Monday, 7 August 2017

YDP PAS SETIU FITNAH PEMILIK 'HOUSE BOAT' TASIK KENYIR.

Kuala Terengganu – Suria Permata Kenyir House Boat menafikan bahawa ada ugutan untuk menarik balik lesen operasi house boat selepas kejadian itu selepas mereka membawa rombongan  Pengarah Pilihan Raya Dewan Muslimat negeri, Shamsiah Abu Bakar pada 3 Ogos lalu.
Pemiliknya Azman Zahari berkata, pada ketika itu beliau berada di Bangkok, Thailand kerana urusan perniagaan dan sekembalinya ke Terengganu (semalam) beliau telah dimaklumkan berhubung kejadian tersebut.
“Saya memang tidak dimaklumkan mengenai tempahan dari Muslimat Pas pada hari berkenaan dan biasanya pemandu bot akan memberitahu saya walaupun apa sahaja yang berlaku berkaitan bot.

“House boat saya ini dikendalikan oleh Abdul Aziz Rashid yang berasal dari Jabi Besut dan seorang lagi Cikgu Farid dari sini dan trip kali ini diambil oleh Aziz.
“Tetapi kali ini Aziz tidak beritahu apa-apa ketika itu, siapa yang menyewanya dan mahu pergi kemana”, katanya ketika dihubungi media hari ini.
Tambahnya, kebiasannya pelanggan akan pergi ke Air Terjun Langsir, Gua Bewah, Sentuari Kelah dan Pulau Orkid tetapi kumpulan ini tidak mahu pergi ke tempat itu dan berkeras mahu ke Pulau Bayas.
“Pemandu bot telah memberitahu bahawa Pulau Bayas merupakan kawasan larangan tetapi kumpulan Muslimat Pas itu tetap berkeras dengan alasan mereka telah membayar sewa house boat untuk hari tersebut.
“Pemandu bot saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka berkeras untuk ke pulau itu juga dan disamping kami menjaga hati para pelanggan kami, tidak terfikir ianya menjadi bahan politik selepas itu”, katanya.
Berhubung apa yang diviralkan oleh Timbalan YDP PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim yang, beliau sebagai pemilik bot berkenaan menafikan bahawa ada ahli politik UMNO dan BN Terengganu menggugut untuk menarik balik lesen house boat beliau.
Menurutnya lagi, tiada sesiapa pun menghubungi beliau memaklumkan pasal penarikan lesen house boat sepertimana dakwaan dakwaan Dr Azman dalam akaun Facebook miliknya.
“Ini semua fitnah yang mahu menjatuhkan perniagaan saya yang telah hampir 5 tahun bertapak di Tasik Kenyir ini, ujurnya.
Selain itu, beliau turut memohon Azman untuk menarik balik kenyataan yang telah dikeluarkan itu kerana ianya satu fitnah kepada beliau dan juga perniagaan yang beliau jalankan.