Saturday, 3 February 2018

PAKATAN HARAPAN SEMAKIN CACA MERBA, AZMIN TUDUH AMANAH TIDAK AMANAH!!

Dalam keadaan tarikh Pilihan Raya Umum 14 masih menjadi teka-teki, Pakatan Harapan pula semakin hari semakin berantakan walaupun baru sahaja selesai berkonvensyen di Shah Alam pada awal Januari tahun ini.

Rupanya, disebalik kerusi Parlimen yang telah dibahagikan kononnya secara saksama, isu yang timbul adalah pembahagian kerusi DUN di Selangor. Seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini selaku wadah informasi yang sahih oleh pembangkang, Azmin Ali baru sahaja menemplak akan PEMBOHONGAN oleh Parti Amanah di negeri Selangor.

Sebenarnya pertemuan antara pimpinan PH negeri Selangor sudah empat kali diadakan, pastinya dalam pertemuan ini ada dirundingkan tentang pembahagian kerusi. Tetapi Azmin mengesahkan bahawa masih terdapat permintaan, mereka mahu focus kepada pembahagian kerusi pula.

Bak kata Azmin, ‘sudah lebih 80 peratus’ telah diputuskan setakat ini. Selain itu, mengharapkan keputusan 100 peratus rundingan kerusi empat bulan sebelum pilihan raya adalah perkara yang tidak tepat.


Pendek kata, bab pembahagian kerusi tak PH yang menjadi punca gaduh, lagikan UMNO pun sama dua kali juga, itulah sampai ada yang tutup pos sepanjang PRU. Beza dengan PH adalah perkara remeh sebegini tidak boleh dibawa berbincang, alamatnya kalau kekal berebut kerusi hingga tahu bila tarikh PRU, takkanlah orang UMNO masih nak dua kali lima???

Wednesday, 31 January 2018

TANAH TRX DI SUNGAI BESI CHINA TAK JADI BELI PUN, KAU JE YANG MERAPU LEBIH.

1. Baiklah, memandangkan isu pemilikan tanah di TRX sudah lebih setahun diam dan pembangunan di TRX pun semakin rancak. Lebih-lebih lagi selepas, EXCHANGE 106 yang sedang dibina pun sudah melebihi paras ketinggian KLCC, itu tandanya bahawa segala kerja dan pembinaan di TRX masih mengikut jadual. Samalah macam Mahathir nak bina KLCC dahulu, 24 jam tak berhenti semata-mata nak kejar “’deadline’.

2. Munculnya kembali isu penjualan tanah di TRX kepada TRX adalah selepas Istiadat pengunduran Angkatan Tentera Malaysia dari Kem Sungai Besi. Sebenarnya hanya berpindah ke Sendayan, Negeri Sembilan tetapi cara pembangkang bawa cerita macam Pangkalan Udara TUDM itu macam tiada pembelaan yakni tiada alternative baru kepada TUDM.


3. Sebenarnya urusan jual beli tanah di TRX telah terbatal berikutan kegagalan China Railway Engineering Corp (CREC) gagal menadapat pembiayaan daripada kerajaan China. Menurut Financial Times, TRX City Sdn Bhd yang dimiliki Kementerian Kewangan mengumumkan perjanjian yang dimeterai dengan IWH-CREC pada 2015 sudah luput dan terbatal kerana “gagal memenuhi obligasi pembayaran”.

4. Walaubagaimanapun, IWH-CREC terlebih
dahulu menafikan dakwaan tentang kegagalan pembayaran ini, walaupun sudah 12 kali penangguhan diberikan. Sebaliknya, konsortium kerjasama China-Malaysia itu menegaskan mereka sudah membuat semua bayaran itu kepada TRX City seperti termaktub dalam SSA.

5. Begitulah perancangan awal oleh TRX terhadap tanah bekas PU TUDM di Sungai Besi, kini IWH-CREC bukan lagi pemaju induk Bandar Malaysia yang bernilai RM 200 bilion. Baiklah, pecahan pemilikan tanah ini adalah:
a) 40 peratus adalah milik Ministry of Finance Incorporated (MOF Inc), sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.
b) 22 peratus adalah milik Credence Resources Sdn Bhd., sebuah syarikat swasta milik warganegara Malaysia.
c) 14 peratus adalah milik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ)
d) 24 peratus milik China Railway Engineering Corporation yang akan membina terminus High-Speed Rail di situ. Yup, bullet train yang akan memendekkan perjalanan KL ke Singapura hanya dalam tempoh 90 minit!

6. Secara ringkasnya:
– 54 peratus adalah milik syarikat-syarikat kerajaan
– 46 peratus milik swasta (22 peratus milik swasta Malaysia dan 24 peratus milik swasta China).
Kini,
– 76 peratus Bandar Malaysia adalah milik Malaysia
– Hanya 24 peratus adalah milik China.
Jadi di mana mungkin China memiliki tanah bekas milik TUDM?

7. Kesimpulannya, projek HSR yang bakal menghubungkan Malaysia dan Singapura tidak mendatangkan masalah, malah ianya bakal mula dibina menjelang 2018. Berkenaan tanah di Sungai Besi, eloklah kau fikirlah pasal yang kau miliki itu dahulu sama ada sudah dibeli oleh Tauke Cina ataupun masih kekal menjadi hak milik apabila memikirkan tentang aset dan kedaulatan. Heh!




Saturday, 20 January 2018

TERGAMAK MAHATHIR HINA "MAHASISWA INDIE"

Ini contoh MAHASISWA INDIE

Tergamak sungguh mantan Perdana Menteri berkata sedemikian kepada mahasiswa kita berkenaan dengan mahasiswa yang memilih untuk berniaga selepas tamat pengajian. Memang zaman hari ini persaingan untuk mendapatkan kerja susah, tetapi memilih untuk berniaga juga adalah salah satu daripada jalan keluar masalah pengangguran.

 CELUPAR… Hanya kerana mahu hasut rakyat konon ekonomi Malaysia teruk, Tun Dr. Mahathir Mohamad tergamak menghina graduan universiti yang menganggur cuba berniaga nasi lemak.

Menerusi siaran sesi ucapan video beliau setiap Rabu yang dirakamkan dari Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, Mahathir mendakwa tiada apa yang perlu dibanggakan jika lulusan universiti kini menjual nasi lemak.
Pengerusi Pakatan Harapan yang berusia 92 tahun itu dengan biadab turut menghina bekas penuntut institusi pengajian tinggi yang memilih kerjaya sebagai pemandu Uber menjadi punca rezeki mereka selepas tamat belajar.
Memetik laporan portal berita propembangkang yang merujuk situasi itu sebagai gejala berbanding budaya baharu, Mahathir berkata pekerjaan yang dilakukan graduan tersebut menunjukkan kurangnya kerja berpendapatan tinggi.
Mantan perdana menteri selama 22 tahun yang pernah dikutuk pembangkang sebagai diktator itu berkata, dua kerja tersebut menunjukkan mereka tidak cukup upah dan bukan kerana berkembangnya semangat keusahawanan.
Bercakap dalam sesi soal jawab bervideo menerusi laman Facebook, Mahathir mendakwa konon perkembangan semasa itu menunjukkan pihak kerajaan Barisan Nasional gagal untuk menyediakan peluang kerja yang sepadan.
“Lepasan universiti memiliki kemahiran tinggi tetapi tiada peluang pekerjaan sesuai. Jika kita mahu jual nasi lemak, kita patut ada universiti yang ajar bagaimana cara berniaga nasi lemak, tetapi kita tiada universiti itu,” sindirnya.
Mahathir dengan nada sinis mendakwa: “Ia memalukan apabila graduan pula terpaksa jual nasi lemak atau memandu Uber. Ia menunjukkan kerajaan sendiri gagal menyesuaikan bidang kemahiran [graduan] dengan peluang kerja.”
Pandangan biadab beliau itu namun dibidas golongan peniaga kecil dan Mahathir tidak sepatutnya perlekeh usaha anak muda yang menunjukkan minat untuk melibatkan diri dalam perniagaan walaupun hanya menjual nasi lemak.
Presiden Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Pudu Kuala Lumpur, Jeff Tan Ker Chiang berkata, ramai berjaya menjana pendapatan lumayan malah pengalaman berniaga makanan kecil itu mengajar mereka lebih berdikari.
“Graduan universiti yang jual nasi lemak bukanlah sesuatu yang memalukan kerana mereka sekurang-kurangnya berusaha dan bekerja keras untuk cari rezeki tanpa menyusahkan sesiapa pun atau terlibat kegiatan jenayah.
“Perkara ini adalah yang bagus bahkan memupuk sikap graduan untuk berani ceburi bidang perniagaan bermula dari peringkat kecil sebelum akhirnya mampu membuatkan mereka jana pendapatan besar sendiri,” katanya.
Untuk rekod, Di Perancis ada pelajar Malaysia jual nasi lemak sebungkus 10 euro (RM48) manakala di Britain pula £5.50 sepinggan (RM29). Nasi lemak Malaysia sudah bertaraf global. Lekeh sangatkah orang jual nasi lemak?
Mahathir sahaja kata lekeh. Tidak samalah anak dia tidak jual nasi lemak dan pandu Uber tetapi sudah jadi jutawan. Marina ada 52 syarikat, aset RM80 juta. Mirzan 156 syarikat, aset RM780 juta, Mokhzani 255 syarikat, aset RM3 billion dan Mukhriz 128 syarikat, aset RM540 juta.

Dalam tak sedar, Mahathir sendiri sudah lupa berkenaan dengan pengangguran suatu ketika dahulu. Memetik kembali kata-katanya ketika itu adalah; “Tiada kerja: Jangan salahkan kerajaan.” Malah beliau turut mendakwa bahawa dunia hari ini adalah berbeza berbanding pada satu ketika dulu apabila semua lulusan universiti mudah mendapat pekerjaan. “Dunia tak semacam itu, kadang-kadang ada peluang (tetapi) kadang-kadang tak ada peluang.'

Mahathir sendiri pun  pesan jangan salahkan kerajaan, kau apa tahu??

Itulah mentaliti sesetengah orang politik kita, apabila berkerja sendiri dihina tetapi apabila lapar kerana ketiadaan wang belanja dicap sebagai manja pula. Lain kalau Mahathir yang ada harta sama kaya dengan Qarun.

Kesimpulannya, nak tukar haluan politik hingga mahu diangkat menjadi Perdana Menteri untuk kali kedua dipersilakan, tetapi janganlah syok sendiri seperti zaman kali pertama menjadi Perdana Menteri dahulu hinggakan mahasiswa pun tergamak dihina. Lagipun yang bakal mengundinya di PRU 14 nanti adalah mahsiswa. #MP

Monday, 15 January 2018

FELDA AKAN DAPAT BALIK HAK MILIK TANAH DI JALAN SEMARAK!!

Alhamdulilah.. Synergy Promenade Sdn. Bhd. bakal menyerahkan kembali tanah kontroversi Felda di Jalan Semarak di ibu negara yang dibangunkan sebagai Kuala Lumpur Vertical City tidak lama lagi.
Sumber Sinar Harian melaporkan, kedua-dua belah pihak telah mencapai kata putus berhubung perkara ‘panas’ berkenaan malah satu sidang media khas akan dibuat dalam masa terdekat dan dipercayai diadakan di ibu negara.
Synergy Promenade Sdn Bhd telah menyerahkan semula 16 geran tanah Felda yang telah dipindah milik untuk dibangunkan sebagai Kuala Lumpur Vertical City hari ini.
Dokumen berkenaan diserahkan kepada Pengarah Besar Felda, Datuk Ab Ghani Mohd Ali kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Majlis ringkas berkenaan juga disaksikan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahril Abdul Samad di Ibu Pejabat Felda.

Persetujuan dan penyerahan berkenaan dibuat Ahli Lembaga Pengarah Synergy Promenade, Datuk Marina Hashim.
Tanah milik Felda yang bernilai RM270 juta itu mula menjadi kontroversi apabila Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mendedahkan penukaran milik tanah berkenaan tanpa ada sebarang pembayaran pun kepada Felda.
Synergy Promenade merupakan syarikat yang terbabit dalam isu pemindahan hak milik tanah Felda tersebut untuk pembangunan projek mewah dan ia dikatakan ada hubungan rapat dengan keluarga Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Pemilik syarikat tersebut, Noraini dan Abd. Rahman, merupakan usahawan berjaya yang menerima pembiayaan dan latihan daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB), untuk membangunkan syarikat Spiro Plastics pada 1992 lalu.
Ketika itu, Pengerusi PNB ialah Tun Ismail Mohd. Ali, yang juga abang ipar Mahathir, Pengerusi Pakatan Harapan yang belum didaftarkan sah. Ismail kebetulan juga abang kepada isteri Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.
Dengan bantuan PNB, syarikat kecil itu berkembang maju menjadikan Noraini turut dikenali sebagai vendor untuk komponen pengeluar automotif tempatan Proton, malahan sering aktif dalam Persatuan Vendor Proton (PVA).
Mahathir, 92, juga didakwa rapat dengan PVA termasuk menghadiri program mereka dan kerap membincangkan isu persatuan tersebut, bahkan anak beliau sendiri, Datuk Seri Mukhriz juga didakwa ada kaitan dengan Noraini.
Ekoran isu penjualan tanah agensi persekutuan itu, Polis DiRaja Malaysia menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menjalankan siasatan yang lebih terperinci berhubung kes kehilangan hak empat bidang tanah Felda berkenaan.
Pada 21 Disember lalu, media pro-BN melaporkan Felda berisiko hilang hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarkan bernilai RM200 juta apabila dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.
Pindah milik itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. melantik Synergy Promenade sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dengan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.

Wednesday, 27 December 2017

ISU RM 160 BILLION BAKAL MENJADI MODAL MAHATHIR MENJELANG PRU14

Selepas menggelarkan dirinya sebagai TOP DOG untuk Pakatan Harapan, Mahathir kini seolah-olah mahu menjadi orang yang pertama dalam mengeluarkan apa jua isu bagi memberi 'mileage' politik kepada Pakatan Harapan. Hal ini kerana, orang yang Melayu yang dahulu majoriti menyokong nya 100 peratus, kini semakin menyusut selepas Mahathir sendiri kini bersama dengan musuh-musuh politik nya dahulu.

Kita sedia maklum bahawa Mahthir pernah dihadapkan ke Suruhanjaya Siasatan Diraja atas kehilangan duit FOREX yang bernilai RM 31.5 billion ketika menjawat Perdana Menteri. Mengandaikan sebagai kerugian bagi tujuan perniagaan, Mahathir juga seolah mahu memutar belit keadaan walaupun kehilangan sejumlah duit tersebut telah dikaui oleh RCI.

Kini Mahathir menulis di blog nya berkenaan dengan kemana hilangnya RM160 billion. Seakan mahu 'spark' isu apabila pengikut-pengikut Mahathir pula sanggup membuat laporan polis berkenaan dengan isu ini. Lihatlah bahawa kumpulan Mahathir sebenarnya semakin terdesak sejak kebelakangan ini, walaupun perkara tersebut telah dijawab oleh Menteri Kewangan 2.

Nampak "try hard" itulah yang boleh disimpulkan kepada Mahathir pada hari ini, apabila dalam Pakatan Harapan hanya parti haram yang ditubuhkan dia sahaja yang bersungguh untuk menyerang Najib dalam isu RM 160 billion. 

Malah, sekutu Mahathir yang lain juga enggan mahu di seret kepada isu baru Mahathir. Mereka semua menjauhi isu yang Mahathir cipta kerana berkemungkinan mereka sedar ia bukan pun isu  jika pelabur keluar dan menjual saham atau nilai ringgit susut.

Malah kerja sabotaj ekonomi oleh puak Mahathir juga boleh menjadi faktor nya.Mereka faham masalah Mahathir. Mereka tahu isu  1MDB sehingga hari ini tiada bukti pun hanya berkisar pada penceritaan sahaja.Maka mereka sedar Mahathir mahu isu RM160 menjadi isu “top dari top dog’.Dalam erti kata lain isu yang menggantikan isu 1MDB Mahathir yang sudah basi dan sudah tidak laku lagi.