Wednesday, 21 June 2017

LAPORAN OLEH DOJ SEKADAR SEBUAH KONSPIRASI

Kenyataan yang dikeluarkan oleh “Department Of Justice”(DOJ) ini adalah berkenaan dengan wujudnya penyelewengan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Semenjak dari  20 Julai 2016 hanyalah kenyataan dan tuduhan sahaja yang dibuat. Namun masih tiada saman yang dilakukan, sebaliknya Loretta Lynch yang digugurkan daripada DOJ.  Kenapa?

1.       Pendedahan oleh DOJ bukanlah hendak menyedarkan rakyat akan apa yang 1MDB lakukan, sebaliknya tak ubah seperti satu konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Malaysia sahaja melalui campur tangan kuasa luar. Senarionya samalah seperti Iraq di zaman Saddam Hussein memerintah, apabila wujudnya dakwaan terhadap Saddam yang memiliki “Weapon of Mass Destruction”. Namun hingga ke hari ini satu WMD langsung tidak di temui  malah negara Iraq pula hingga ke hari ini bergolak seperti tiada kesudahan.

2.       Mengapa laporan DOJ itu hanyalah sekadar dakwaan semata-semata? Kerana laporan tersebut hanya ditulis seperti kenyataan akhbar dan teks ucapan sahaja yang berdasrkan aduan awam. Apabila dakwaan berkenaan masih belum dibuktikan dan sehingga mahkamah membuat penghakiman, ia tidak membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat dalam aduan ini adalah benar. Sudah  tentu pendakwaan langsung terhadap tertuduh akan dijalankan, jika terdapat bukti bagi setiap dakwaan. Malahan aset yang dimiliki pula akan dirampas Akta Penggubahan Wang Haram Amerika Syarikat.

3.       Laporan terbaru DOJ antaranya ada menyebutkan tentang pemilikan berlian berharga US$27 juta oleh DS Rosmah. Namun namanya langsung tidak disebut dalam tindakan sivil DOJ. Sebaliknya Rafizi dahulu pernah ‘kantoi’ memfitnah tentang cincin yang dimiliki oleh DS Rosmah. Maka tidak hairanlah jika beliau telah mengarahkan peguamnya untuk memantau media sosial berkaitan "serangan dan tuduhan palsu" terhadapnya.

4.       Malah, Jabatan Peguam Negara  Malaysia sehingga kini tidak menerima sebarang permintaan daripada DoJ untuk mendapatkan apa-apa maklumat atau bukti dan kenyataan kedua yang difailkan itu "berlaku pada ulang tahun saman pertama. Pendek kata, ia merupakan tindakan ulangan sahaja.

5.       Selain itu, 1MDB telah melalui beberapa siasatan di Malaysia termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai oleh pembangkang iaitu Tan Seng Giaw dan Tony Pua. Walhal selepas disemak, langsung tiada unsur jenayah yang dilakukan. Ini diakui sendiri oleh Tan Seng Giaw juga menyatakan bahawa tidak ada asas untuk mendakwa atau menuduh Perdana Menteri bersalah dalam isu 1MDB.

6.       MO1 ciptaan DOJ itu hanyalah sekadar untuk menimbulkan persepsi dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana, nama PM dan Isterinya langsung tidak disebutkan  dalam laporan tersebut. Malah PM langsung tidak diletakkan sebagai defendan atau didakwa melakukan kesalahan jenayah seperti mana yang didakwa.

7.       Maka jelaslah bahawa DOJ langsung tidak menamakan bahawa siapakah MO1 walaupun terdapat rujukan mengenainya. Apabila aduan yang dibuat tiada maklumat dan bukti untuk mengaitkan MO1 dengan sebarang aset dan apa jua kesalahan jenayah yang tertera dalam laporan tersebut. Susah sangatkah hendak menyebut nama DS Najib?

8.       Genap setahun selepas pendedahan kali pertama oleh DoJ, kini tindakan sivil terbaru dikemukakan. Tindakan ini seperti yang dilakukan setahun lalu tetapi rakyat Malaysia tidak `ghairah' membicarakannya dan berita mengenainya hanya berlegar di kalangan pembangkang dan media mereka sahaja.

9.       Pendedahan tidak berasas DOJ ke atas pemimpin negara ini hanya mahu menjejaskan kredibiliti pentadbiran negara termasuk membangkitkan semula kes salah laku dalam 1MDB yang telah selesai. Kalau ada pihak termasuk DOJ cuba membangkitkan semula isu ini, ia tiada kaitan dengan kepimpinan negara.

Sebenarnya pendedahan semula laporan DOJ tak lain dan tak bukan hanyalah usaha Mahathir sahaja yang mahu menutup isu dalaman PPBM pimpinannya. Katanya sebanyak RM 50 juta dibelanjakan kepada Yayasan Clinton untuk DOJ mengeluarkan terbarunya tentang 1MDB dan MO1. Syed Saddiq sudah menafikannya, namun bagaimana pula dengan Mahathir dan Daim yang masih membisu?