Monday, 31 July 2017

TIDAK PERLU MELOBI UNTUK BERTANDING DALAM PILIHAN RAYA.- HISHAMMUDDIN

Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein bersetuju dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa pemimpin UMNO di semua peringkat tidak perlu melobi untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

"Tidak perlu nak melobi kerana yang penting dekati rakyat dan jalankan usaha mendekati golongan sasar," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Setiu, Di Bandar Permaisuri, Setiu, hari ini

Hishammuddin berkata, kedudukan beliau sendiri sebagai calon juga belum dapat ditentukan kerana hak menentukan siapa menjadi calon pada PRU nanti terletak kepada presiden parti yang juga Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Hishammuddin berkata, apa yang penting ialah pemimpin sepatutnya turun ke bawah menjalankan khidmat kepada rakyat supaya UMNO dan Barisan Nasional terus diterima rakyat.

Menurutnya, calon yang dipilih dalam PRU14 bukan sahaja perlu diterima dalam kalangan perwakilan parti tetapi diterima majoriti rakyat supaya UMNO dan BN terus menerima mandat untuk memerintah.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden mengingatkan pemimpin Umno di semua peringkat supaya tidak melobi untuk dipilih sebagai calon pada PRU-14.

Hishammuddin menegaskan bahawa UMNO kini berhadapan dengan pelbagai cabaran bukan sahaja darisegi geopolitik tetapi juga sebagai cabaran parti yang memerintah, cabaran ekonomi, cabaran ancaman Daesh dan keselamatan negara.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, gerakan pada PRU 14 tidak boleh dilakukan seperti PRU 13."Apa yang kita tumpukan bersandar kepada pemukiman yang diadakan di peringkat UMNO, Barisan Nasional dan Majlis Tertinggi."Saya harap bahawa gerakan ini dapat diselaraskan, juga menyuntik semangat gelombang," katanya.

Seramai 1,121 perwakilan hadir pada mesyuarat itu dan jumlah itu menghampiri sasaran jumlah perwakilan.

Saturday, 29 July 2017

PH HAMPIR PASTI BERTANDING SEMUA KERUSI DI TERENGGANU


Desas-desus akan keterlibatan Pakatan Harapan dalam PRU 14 di negeri Terengganu semakin pasti apabila tersebarnya satu keputusan pembahagian kerusi diantara mereka. Kepastian akan keterlibatan mereka ini adalah tersebarnya senarai calon parti yang bakal bertanding di DUN dan PARLIMEN di negeri Terengganu.

Dalam pada itu, sebaran tersebut ada melampirkan senarai bilangan Exco dan Speaker Dewan DUN akan datang. Disini jelaslah kita melihat bahawa PPBM pakatan mereka yang paling dominan di negeri Terengganu.

Berdasarkan senarai ini adalah kita melihat bahawa jawatan MB akan dipegang oleh PPBM. Jawatan Exco pula akan menjadi milik PPBM sebanyak 5 jawatan, 3 kerusi adalah PKR, satu milik PKR dan AMANAH.

Berikut adalah senarai penuh setiap pembahagian kerusi bertanding yang diagihkan oleh Pakatan Harapan negeri Terengganu:

*HAR∆PAN TERENGGANU 
PRU 14:-*

*P.33 BESUT – PPBM
N.1 Kuala Besut - AMANAH
N2. Kota Putera - PKR
N3. Jertih - PPBM
N.4 Hulu Besut - PPBM

*P.34 SETIU - PKR
N.5 Jabi - AMANAH
N.6 Permaisuri - PKR
N.7 Langkap - PPBM
N.8 Batu Rakit - PPBM

*P.35 KUALA NERUS - PPBM
N.9 Tepuh - PPBM
N.10 Teluk Pasu - PPBM
N.11 Seberang Takir - PKR
N.12. Bukit Tunggal - AMANAH

*P.36 KUALA TERENGGANU - AMANAH*
N.13 Wakaf Mempelam - PPBM
N.14 Bandar - DAP
N.15 Ladang - PKR
N.16 Batu Buruk - AMANAH

*P.37 MARANG - AMANAH*
N.17 Alur Limbat - AMANAH
N.18 Bukit Payung - PPBM
N.19 Rhu Rendang - AMANAH
N.20 Pengkalan Berangan - PPBM

*P.38 HULU TERENGGANU - PPBM*
N.21 Telemong - PKR
N.22 Manir - PPBM
N.23 Kuala Berang - PPBM
N.24 Ajil - PPBM

*P.39 DUNGUN - PPBM*
N.25 Bukit Besi - PKR
N.26 Rantau Abang - PPBM
N.27 Sura - PKR
N.28 Paka - PPBM

*P.40 KEMAMAN - PKR*
N.29 Kemasik - AMANAH
N.30 Kijal - PPBM
N.31 Cukai - DAP
N.32 Air Putih –PKR

*PARLIMEN*
PPBM 4 Kerusi
PKR 2 Kerusi
AMANAH 2 Kerusi.

*DUN*
PPBM  15 Kerusi
PKR       8  Kerusi
AMANAH  7 Kerusi
DAP    2 Kerusi

MB - PPBM
EXCO :
PPBM 5
PKR    3
AMANAH 1
DAP 1
SPEAKER : PPBM

Sekreteriat Pilihanraya HARAPAN 
Terengganu.
25 Julai 2017.



Walaupun seperti benar namun mereka masih belum mengisytiharkan kerana hingga ke waktu sekarang masih gagal untuk didaftarkan. Walaubagaimanapun, disini jelaslah bahawa mereka begitu komited untuk memerintah negeri Terengganu. Jikalau dahulu mereka gagal semasa berkerjasama dengan PAS kini nampaknya mereka berani bergerak sendiri.

Thursday, 27 July 2017

RAFIZI DESAK SUKARELAWAN INVOKE BANTU MEMBAYAR "SAMAN" NFC



1. Selepas diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar kepada National Feedlot Centre(NFC) berikutan pendedahannya terhadap Pengerusi NFC.  Saman ini difailkan selepas Rafizi mendakwa pengerusi NFC Datuk Seri Mohd Salleh Ismail membeli lapan hartanah di KL Eco-City dengan dana awam yang diperuntukkan kepada syarikat berkenaan.

2. Mahkamah Tinggi tahun lalu memutuskan beliau bersalah dan memerintahkan Rafizi membayar RM150,000 kepada Salleh dan RM50,000 kepada NFC. Mereka juga dianugerahkan kos sebanyak RM100,000.



3. Kini khabarnya Rafizi sedang terkial-kial untuk mencari dana bagi membayar saman kepada NFC yang pernah menjadi mangsa fitnahnya sehingga syarikat tersebut tidak lagi beroperasi, malah harga daging lembu di pasaran juga telah melambung tinggi berikutan keetiadaan NFC yang berperanan sebagai pusat pengumpulan stok daging lembu tempatan.

4. Dalam pada itu, setiap sukarelawan INVOKE yang ditubuhnya perlu menyumbang sebanyak RM100 setiap seorang kepada Rafizi untuk tujuan tersebut. Penulis difahamkan bahawa keseluruhan jumlah ahli sukarelawan INVOKE di seluruh negara adalah berjumlah 9000 orang. Cuba kira jika 9000 x 100 berapa jumlah sumbangan yang diperolehi Rafizi melalui sumbangan ahli sukarelawannya sahaja. Maka jumlah yang diperolehi itu adalah bersamaan dengan kos operasi NGO INVOKE miliknya untuk tiga bulan.

5. Rafizi sebenarnya bukanlah tengah ketiadaan wang, tetapi dia tidak sanggup untuk diisytiharkan MUFLIS disebabkan banyak wang simpanannya terpaksa digunakan untuk mendanai INVOKE dan membiayai sendiri perjalanan jelajah program 'Bina Semula Negara' yang sedang giat dijalankan. Namun pimpinan pembangkang lain masih leka dan hanyut selain mengharapkan Rafizi seorang sahaja yang berkerja untuk mereka.

6. Walaubagaimanapun, disini Rafizi seakan lupa bahawa rakyat di Malaysia kian tersepit dengan kos sara hidup seperti yang selalu dicanangnya selama ini. Namun dalam keadaan kita semua sedang terbeban dengan kos sara hidup yang boleh pula dia mengemis dan meminta sumbangan untuk membayar saman fitnah NFC keatasnya. Ini bermakna pendedahan demi pendedahan yang dilakukannya selama ini adalah "pelawok" belaka.

7. Cuma disini penulis seakan hairan bahawa sukarelawan yang menyertai INVOKE pun dipaksa untuk berbuat demikian, malah apatah lagi kita semua yang terpaksa berkais demi mencari duit belanja. Barangkali kemungkinan setiap sukarelawan mereka boleh dikira pasti jika setiap daripada mereka mendapat elaun bulanan daripada INVOKE.

8. Namun, timbul persoalan daripada penulis berkenaan dengan Rafizi pada hari ini. Adakah hanya Rafizi seorang sahaja yang berkerja untuk Pakatan Harapan sedangkan Lim Guan Eng dan Azmin Ali yang sibuk menjuak tanah di negeri masing-masing langsung tidak memberi sumbangan kepada Rafizi untuk membayar saman NFC.

Wednesday, 26 July 2017

NAFSU BESAR AZAN "FLIP-FLOP" UNTUK PKR PADA PRU14 DI TERENGGANU

Desas-desus akan keterlibatan PKR dalam PRU 14 di Terengganu semakin pasti kesahihan apabila pimpinannya yang diketuai ole Azan Ismail atau lebih dikenali sebagai Azan "Flip-Flop" sudah mensasarkan 10 kerusi untuk ditandingi pada PRU 14 akan datang. Ini sudah tentu memperlihatkan berlakunya pertambahan kerusi PKR pada pilihan raya akan datang.

Pertambahan kerusi oleh PKR ini sudah tentu membuatkan pimpinan PAS tidak tidur malam apabila memikirkan akan sikap PKR yang semakin pada hari ini. Manakan tidak apabila kerusi DUN Bandar yang dimenangi oleh Azan Ismail pada PRU 13 lepas itu adalah ihsan daripada PAS Kuala Terengganu. Namun memikirkan akan keadaan hubungan mereka dengan PAS selepas tidak lagi bersama dengan PKR sudah tentu PKR berhasrat untuk bertanding sahaja di kawasan tersebut walaupun PAS masih merasakan bahawa mereka tuannya.

Dalam pada itu, dikhabarkn juga bahawa setiap kubu kuat PAS di Kuala Terengganu seperti DUN Ladang, Wakaf Mempelam dan Batu Burok bakal PKR meletakkan calonnya. Sudah tentu kawasan Parlimen di Kuala Terengganu akan mempunyai lebih daripada pejuru bila mana BN dan PAS sudah tentu tidak ketinggalan untuk meletakkan calon pilihan mereka di kawasan ini.

Walaubagaimanapun, ada kebarangkalian bahawa Azan Ismail sudah mempunyai jentera dan sumber kewangan sendiri untuk menggerakan PKR di Kuala Terengganu pada PRU akan datang. Namun ada kebarangkalian juga bahawa DUN Permaisuri juga bakal PKR bertanding berikutan daripada pengalaman yang sudah dilalui PKR dikawasan kubu kuat UMNO ini termasuk dengan Langkap dan Batu Rakit melainkan Jabi merupakan kawasan kuat PAS sejak dari dahulu lagi.

Namun bagaimana pula dengan PPBM adakah sampai ke sudah selepas berhijrah dari Marang semata-mata hendak bertanding di Kuala Nerus sahaja??

Monday, 24 July 2017

FELDA: 60 TAHUN MENYELUSURI RANJAU



Semenjak mula ditubuhkan pada tahun 1956, FELDA kini sudah menginjak usia 60 penubuhan. Dalam perjalanan untuk bertahan lebih daripada separuh dekad pelbagai isu dan cabaran yang dilalui oleh FELDA. Bermula daripada yang membabitkan hal ehwal peneroka hingga lah kepada hal ehwal pihak atasan.

Malah mutakhir ini kita juga sering dihidangkan dengan pelbagai isu berkenaan dakwaan penyelewengan orang atasan dalam FELDA yang kini ditukarkan kepada FGV. Benar ataupun tidak biarlah yang diberi mandat kuasa memutuskannya.

Sambutan Ekplorasi FELDA Negaraku Malaysia sempena Hari Peneroka Kebangsaan baru sahaja melabuhkan tirainya. Malah yang menariknya adalah pada sambutan kali ini adalah berkenaan dengan pengumuman pelbagai isentif kepada peneroka. Malah, pemberian insemtif ini adalah diumumkan oleh YAB P.M sendiri ketika berucap di Sambutan Hari Peneroka. Insentif tersebut ialah:

1) Insentif RM5,000 kepada 94,956 orang peneroka pada akhir Ogos 2017 dengan jumlah keseluruhan RM474.7 juta

2) Pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 kepada setiap peneroka.
Melibatkan peruntukkan RM519 juta.

3) Pelupusan sebahagian baki pinjaman saham FGV libatkan lebih 77,000 peneroka. Bagi mereka yang habis pinjaman akan mendapat RM1,820

4) Kelulusan bagi pinjaman pembesaran rumah tanpa faedah berjumlah RM40,000 dan boleh membina lebih dari satu unit rumah dalam satu tapak. Melibatkan 70,000 tapak rumah peneroka. Jumlah kos keseluruhan RM2.8 billion.

5) Geran khas tanam semula melibatkan RM7,500 bagi setiap hektar.

6) Pengumuman dana khas RM300 juta diwujudkan bagi tempoh 2017-2021 bagi lupuskan lebihan hutang tanam semula  melebihi jangkaan RM40,000.

Yang mempersoalkan tindakan YAB
P.M memberikan insentif RM5000 kepada peneroka FELDA jelas menunjukkan sikap iri hati mereka terhadap peneroka FELDA. Selain itu, 'durian runtuh' ini bukanlah mereka perolehi secara tunai, malah ada juga diperuntukkan untuk melangsaikan kos penanaman semula anak sawit di setiap tanah peneroka.

Jika benar ingin menikmati kehidupan seperti mana yang dikecapi oleh setiap peneroka FELDA, kembalilah ke tahun 1956 dahulu diawal penubuhannya. Sanggupkah menebang pokok yang saiznya hampi lima pemeluk dan bersabar menunggu hasil tanaman membuahkan hasil?

Insentif RM5000 seperti yang diumumkan oleh YAB PM kepada peneroka FELDA bukanlah sekali itu 'durian runtuh' mereka perolehi, lagipun sudah pelbagai manfaat mereka kecapi selepas 60 tahun penubuhan ini. Berkat usaha dan kegigihan peneroka diawal penubuhan FELDA dahulu maka kita lihatlah apa yang ada dalam FELDA pada hari ini.

Disini apa yang hendak disampaikan adalah FELDA 1956 dahulu adalah berbeza dengan apa yang generasi seterusnya kecapi pada hari ini. Manakan tidak apabila pelbagai program usahawan mereka manfaatkan demi kelangsungan mereka sebagai anak FELDA. SELAMAT ULANG TAHUN FELDA DAN YAB P.M NAJIB RAZAK.

Monday, 3 July 2017

UBER & GRAB BUKAN PUNCA PEMANDU TEKSI TERTINDAS


Asalnya UBER/GRAB dahulu dikenali sebagai "prebet sapu", perkhidmatan jika dikampung biasanya laku ketika ada pasar minggu di pekan. Pada ketika itu yang berkerja sebagai prebet sapu adalah orang yang paljng dicari bagi tujuan pengangkutan orang kampung ke pasar minggu.

Kebelakangan ini sahaja aplikasi seperti UBER/GRAB diwujudkan bagi tujuan yang sama. Namun kebolehannya jauh lebih ke hadapan berbanding dengan prebet sapu. Kebiasaanya orang-orang dibandar yang betul-betul menggunakan UBER/GRAB kerana kosnya jauh lebih murah berbanding dengan teksi.

Namun UBER/GRAB ini seakan menjadi musuh kepada teksi mutakhir dek kerana habis pelanggan teksi dicuri  oleh pengusaha UBER/GRAB ini. Padahal dalam tak sedar mereka sendirilah punca penolakan pelanggan terhadap teksi, malah hingga yang menipu pada mesin meter perjalanan pun ada, itu belum lagi termasuk yang ambil jalan jauh untuk menghantar penumpang.

Sebenarnya mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa ramai pengusaha teksi yang menggunakan sistem aplikasi GRAB Taxi daripada GRAB untuk mengangkut penumpang. Kadar tambang sudah tentu tidak berpandukan kepada mesin meter diatas dashboard lagi kerana, harga tambang GRAB Taxi juga telah disetkan oleh GRAB.

Isunya hari ini adalah berkenaan dengan nasib pengusaha teksi yang dikatakan tertindas selepas kehadiran UBER/GRAB ini. Manakan tidak hingga ada yang sanggup menjual dan memulangkan teksinya kepada syarikat dek kerana kepayahan untuk mendapatkan penumpang.

Sebenarnya pengusaha UBER/GRAB pun membayar sebahagian hasilnya kepada syarikat, walaupun menggunakan kenderaan sendiri itu tidak bermakna segala duit tambang yang diperoleh bukan 100% milik mereka. Samalah juga dengan pengusaha teksi.

WAJARKAH JIKA SABAH DAN SARAWAK KELUAR DARI MALAYSIA??


Aku sebenarnya malas nak menyampuk dalam bab Sabah dan Sarawak yang keluar dari Malaysia ini, walaupun sebenarnya Abang Jo hanya menghantar peguamnya sahaja untuk mengkaji apakah lagi tuntutan mereka dahulu kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu sebelum bersetuju untuk menyertai Persekutuan Malaysia.

Namun untuk menubuhkan negara sendiri bukanlah semudah seperti bercakap dihadapan audiens, lebih-lebih lagi apabila segenap hal perlu difikirkan. Bermula dari ekonomi dan sosial setiap cabang kecilnya perlu diambil agar rakyat mendapat hak yang seharusnya mereka dapat. Sudah tentu mereka mahukan yang lebih baik berbanding sewaktu berada dibawah kerajaan Malaysia dahulu.

Bercakap soal hal ehwal pertahanan sudah tentu Sabah dan Sarawak perlu mempunyai pasukan pertahanan sendiri. Manakala setiap kem askar Rejimen Askar Melayu Diraja pula semuanya akan dipindahkan kembali ke Malaya. Ini bermakna tiada lagi aspek keselematan melalui ketenteraan di kedua negara baharu tersebut, maka lebih mudah ia ditembusi oleh musuh.

Dalam pada itu bagaimana pula dengan nasib rakyat sendiri yang merantau ke Malaya. Sanggupkah melihat mereka menjadi orang asing di bekas bumi lamanya dahulu? Hinggakan hendak masuk ke Malaya samalah seperti kami kena bawa pasport jika hendak ke Narawthiwat. Padahal wilayah Narathiwat itu adalah sebahagian daripada Kelantan sebelum Perjanjian Bangkok 1909.

Jika sekadar menuntut hak untuk kebaikan rakyat pada aku kerajaan Negeri Terengganu dan Kelantan juga pernah membuat perkara yang sama dahulu. Namun jika hendak bermandiri seperti mana Brunei dan Singapura seeloknya janganlah terburu-buru sangat sepertimana orang Britain yang mahu keluar EU tetapi akhirnya mahu buat 'U Turn'.