Thursday, 10 August 2017

LANTIK CCCC UNTUK ECRL, BERBALOIKAH??



Selepas melabur RM 55 bilion untuk projek Pelabuhan Kuantan dan ECRL baru hari ini kamu hendak persoalkan tentang, China Communications Construction Company (CCCC). Syarikat yang berpengkalan dari China ini sudah lama bertapak di Malaysia ini iaitu sejak 1980 lagi dan projek terawalnya ada pembinaan LRT untuk laluan Ampang.

Malah pembinaan Jambatan kedua Pulau Pinang pun dibina oleh CCCC pads tahun 2008 dan berjaya disiapkan pada tahun 2013. Jika disenaraikan mungkin kamu terkejut dengan 'track record' oleh CCCC dalam projek pembangunan infrastruktur di Malaysia. Sedangkan lebuhraya SKVE pun disiapkan oleh CCCC sebelum diserahkan kepada Rahmat Bakar.

Fokus CCCC adalah untuk terus berkerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan seperti E&O,IJM Corp, Bina Puri dan Econpile. Kini khabarnya CCCC sedang berkerjasama dengan kerajaan Melaka untuk menyiapkan Pelabuhan Melaka.

Walaubagaimanapun, menyiapkan laluan ECRL kini menjadi fokus utama CCCC dan ditambah pula  dengan pembinaan terowong terpanjang yang bakal merintangi Banjaran Titiwangsa. Dikhabarkan terowong yang bakal dibina CCCC adalah yang terpanjang dalam sejarah pengangkutan kereta api di Malaysia iaitu sepanjang 20 km ke 30 km jaraknya.

Pada aku bukanlah aneh sangat jikalau melantik CCCC untuk menyiapkan projek ECRL kerana sudah bersiri pembinaan projek mega oleh kerajaan adalah memberi kepercayaan kepada CCCC. Lagipun kerajaan di Pulau Pinang juga melantik CCCC untuk reklamasi semula tanahnya selepas banyak kampung-kampung di kawasan pulau kini semakin pupus.

Maka perlukah kamu mempolitikkan ECRL kerana LRT yang kamu banggakan hingga ke ceruk bumi pun tukang yang sama membinanya.