Wednesday, 14 June 2017

PENJELASAN TUDM TENTANG BANGKAI NURI DI SUNGAI PETANI

Beberapa hari ini, viral mengenai rangka helikopter Nuri yang dilihat oleh orang ramai 'tersadai' di sebuah bengkel barang lusuh di Sg. Petani, Kedah.

Sedikit info untuk maklumat bersama, helikopter ini telah mengalami kemalangan di Pulau Perak pada Disember 2013. Disebabkan hal tersebut, terdapat kerosakan yang teruk pada rangka helikopter ni dan ianya tidak boleh berfungsi lagi.

Ditambah lagi dengan keadaan fizikal pesawat yang jika dibaiki akan menelan kos belanja yang amat tinggi. Disebabkan hal ini kerajaan putuskan untuk lupuskan saja dan tidak perlu dibaiki untuk kegunaan pameran dan sebagainya. Kang kalau repair, Pembangkang bising kata kos membaiki mahal, guna duit rakyat bla bla bla.

Melalui Pemeriksaan Pelupusan Aset Alih, kerajaan dah luluskan cadangan melupuskan aset alih kerajaan pesawat Nuri ini pada Disember 2016.

Untuk info, komponen mekanikal dan juga sistem yang digunapakai helikopter ni dah dikeluarkan terlebih dahulu oleh TUDM. Kerja-kerja memotong rangka helikopter ini pun sedang dijalankan. Maka jangan bimbang lah

Penjelasan oleh TUDM


, helikopter ni tidak boleh dibawa terbang ke Kuala Lumpur untuk shopping raya ataupun jalan-jalan pusing Komtar .

#FaktaDiutamakanDaripadaPersepsi
Tentera Udara Diraja Malaysia