled. - Bernama

Saturday, 3 December 2016

#PAU2016: GELOMBANG BIRU 2004 DI TERENGGANU KINI DI PAU 2016?


Pilihan Raya Umum ke 10 pada tahun 1999 pernah menjadi sejarah kepada jatuhnya pimpinan Barisan Nasional, di negeri Terengganu dan Kelantan pula masih mengekalkan pemerintahan PAS yang disandangnya setelah tiga penggal berturut-turut gagal dirampas UMNO melalui tiket Barisan Nasional.
                Rentetan daripada kekalahan BN di Terengganu. UMNO Terengganu yang diketuai oleh Datuk Seri Idris Jusoh bangkit untuk merampas kembali mandat pemerintahan negeri daripada PAS. Strategi dan perancangan yang diatur perlulah memberikan impak dan kesan yang mendalam kepada rakyat negeri Terengganu. Akhirnya terbitlah ‘Gelombang Biru’ yang dihasilkan bagi menawan kembali pimpinan kerajaan negeri Terengganu daripada PAS.

                Alhamdulilah, berkat dan usaha yang dibawa oleh Datuk Seri Idris Jusoh ketika itu mendatangkan hasil apabila melihat perubahan mandat oleh rakyat negeri Terengganu seolah-olah hampir 360 darjah. Kejayaan ‘Gelombang Biru’ ini menyaksikan Barisan Nasional kembali menerajui pucuk pimpinan kerajaan negeri Terengganu pada 2004 hinggalah ke hari ini.

                Itulah model atau contoh yang terbaik apabila penulis cuba menggambarkan mengenai kebangkitan rakyat negeri Terengganu melalui slogan ‘Gelombang Biru’ yang pernah diterajui oleh Datuk Seri Idris Jusoh yang kini menganggotai Kabinet Kerajaan Persekutuan dengan menjawat jawatan Menteri Pengajian Tinggi.

                Namun, Perhimpunan Agung Umno 2016 seolah-olah cuba mengingatkan kepada penulis akan kewujudan ‘Gelombang Biru’ di negeri kelahiran penulis pada suatu ketika dahulu. Namun, sejauh manakah keberkesanan ‘Gelombang Biru’ di PAU 2016 dengan ‘Gelombang Biru’ yang pernah menjadi malapetaka kepada PAS di Terengganu pada suatu ketika dahulu?

                Kita sedia maklum bahawa Perhimpunan Agung UMNO adalah upacara perhimpunan tahunan  besar-besaran bagi Parti orang Melayu yang terbesar di Malaysia. Seandainya amalan yang mampu merosakkan bangsa Melayu masih lagi diamalkan pada oleh segenap ahli pada hari ini. Malah apa gunanya sekiranya para pembahas berdegar-degar berbahas diatas pentas tetapi kita yang menjadi wakil rakyat pula hendak berjumpa setahun sekali belum tentu dapat dek sibuk dengan urusan parti katanya.

                Adakah para perwakilan yang berbahas pada PAU 2016 pada kali ini benar-benar membahaskan akan perihal orang Melayu sahaja tanpa menyentuh isu sensitiviti kaum lain? Sebenarnya saban tahun isu yang berkaitan sensitiviti kaum dipetik dan diucapkan oleh segelintir pembahas demi untuk mendapatkan sorakan dan tepukan gemuruh oleh segenap ahli dewan. Sedangkan pada setiap tahun peringatan selalu diberikan agar pembahas tidak melanggar peraturan pembahasan.


                Walaubagaimanapun, seandainya ada pembahas yang mengkritik dan mempertikaikan kepincangan pimpinan pada hari ini, itu sebenarnya perlu dilakukan lagipun pentas perbahasan merupakan pentas yang terbaik untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka tentang apa yang berlaku pada hari ini. Kalau tidak dari suara akar umbi, pilihan dari pihak manakah yang UMNO perlukan agar UMNO itu sendiri kembali ke landasan yang benar atau sanggup untuk melayani tuntutan yang dibuat oleh Ambiga dan Maria Chin melalui demonstrasi jalanan?

Dalam usaha untuk mengembalikan kejayaan PRU 11, UMNO perlu turun dan duduk semeja untuk berbincang dengan parti komponen seperti MCA, MIC dan Gerakan serta parti dari Sabah dan Sarawak yang bersama di bawah bendera Barisan Nasional. Lupakan sengketa dan buka buku baru demi survival dan keberlangsungan BN.

Isu RUU 355 yang disepakati bersama PAS perlulah diberi kefahaman secara berterusan agar perkara yang melibatkan hukum sayarak bagi orang Islam tidak lagi menjadi polemik dalam kem sendiri. cukuplah kita ketawa apabila melihat Pakatan Harapan yang masih berebut takhta Perdana Menteri seandainya mereka menang dalam PRU 14 akan datang.

Sebaiknya pimpinan sikap ‘humble’ perlu diteruskan oleh setiap pimpinan UMNO dalam supaya dilihat terus relevan bagi mengemudi parti komponennya dalam BN. Hal ini agar dapat lagi mereka memperkukuhkan solidariti dalam membawa ‘Gelombang Biru’ dalam PRU kali ini.

‘Gelombang Biru’ yang sedang menjadi bahan bualan pada PRU kali ini perlu diterjemahkan oleh setiap ahli sewaktu PRU kelak kerana semangat itu bukan sekadar ditonjol pada warna baju yang dipakai sahaja. Sebaliknya pada semangat dan keghairahan kita dalam perjuangan demi kembali mencapai 2/3 majoriti penguasaan di Dewan Rakyat, kerana itulah kunci kejayaan kepada 'Gelombang Biru' di negeri Terengganu sewaktu PRU 11 dahulu. Wallahualam...

               
                


Tuesday, 29 November 2016

TANAH RIZAB ORANG ASLI KELANTAN PERLU DIWARTAKAN- KU LI

Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan kerajaan Kelantan mewartakan sebahagian daripada tanah yang digunakan Orang Asli di kawasan parlimennya untuk masyarakat itu.

Beliau berkata ketika ini masalah timbul kerana Orang Asli menganggap kawasan yang didiami mereka adalah tanah tradisi milik mereka.

"Orang Asli bergantung kepada kawasannya dan anggap ia adalah tanah tadisi milik mereka. Tapi mereka tidak sedar di Kelantan tidak ada tanah rizab Orang Asli, tidak seperti di Perak, Negeri Sembilan dan Pahang.

"Saya sanggup campur tangan berunding dengan kerajaan negeri... kalau boleh sebahagian tanah yang diguna (Orang Asli) dirizab agar ia tidak dicerobohi oleh sesiapa termasuk pembalak kerana ada tanah yang luas lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk Visi Tunku Abdul Rahman untuk Keamanan dan Kemakmuran di Universiti Sains Malaysia di George Town hari ini.

Tengku Razaleigh mengulas insiden sekumpulan Orang Asli yang menyekat laluan lori balak di Pos Gob, Gua Musang baru-baru ini kerana mendakwa kampung mereka diceroboh dengan kegiatan pembalakan hingga menjejaskan kehidupan dan sumber pendapatan mereka.

Beliau berkata ia bukan hanya soal pencerobohan malah aktiviti pembalakan di kawasan itu juga mengancam kehidupan Orang Asli kerana ia menyebabkan punca air tercemar dan hidupan sungai juga banyak yang mati akibat air yang terlalu kotor.

"Air mereka walaupun sudah dimasak tetap tidak boleh diminum, kasihan mereka. Kita sudah cuba tanam paip sedalam 300 kaki, tapi tidak ada air sebab ia terletak di kawasan bukit.

"Sebab itu mereka buat sekatan kerana marah dan tidak boleh nak salahkan mereka sebab nak jaga kehidupan. Kedua-dua pihak kena faham soal ini dan berunding," katanya. - Bernama

16 ORG ASLI DITANGKAP DI GUA MUSANG


Bukan di Rohingya, tapi di Gua Musang Kelantan.

Kemaskini Terkini Blockade 1:50pm: Orang Asli vs Kerajaan Negeri Kelantan

Sehingga kini, 16 Orang aktivis Orang Asli telah ditahan PGA.

Senari ditahan:

1. Azmi bin Badul
2. Ayel bin Ajib
3. Majid bin Along
4. Yusman bin Andok
5. Alang bin Along
6. Arif bin Pandak
7. Angah bin Tegau
8. Radi bin Uda
9. Manglo bin tegau
10. Jamil bin Gabon
11. Johari bin Alang
12. Saharom bin Mohamad
13. Bahari a/l Angah
14. Ismadi bin Adek
15. Malik bin Along
16. Rais bin Sudin

Senarai akan dikemaskini.

POLIS, PJBT HUTAN, FRU VS ORG ASLI GUA MUSANG

Demi BALAK, 52% balak Kelantan daripada tempat bantahan orang asli Kelantan. Tauke balak kata 5 hari tidak operasi rugi RM50 juta!

Kerajaan Negeri dijangka mengaut Keuntungan daripada Hasil Hutan sebanyak RM177.20 JUTA daripada buku Bajet 2017, sumber income paling banyak kerajaan Negeri.

Demi DUIT, rakyat dan orang asli sanggup diketepikan??

3 Kawasan Orang Asli buat sekatan membabitkan Kawasan;

i. Hutan Simpan Balah - Hutan simpan kedua terluas di Kelantan

ii. Hutan Simpan Perias - Hutan simpan paling luas di Kelantan

iii. Hutan Simpan Stong Selatan.

Ringkasan Pertemuan Dengan Kerajaan Negeri dan PAS;

i. Dato Timbalan Menteri Besar waktu berjumpa Orang Asli awal November 2016 lalu kata akan TURUN berunding di kawasan Blockade, nampaknya POLIS dan BLACK MARIA yang turun.

ii. Dato Menteri Besar pula, juga kata ingin berunding, tapi yang diajak mereka Penghulu-Penghulu lantikan politik, orang asli yang dapat kontrak dengan ladang rakyat. Siap orang asli (pro kerajaan) serah memorandum Sokong Kerajaan Negeri (sokong pembalakan, ladang hutan)

iii. Pemuda Pas Kelantan sebelum ini masuk bulan Oktober, berjumpa di Blockade mengatakan pada orang Asli wakil Kerajaan Negeri akan masuk berunding dengan mereka.

Janji tinggal janji, harini berpuluh puluh anggota berpakaian lengkap akan masuk serbu, buka sekatan, angkut orang asli yang juga rakyat Kelantan ic 03?

Dimanakah nilai ISLAM yang diperjuangkan oleh PAS? Apabila benda asas berkaitan perundingan pun tidak boleh ditepati.

Tiada Ehsankan PAS Dan Kerajaan Negeri Kelantan?

~ Orang Asli membuat bantahan sebab ingin melindungi hutan semulajadi mereka, mahu Kerajaan Negeri berikan Tanah Adat mereka, sebab kegiatan pembalakan jelas menjejaskan sumber rezeki mereka.

Viralkan, doakan orang asli selamat dan pasukan yang ingin mengangkut orang asli ini digagalkan. Amen

#BantuOrgAsli
#SaveOurForest
#LawanPembalakan
#BalakKelantan

Monday, 28 November 2016

PAS GERGASI POLITIK DI MALAYSIA?



Satu ketika dahulu, sejak 1955, PAS adalah gergasi politik di pihak pembangkang.

PAS yang lebih banyak jadi Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat berbanding DAP dan PKR.

Kali terakhir PAS jadi Ketua Pembangkang adalah pada penggal 1999-2004, selepas itu sudah tiga penggal DAP dan PKR mendominasi PAS.

PAS hanya kekal sebagai kerajaan negeri Kelantan. Manakala DAP kuasai Penang. DAP dan PKR bersama sama kuasai kerajaan negeri Selangor.

Biarpun PAS banyak kerusi dalam DUN Selangor. Namun yang lebih dianggap "abang besar" di Selangor adalah DAP. ADUN PAS hanyalah ADUN kelas keempat selepas ADUN DAP, PKR dan PAN.

Dulu PAS ada "group Anwarinas" dan profesional di samping kumpulan ulama. Sejak tertubuhnya PAN, hanya tinggal ulama dalam PAS. Geng Anwarinas dan profesional sudah masuk PAN. Malah PAS juga hilang 6 kerusi parlimen kepada PAN.

Agenda DAP untuk memecah belah Melayu sudah berjaya. Dulu Melayu berpecah pada dua parti sahaja iaitu PAS dan UMNO. Sejak ada PKR, ada Melayu masuk PKR juga. Sudah terpecah tiga.

Dengan tertubuhnya PAN yang ditaja oleh DAP, orang Melayu berpecah kepada empat parti. Mahathir dan Muhyiddin pula dengan agenda peribadi dan kroni mereka menubuhkan PPBM, atau lebih dikenali sebagai parti bunga.

Wujudnya parti bunga ini memecahkan lagi Melayu kepada lima parti. Baru baru ini, Ibrahim Ali pula memaklumkan bahawa Perkasa juga berminat untuk tanding 50 kerusi parlimen dalam PRU14.

Dengan pengumuman Ibrahim Ali itu Melayu pecah pada enam parti. Ada juga Melayu yang masuk DAP seperti Dyana, Rara, Melati, Ahli Parlimen Bukit Bendera dan Ahli Parlimen Raub.

Melayu sudah terpecah kepada tujuh parti dengan mengambil kira Melayu yang masuk DAP itu. Melayu dari parti dominan Melayu yang mana masuk ke parti parti serpihan ini? UMNO atau PAS?

Yang menyusut paling ramai adalah dari PAS. Hilang 6 kerusi parlimen dan beberapa ADUN yang terus terang nyatakan sokongan pada PAN.

Parti bunga yang diasas oleh Mahathir hanya pergi dengan 1 kerusi parlimen Pagoh sahaja. Itu pun pendaftaran parti bunga hanya berjaya capai 15,000 keahlian sahaja di seluruh negara. Jauh dari sasaran awal 6 juta ahli seperti yang pernah disebut Khairuddin.

Kumpulan Melayu mana yang banyak masuk parti bunga? Bukannya ahli UMNO tetapi banyaknya adalah dari Perkasa dan PAS. 

Di Malaysia, dengan populasi rakyat sejumlah 30 juta orang, Melayu hanyalah 56% (16.8 juta) dari populasi. 12% adalah bumiputera Sabah dan Sarawak.

Dengan terpecahnya Melayu kepada 7 kelompok parti. Keahlian UMNO kini adalah 3.8 juta orang. Tidak menyusut tapi bertambah lagi keahlian baru.

Hampir 25% daripada orang Melayu di Malaysia adalah ahli UMNO.

Jika satu keluarga ada suami, isteri dan dua orang anak. Maka jumlah keluarga ahli UMNO adalah sejumlah (3.8 juta x 2 orang anak yang belum layak mengundi ) 7.6 juta orang Melayu. Ini bermakna 45% daripada keluarga orang Melayu di Malaysia adalah orang UMNO.

Pada 3 Jun 2016, Takiyuddin Hassan mengakui keahlian PAS merosot 20% kepada hanya 800,000 orang ahli.

800,000 orang ahli PAS bermakna hanya sejumlah 4.7% sahaja dari jumlah Melayu di Malaysia.

UMNO dengan 3.8 juta ahli sudah ada 23% sokongan Melayu, PAS  4.7% sokongan Melayu. PAN ada dalam 200,000 orang serpihan dari ahli PAS, 1.1%. Parti bunga hanya 15,000 ahli atau hanya  0.09%.

Pada 29 Disember 2015, SPR mendedahkan bahawa ada lagi 8.9 juta Melayu yang cukup umur belum daftar mengundi. Mereka yang belum daftar ini sudah mewakili hampir 52% jumlah orang Melayu di Malaysia.

a) UMNO  23%
b) PAS      4.7%
c) PAN      1.1%
d) PPBM   0.09%
e) Tidak Daftar 52%
Jumlah      80.89%

Ada lagi 19.11% Melayu yang mungkin bersama PKR, DAP dan Perkasa atau tidak berpihak pada mana mana parti.

DAP menguasai hampir 95% (3.9 juta orang) daripada hanya 25% populasi Cina di Malaysia (4.2 juta) dalam PRU14.

DAP mendapat sokongan daripada masyarakat Cina dan mereka menjadi ketua kepada pembangkang dan bukan lagi PAS. Lihat pecahan anggaran sokongan ini dalam pakatan pembangkang.

a) DAP  3.9 juta pengundi Cina (95%)
b) PAS hanya 4.7% pengundi Melayu
d) PAN hanya 1.1% pengundi Melayu
c) PPBM hanya 0.09 pengundi Melayu
d) PKR mendapat undi dari Melayu, Cina dan India (dianggar 2% undi Melayu)

Ini sebabnya PAS bukan lagi gergasi politik dalam pembangkang. DAP yang jadi penentu. DAP telah berjaya pecahkan Melayu dalam pembangkang.

Biarpun hanya 25%, DAP telah berjaya kuasai kaum majoriti di Malaysia dalam pembangkang.

Orang Melayu dalam pembangkang tidak boleh berharap apa apa jika DAP yang menjadi ketua.

Sudah dilihat apa nasib Melayu di Pulau Pinang bila DAP berkuasa. Melayu hanya diguna untuk lulus RUU Babi.

DAP hanya mahu pergunakan Melayu sahaja. Guna untuk mendapat kuasa. Lepas dapat kuasa, Melayu jadi mangsa.

Gergasi politik Melayu yang politik diharap untuk membela agama, bangsa dan negara sekarang adalah UMNO. Setelah PAS pecah, DAP sekarang yang kuasai Melayu di pihak pembangkang. Berhentilah jadi barua kepada DAP.