Monday, 3 July 2017

UBER & GRAB BUKAN PUNCA PEMANDU TEKSI TERTINDAS


Asalnya UBER/GRAB dahulu dikenali sebagai "prebet sapu", perkhidmatan jika dikampung biasanya laku ketika ada pasar minggu di pekan. Pada ketika itu yang berkerja sebagai prebet sapu adalah orang yang paljng dicari bagi tujuan pengangkutan orang kampung ke pasar minggu.

Kebelakangan ini sahaja aplikasi seperti UBER/GRAB diwujudkan bagi tujuan yang sama. Namun kebolehannya jauh lebih ke hadapan berbanding dengan prebet sapu. Kebiasaanya orang-orang dibandar yang betul-betul menggunakan UBER/GRAB kerana kosnya jauh lebih murah berbanding dengan teksi.

Namun UBER/GRAB ini seakan menjadi musuh kepada teksi mutakhir dek kerana habis pelanggan teksi dicuri  oleh pengusaha UBER/GRAB ini. Padahal dalam tak sedar mereka sendirilah punca penolakan pelanggan terhadap teksi, malah hingga yang menipu pada mesin meter perjalanan pun ada, itu belum lagi termasuk yang ambil jalan jauh untuk menghantar penumpang.

Sebenarnya mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa ramai pengusaha teksi yang menggunakan sistem aplikasi GRAB Taxi daripada GRAB untuk mengangkut penumpang. Kadar tambang sudah tentu tidak berpandukan kepada mesin meter diatas dashboard lagi kerana, harga tambang GRAB Taxi juga telah disetkan oleh GRAB.

Isunya hari ini adalah berkenaan dengan nasib pengusaha teksi yang dikatakan tertindas selepas kehadiran UBER/GRAB ini. Manakan tidak hingga ada yang sanggup menjual dan memulangkan teksinya kepada syarikat dek kerana kepayahan untuk mendapatkan penumpang.

Sebenarnya pengusaha UBER/GRAB pun membayar sebahagian hasilnya kepada syarikat, walaupun menggunakan kenderaan sendiri itu tidak bermakna segala duit tambang yang diperoleh bukan 100% milik mereka. Samalah juga dengan pengusaha teksi.