Thursday, 31 August 2017

WARNA WARNI KEJAYAAN MALAYSIA DI SUKAN SEA 29, ADAKAH KITA DI 'MOOD YANG BAIK?


Sukan SEA ke 29 baru sahaja melabuhkan tirainya semalam dan edisi yang seterusnya akan menyaksikan  Manila, Filipina  akan menjadi tuan rumah bagi sukan peringkat rantau Asia Tenggara. Sudah tentunya secara atas kertas Sukan SEA kali ini adalah kejayaan terbaik buat kontinjen Malaysia lantas sekaligus mengatasi rekod pencapaian 16 tahun dahulu.

Banyak coretan dan peristiwa yang berlaku sepanjang penganjuran Sukan SEA kali ini, malah hampir sahaja merencatkan perjalanan Sukan SEA. Mujurlah kebijaksanaan Khairy Jamaludin yang lantas meminta maaf kepada sejawatnya iaitu Iman Nahrawi itu satu tindakan yang bijak. Ditambah pula dengan kenyataan Pak Jokowi selaku Presiden Indonesia terus menenangkan lagi keadaan yang mahu sahaja menjadi tegang dek kerana tersalah mencetak bendera Indonesia bertukar menjadi bendera Poland.

Namun kejayaan Sukan SEA ke 29 ini adalah sangat bermakna kepada rakyat Terengganu apabila DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin turut menyumbang dua pingat emas kepada kontijen negara menerusi acara kuda lasak kategori berpasukan dan individu. Malah lebih manis lagi apabila emas ke 111 yang disasarkan pada kali ini akhirnya disempurnakan oleh "The Pocket Rocketman" iaitu Azizulhasni Awang menerusi acara berbasikal. Tidak perlu dinafikan lagi bahawa beliau sedikit masa lagi akan setaraf dengan nama Sir Chris Hoy jika terus bermain dalam temasya-temasya berprestij dunia. Namun itulah magis buat anak kelahiran Dungun ini.

Cuma hanya "Ibu Segala Pingat" yang gagal menjadi milik pasukan bola sepak negara pada kali ini, walaubagaimanapun mereka sudah membuat sehabis baik "demi lencana di dada" namun apakan jika tempat kedua sahaja yang mereka mampu sumbangkan. Sekurang-kurangnya 'PERAK' tidak jatuh ke tangan Thailand seperti mana kita kehilangan beberapa wilayah kepada Thailand selepas Perjanjian Bangkok. Walaubagaimanapun, isu kecacatan dalam penjualan tiket dalam acara bola sepak sepatutnya tidak boleh berlaku memandangkan ini bukanlah Liga Super atau Piala Malaysia.

Namun segalanya diluar kawalan apabila penjualan tiket secara atas talian ditutup bagi mengelakkan masalah 'server' katanya. Maka beraturlah peminat atau yang baru hendak meminati sukan bola sepak ini sejak jam dua pagi diperkarangan Stadium Shah Alam semata-mata mahukan tiket perlawanan akhir bola sepak.

Itulah sedikit sebanyak perkara yang berlaku sepanjang penganjuran Sukan SEA kali ini, kisah KSU Kemenrerian Belia dan Sukan yang dimaki hamun oleh peminat bola sepak  dan pasukan Sepak Takraw wanita yang menarik diri daripada pertandingan adalah antara suka duka yang tidak boleh dilupakan dalam penganjuran kali ini. Namun acara pembukaan dan penutupan yang seiras seperti Sukan Olimpik empat tahun sekali. Adakah itu adalah 'hint' bahawa kita akan membida untuk menjadi hos Sukan Olimpik untuk beberapa edisi akan datang, sedangkan Indonesia julung kalinya bakal menjadi tuan rumah kepada Sukan Asia di Jakarata pada tahun depan.

Walaubagaimanapun kejayaan mengumpul 323 pingat dan 145 daripada kutipan tersebut adalah pingat emas sahaja. Adakah ini bermakna di temasya yang lebih besar akan datang kita atlet kita mampu membuat lebih baik daripada sebelum. Namun kejayaan kontijen Malaysia sudah berjaya meletakkan rakyat dalam 'mood' yang baik. Ditambah pula dengan upacara penutupan semalam terus disambung dengan sambutan ambang kemerdekaan yang ke 60. Sudah tentu tahun 2017 sangat bermakna buat kita semua selepas kejayaan kita dalam Sukan SEA.

Mood rakyat boleh dikatakan sedang baik tetapi, jika mahu bercakap tentang pilihan raya umum nantilah dulu kerana 30,000 pengundi masih berada di Tanah Suci Mekah dan mereka kini sedang berada di Padang Arafah sebelum dibawa bermalam di Muzdalifah. Tunggulah mereka semua kembali ke tanah air dahulu jika hendak bersembabg soal PRU14 atau berteka teki bilakah tarikh parlimen bakal dibubarkan atau tunggulah sehingga YAB PM membentangkan Bajet 2018 dahulu.

Apapun tahniah diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran Sukan SEA pada kali ini. Apa yang pasti ini adalah 'resume' yang baik buat Khairy Jamaludin atau kini dikenali Abah dalam karier politiknya. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE 60 BUAT SELURUH RAKYAT MALAYSIA.

#KL2017 #KitaJuara #BangkitBersama

Wednesday, 23 August 2017

AZMIN MENGELAK DARIPADA DISIASAT SPRM



Serbuan yang dilakukan oleh pihak SPRM ke atas Unisel & MBI bukanlah satu tindakan tersusun untuk menjejaskan imej Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Harapan.

Tidakkah mereka sendiri yang mengatakan bahawa mereka amat telus dan sedia untuk disiasat jika terdapat sebarang dakwaan penyelewengan terhadap mereka.

Tetapi apabila tindakan mula diambil mengikut saluran undang-undang yang betul, mereka pula yang tidak berpuas hati. Namun, bila ada pegawai kerajaan atau ahli politik BN diambil tindakan seperti kes Felda dan kes status perumahan di Johor, pembangkang tiba-tiba menyokong tindakan SPRM pula. Malah mereka pergi lebih jauh dari itu dengan terus membuat kesimpulan bahawa yang disiasat itu telah bersalah sedangkan ianya belum terbukti di mahkamah.

Bila SPRM siasat perkara yang berkaitan dgn mereka, maka semuanya tidak betul. Bagi mereka semuanya adalah ‘konspirasi’ dan ‘salahguna kuasa’ pihak atasan untuk menjatuhkan pembangkang. Jadi apakah mereka ni tidak langsung boleh disentuh? Amat jelas bahawa mereka ini benar-benar hipokrit.

Kalau 'nothing 2 hide'..biarlah siasatan dijalankan. Beri kerjasama sepenuhnya dan jangan buat tuduhan melulu kepada pihak berkuasa. Apa yang perlu ditakutkan? Ini masanya untuk mereka tunjuk ketelusan dan kejujuran yg dijaja selama ini.

Baru disiasat sudah mula beri pelbagai alasan dan tuduhan, jelaslah bahawa Azmin Ali dan kuncu-kuncunya adalah politikus yang ‘cakap tak serupa bikin’.

SUMBER

Monday, 21 August 2017

BERMULANYA RCI DAN KEHILANGAN RM40 BILLION BAKAL TERJAWAB.


Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim kembali bersama dengan Mahathir dalam usaha untuk menjatuhkan PM Najib, apabila Pakatan Harapan yang kini ditunjangi mereka bakal memberi saingan dalam PRU 14. Namun, dalam isu RCI yang bakal dibicarakan akan menyaksikan kedua-dua pimpinan utama dalam pakatan pembangkang akan dipanggil untuk menjadi saksi.

 Mana tidaknya apabila Kit Siang pernah menulis buku berkaitan Skandal Forex Mahathir ini yang bertajuk “The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandal” yang ada 38 mukasurat. Ditulis Kit Siang pada tahun 1994. Manakala, Anwar Ibrahim pula menjadikan isu ini sebagai modal ceramah politiknya semasa masih belum dipenjarakan.

Barry Wain dalam bukunya yang bertajuk “Malaysian Maverick”, empat skandal kewangan dalam tempoh pimpinan Mahathir mengalami jumlah keugian bernilai RM100 billion. Ya, kehilangan RM 100 billion bukannya kecil, malah masih belum disiasat lagi oleh mana-mana badan.

Menurut portal KL Xpress, yang merumuskan tiga jenis jenayah besar yang dikatakan telah ditutup oleh pihak tertentu ketika zaman Mahathir menjadi PM dan Daim menjadi Menteri Kewangannya. Tiga jenis jenayah besar berkaitan Forex menurut portal KL Xpress adalah seperti berikut:

1. Bank Negara dikatakan kehilangan USD$10 bilion (RM42.93 bilion). Sama ada melibatkan urusniaga sebenar atau sebahagian telah dihilangkan melalui dagangan berat sebelah, pasukan RCI perlu mendedahkannya.

2. Kabinet tidak diberikan maklumat sebenar tentang kehilangan ini. RCI akan mempunyai akses kepada fail sulit Kabinet untuk membuktikan Kabinet telah dimaklumkan bahawa kerugian hanya RM5.7 bilion walaupun pada hakikatnya kerugian sebenar adalah AS$10 bilion (RM42.93 bilion). Selain itu, mereka memberitahu Kabinet bahawa kerugian hanya ‘perbelanjaan tertunda’ dan ‘kerugian tidak nyata’.

3. Parlimen tidak diberikan maklumat sebenar. Selain itu, mereka turut berbohong kepada Parlimen pada 1993 apabila menceritakan tentang kerugian besar yang dialami oleh BNM akibat urus niaga mata wang asing sebagai satu penipuan dan propaganda pembangkang semata mata. Pada 1994, Parlimen diberitahu, BNM kehilangan sedikit wang akibat pasaran forex namun jumlahnya kecil dan hanya kerugian di atas kertas. Tiada sebarang bayaran dilakukan.

Tiga jenayah ini membuktikan bahawa Skandal Forex adalah satu jenayah kewangan terbesar di negara ini. Sampai bila skandal sebegini boleh diselindungkan? Ianya akan terungkai dan terjawab bila siasatan RCI ini selesai.

Saturday, 12 August 2017

TAMBANG ECRL DARI GOMBAK KE PENGKALAN KUBOR RM 2700?


Semalam kononnya tular berkenaan dengan satu pengiraan yang membentangkan kos keseluruhan tambang ECRL yang bakal dikenakan kepada pengguna kelak. Nilai pelaburan oleh China dijadikan sandaran hujahnya oleh kerana setelah siapnya pembinaan ECRL ini saban hari nanti maka, bermulalah episod pembayaran hutang oleh Malaysia Railway Link Sdn Bhd (MRL) kepada China.

Oleh itu, seperti yang didakwanya, jumlah kutipan harian yang perlu dikumpul MRL melalui tambang ECRL adalah RM 7.5 juta bersamaan dengan RM 2700 seorang. Sudah tentu lebih sahaja kita naik kapal terbang dari Subang Jaya turun ke  Pengakalan Chepa yang harganya jauh lebih rendah berbanding ECRL.

Pengiraan tersebut sememangnya sedikit ke hadapan berbanding reaksi netizen lain yang tidak habis mengatakan China bakal menjarah Malaysia. Malah tak kurang juga ada beberapa tahi politik sudah tentu dari pembangkang yang tidak mahu berkerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk projek ini di negerinya(Selangor).

Dalam bab ini mungkin pakar kira-kira tersebut lupa atau hanyalah membuat kajian sekerat jalan sahaja. Dalam hal ini, fokus ECRL bukanlah sekadar mengangkut penumpang sampai ke destinasinya seperti mana KTMB dengan produk ETS. 

Malah ECRL juga sebenarnya, memfokuskan kegiatan perdagangan dengan bertindak sebagai 'runner' yang menghubungkan Pelabuhan Klang kepada Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Kemaman. Dalam pada itu, khabarnya projek kereta api dari Kerteh ke Kuantan yang tergendala pada tahun 2010 pun bakal kembali disambung pembinaannya.

Penjanaan pendapatan oleh ECRL bukan sahaja dijana melalui jualan tidak, ruang iklan dan pengangkutan kargo. Malah mampun menjana ekonomi setempat bila mana peningkatan nilai hartanah sudah pastinya terjadi. 

Secara anggaran setiap bandar ini akan mewujudkan nilai ekonomi RM 10 juta sebulan. Justeru ada nilai ekonomi sekitar RM 220 juta sebulan dan RM 2.2 Bilion setahun. Dalam masa 10 tahun ECRL akan mewujudkan nilai ekonomi sekitar RM 220 bilion. 

Justeru, tak usahlah nak buat polemikkan isu ini lagipun jika ECRL ini dibina sewaktu zaman Tun M, tentunya kamu bagi 'thumbs up' saja.

#MP

Thursday, 10 August 2017

LANTIK CCCC UNTUK ECRL, BERBALOIKAH??



Selepas melabur RM 55 bilion untuk projek Pelabuhan Kuantan dan ECRL baru hari ini kamu hendak persoalkan tentang, China Communications Construction Company (CCCC). Syarikat yang berpengkalan dari China ini sudah lama bertapak di Malaysia ini iaitu sejak 1980 lagi dan projek terawalnya ada pembinaan LRT untuk laluan Ampang.

Malah pembinaan Jambatan kedua Pulau Pinang pun dibina oleh CCCC pads tahun 2008 dan berjaya disiapkan pada tahun 2013. Jika disenaraikan mungkin kamu terkejut dengan 'track record' oleh CCCC dalam projek pembangunan infrastruktur di Malaysia. Sedangkan lebuhraya SKVE pun disiapkan oleh CCCC sebelum diserahkan kepada Rahmat Bakar.

Fokus CCCC adalah untuk terus berkerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan seperti E&O,IJM Corp, Bina Puri dan Econpile. Kini khabarnya CCCC sedang berkerjasama dengan kerajaan Melaka untuk menyiapkan Pelabuhan Melaka.

Walaubagaimanapun, menyiapkan laluan ECRL kini menjadi fokus utama CCCC dan ditambah pula  dengan pembinaan terowong terpanjang yang bakal merintangi Banjaran Titiwangsa. Dikhabarkan terowong yang bakal dibina CCCC adalah yang terpanjang dalam sejarah pengangkutan kereta api di Malaysia iaitu sepanjang 20 km ke 30 km jaraknya.

Pada aku bukanlah aneh sangat jikalau melantik CCCC untuk menyiapkan projek ECRL kerana sudah bersiri pembinaan projek mega oleh kerajaan adalah memberi kepercayaan kepada CCCC. Lagipun kerajaan di Pulau Pinang juga melantik CCCC untuk reklamasi semula tanahnya selepas banyak kampung-kampung di kawasan pulau kini semakin pupus.

Maka perlukah kamu mempolitikkan ECRL kerana LRT yang kamu banggakan hingga ke ceruk bumi pun tukang yang sama membinanya.

Wednesday, 9 August 2017

ISU AMBULANS BAHARU HANYALAH MAINAN TAHI POLITIK SAHAJA.


Menteri di KKM berkata kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM400 juta untuk 500 unit buah ambulans baru dan separuh daripada mempunyai peralatan yang rawatan pra-hospital didalamnya.

Walaubagaimanapun, Ketua Setiausaha di KKM peruntukan untuk ambulans tersebut hanyalah sekitar RM 225.5juta sahaja.

Disini seolah memperlihatkan bagaimana Menteri dan KSU kementeriannya mempunyai maklumat dan data yang berbeza, seolah-olah tidak 'tally' dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Namun apabila sampai maklumat tersebut kepada pembangkang terus diratibnya bahawa KKM berjoli dengan menghabiskan duit cukai mereka. Ini adalah semata-mata kerana mahu menambah jumlah ambulans yang sedia ada di setiap hospital dan klinik daerah.

Samalah seperti mana isu kapal selam Scorpene yang kembali diulang siar oleh juak pembangkang pada baru-baru ini. Kini pembelian ambulans baharu pula dikatanya kerajaan membazir menggunakan duit mereka.

Dalam pada itu, tak perlulah disebutkan setiap satu kelengkapan yang wujud dalam ambulans baharu tersebut berserta harganya. Lagipun sahabat aku iaitu, Tun Carlos sudah menyenaraikan dalam penulisan di FB miliknya. Bukankah itu sudah sedikit sebanyak mampu mencegah daripada seseorang itu kehilangan nyawa, lebih-lebih jika menghidap serangan jantung contohnya.


Sebenarnya pembelian aset kerajaan untuk perkhidmatan kesihatan samalah juga seperti mana pembelian aset untuk pertahanan. Sudah tentu ianya untuk kita semua sebagai rakyatnya, bahkan hinggakan ada yang berkayuh sampan dari negara jiran semata-mata hendak menumpang nikmat kemudahan di negara ini. Lainlah jikalau kamu demam kura sedikit pun sudah 'check in' Glenangles.

Tuesday, 8 August 2017

ASEAN SETELAH 50 TAHUN PENUBUHAN


Sudah berusia 50 tahun rupanya pakatan antara negara terbesar di Asia Tenggara iaitu ASEAN. Maksud disebalik nama ASEAN adalah, Association of Southeast Asia Nations merupakan sebuah organisasi geo-politik dan ekonomi dari negara-negara di kawasan asia Tenggara.

Perhimpunan ini didirikan di Bangkok pada tanggal 8 Ogos 1967 bersempena dengan Deklarasi Bangkok yang ditandatangani bersama oleh Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand.

Organisasi ini bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial, dan perkembangan kebudayaan negara-negara anggotanya, serta memajukan perdamaian di tingkat regionalnya. Negara-negara anggota ASEAN mengadakan rapat umum pada setiap bulan November.

Hari ini kebanyakan negara anggota ASEAN masing-masing menghadapi cabarang tersendiri. Cabaran terbesar mereka adalah berkaitan dengan perebutan sempadan kawasan laut seperti perebutan Pulau Batu Putih oleh Malaysia dan Singapura, perebutan Kepulauan Spratly oleh Vietnam, Filipina, Malaysia, Brunei dan China serta krisis Ambalat oleh Indonesia dan Malaysia yang tidak berkesudahan.

Namun itu adalah berkaitan dengan hal undang-undang perlautan sahaja, selagi diselesaikan dengan cara aman maka selagi itulah tidak wujudnya persengketaan antara kita dengan negara-negara jiran kita. Walaubagaimanapun, semangat kerjasama antara negara adalah teras kepada keutuhan pakatan yang sudah berusia 50 tahun ini.

Kini selepas 50 penubuhan ASEAN jumlah anggota yang bersama dengan ASEAN sudahpun mencecah 10 anggota baharunya. Antaranya ialah Brunei, Myanmar, Vietnam dan Laos. Ini sekaligus menjadikan keluasan ASEAN adalah berkeluasan 44.6 juta km dengan populasinya seramai 600 juta penduduk.

Tahun 2017 kali menyaksikan Malaysia sekali lagi dipilih untuk menjadi Hos Sukan Sea kali ke 29. Penganjuran Sukan Sea kali ini sangat lebih bermakna bersempana ulang tahun ASEAN yang ke 50. Malah semangat kesukanan yang ditonjolkan itu oleh setiap atlet yang bertanding seolah-olah melambangkan semangat kerjasama dalam setiap negara dalam ASEAN. SELAMAT ULANG TAHUN KE 50 ASEAN.

Monday, 7 August 2017

YDP PAS SETIU FITNAH PEMILIK 'HOUSE BOAT' TASIK KENYIR.

Kuala Terengganu – Suria Permata Kenyir House Boat menafikan bahawa ada ugutan untuk menarik balik lesen operasi house boat selepas kejadian itu selepas mereka membawa rombongan  Pengarah Pilihan Raya Dewan Muslimat negeri, Shamsiah Abu Bakar pada 3 Ogos lalu.
Pemiliknya Azman Zahari berkata, pada ketika itu beliau berada di Bangkok, Thailand kerana urusan perniagaan dan sekembalinya ke Terengganu (semalam) beliau telah dimaklumkan berhubung kejadian tersebut.
“Saya memang tidak dimaklumkan mengenai tempahan dari Muslimat Pas pada hari berkenaan dan biasanya pemandu bot akan memberitahu saya walaupun apa sahaja yang berlaku berkaitan bot.

“House boat saya ini dikendalikan oleh Abdul Aziz Rashid yang berasal dari Jabi Besut dan seorang lagi Cikgu Farid dari sini dan trip kali ini diambil oleh Aziz.
“Tetapi kali ini Aziz tidak beritahu apa-apa ketika itu, siapa yang menyewanya dan mahu pergi kemana”, katanya ketika dihubungi media hari ini.
Tambahnya, kebiasannya pelanggan akan pergi ke Air Terjun Langsir, Gua Bewah, Sentuari Kelah dan Pulau Orkid tetapi kumpulan ini tidak mahu pergi ke tempat itu dan berkeras mahu ke Pulau Bayas.
“Pemandu bot telah memberitahu bahawa Pulau Bayas merupakan kawasan larangan tetapi kumpulan Muslimat Pas itu tetap berkeras dengan alasan mereka telah membayar sewa house boat untuk hari tersebut.
“Pemandu bot saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka berkeras untuk ke pulau itu juga dan disamping kami menjaga hati para pelanggan kami, tidak terfikir ianya menjadi bahan politik selepas itu”, katanya.
Berhubung apa yang diviralkan oleh Timbalan YDP PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim yang, beliau sebagai pemilik bot berkenaan menafikan bahawa ada ahli politik UMNO dan BN Terengganu menggugut untuk menarik balik lesen house boat beliau.
Menurutnya lagi, tiada sesiapa pun menghubungi beliau memaklumkan pasal penarikan lesen house boat sepertimana dakwaan dakwaan Dr Azman dalam akaun Facebook miliknya.
“Ini semua fitnah yang mahu menjatuhkan perniagaan saya yang telah hampir 5 tahun bertapak di Tasik Kenyir ini, ujurnya.
Selain itu, beliau turut memohon Azman untuk menarik balik kenyataan yang telah dikeluarkan itu kerana ianya satu fitnah kepada beliau dan juga perniagaan yang beliau jalankan.

Friday, 4 August 2017

MAHATHIR LUPA SIAPA YANG MELULUSKAN PEMBELIAN "SCORPENE"


Selepas gagal menafikan akan keturunan asalanya Mahathir kini cuba mengalih isu yang terpalit kepadanya dengan mengulang kembali isu pembelian kapal selam Scorpene yang pernah dihangatkan oleh Pakatan Rakyat semasa PRU13 dahulu.

Sedangkan hingga ke hari ini YAB PM iaitu DS Najib Razak masih tidak didakwa oleh mahkamah di Perancis, manakan tidak apabila pembelian dua buah kapal Scorpene ini didakwa oleh SUARAM penuh dengan penyelewengan cuma pendakawaan sahaja yang mereka tidak lakukan.

Umum diketahui bahawa idea untuk memiliki kapal selam ini mula disuarakan pada tahun 1971, apabila Indonesia sudah memiliki sedozen kapal selam kelas Whiskey buat Soviet Union. Maka tidak mustahil apabila sejak dari dahulu lagi perairan kita (baca: Selat Melaka) sudahpun mereka kunjungi untuk tujuan perisikan. Lagipun apakah kita mempunyai aset lain untuk menghalang kehadiran mana-mana kapal selam ke perairan kita?

Akhirnya pada tahun 1995 usaha pembelian kapal Scorpene oleh kerajaan Malaysia akhirnya diluluskan dan termeterailah perjanjian pembelian kapal selam tersebut dengan kerajaan Perancis pada tahun 2002.

Ya, memang pada tempoh ini posisi DS Najib adalah merangkap kepada Menteri Pertahanan, namun siapakah pula Menteri Kewangan 1 dan Perdana Menteri pada ketika ini jikalau bukan Mahahtir dan Anwar Ibrahim. Itupun masih sanggup hendak menipu rakyat kononnya tidan tahu apa-apa akan pembelian kapal selam Scorpene.

Disinilah akhirnya kita melihat bahawa Mahathir pun tidak ubah seperti mana-mana "tahi politik" yang wujud dan selalu mempersoalkan tentang keupayaan dan kebolehan pasukan pertahanan negara. Namun kerana mahukan keamanan apakah memiliki aset sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kenungkinan menjadi salah di mata Mahathir?
Beli kapal selam tidak berfaedah, namun bagaimana dengan jet A4 Skyhawk?


Malah tidak hairanlah jika ada juga "tahi politik" seperti Lim Guan Eng yang merpersoalkan akan kebolehan kapal selam Scorpene, hinggakan semasa LIMA 2013 LGE dibawa oleh TLDM untuk merasai akan kebolehan Scorpene menyelam, difahamkan Scorpene membuat selaman selama tiga jam semata-mata untuk membuktikan kepada LGE sahaja.

Maka jelaslah bahawa Mahathir sekadar 'recycle issue' sahaja atau lebih jijik lagi apabila motif 'U-Turn' dia untuk kali ini sebenarnya untuk mengelak daripada terlibat dalam skandal pembelian Scorpene yang kononnya berlaku penyelewengan.

Mungkin ramai yang buat-buat tidak tahu bahawa DS Najib sudah pun memberi kenyataan balas berkenaan dengan isu kapal selam Scorpene ini semasa sidang Parlimen pada tahun 2008 ketika menjawab pertanyaan daripada Wan Azizah.


Petikan dari laporan Hansard.

"Semua terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian Kewangan
Dan kontrak hanya akan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan oleh Kementerian Kewangan. Saya ingin
Menekankan kepada Rumah Yang Mulia ini bahawa cara Angkatan Bersenjata Malaysia
Mendapatkan peralatannya dibuat mengikut prosedur pemerolehan Kerajaan."
Laporan hansard parlimen berkenaan dengan jawapan DS Najib tentang Scorpene.
Sebenarnya Mahathir sendirilah yang  bertanggungjawab meluluskan perjanjian pembelian atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan 1 pada masa itu(2002). Sudah-sudahlah menipu Syed Saddiq, bagilah peluang kepadanya untuk belajar sejarah.

Wednesday, 2 August 2017

KISAH ZON BEBAS CUKAI KENYIR DAN LANGKAWI


Kewujudan zon bebas cukai di Langkawi adalah tidak lain bila mana idea tersebut datangnya daripada Tun Mahathir sendiri semasa menjawat jawatan Perdana Menteri dahulu. Tujuannya tidak lain adalah untuk menghidupkan kawasan Langkawi tersebut.

Bercakap tentang pulau Langkawi aku terus teringatkan lambakan pengusaha minyak gamat serta minyak lintah yang dijual secara terbuka di perkampungan Beras Terbakar.

Belum hendak bercakap berkenaan dengan coklat, barangan dapur dan rokok yang tidak dikenakan cukai di Langkawi, malahan tauke ubat  gamat disana mampu memilik kereta mewah jenama Bentley yang berharga hanpir sejuta jika di tanah besar.

Padahal asalnya Langkawi dahulu adalah tak ubah seperti mana-mana kampung nelayan yang terdapat di Malaysia ini. Hinggakan ada yang mengatakan bahawa Langkawi pada ketika itu masih disumpah oleh Mahsuri. Namun itulah Pulau Langkawi yang dahulunya sebelum dikenali sebagai Zon Bebas Cukai.

Kini selepas gah Pulau Langkawi yang terkenal sebagi pusat bebas cukai, muncul pula Tasik Kenyir sebagai fungsi yang sama seperti mana Langkawi. Padahal asalnya Tasik Kenyir itupun selepas dibina empangan hidroelektrik Sultan Mahmud pada tahun 1988.

Oleh kerana empangan itulah banyak kampung yang wujud di Tasik Kenyir itu terpaksa dipindahkan, malah pulau-pulau yang terdapat disitu adalah merupakan puncak bukit sebenarnya. Maka tidak hairanlah sekiranya masih wujud kegiatan menebang balak di dalam air.

 Namun pembinaan dua pusat sedemikian di tempat atau kawasan yang terpencil ini sebenarnya adalah satu perjudian besar, tersalah langkah maka membazir sahaja bina pusat bebas sedemikian. Bak kata orang jika dari hilir hendak hulu perlulah melawan arus itu dahulu sebelum tiba ke hulu, maka itulah yang dilakukan untuk membina pusat bebas cukai tersebut.

Walaupun pada asalnya idea pembinaan zon bebas cukai di Tasik Kenyir adalah dimulakan oleh Ahmad Said ketika menjawat jawatan MB dan akhirnya usahanya itu disudahkan oleh MB Razif. Walaupun diwaktu pembinaannya dahulu yang sudah berkira-kira projek ini bakal menemui kegagalan namun sebaliknya yang berlaku apabila ianya sudah dibuka kepada orang ramai dan sudah tentunya untuk pelancong.

Sebenarnya ada juga terbaca kritikan daripada seorang ADUN PAS tentang pembinaan pusat bebas cukai ini. Namun tak perlulah dipedulikan lagipun pada mereka langsung tiada baiknya tentang projek kerajaan ini, apa yang mereka tahu adalah konon-kononnya fasal penjagaan alam sekitar. Padahal sewaktu zaman memerintah dahulu negeri Terengganu tiada lah bersih mana pun.