Thursday, 4 May 2017

PROGRAM 'RIG TO REEF' IMBUHAN BARU KEPADA NELAYAN PESISIR PANTAI TERENGGANU.

1.       Di Marang, Terengganu pada hari ini (4/5/2017) telah dirasmikan satu projek baharu oleh PETRONAS dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) yang dinamakan sebagai ‘rig to reef’. Sememangnya projek jarang kita dengar akan projek tukun ini kerana apabila ia melibatkan syarikat petroleum.

2.       Projek ‘rig to reef’ atau R2R yang pertama adalah di Gulf of Mexico, Amerika Syarikat pada tahun 1984 dimana inisiatif kepada projek ini adalah untuk mengitar semula bahan-bahan dari pelantar minyak akan ditenggelamkan menjadi tukun. Tujuan kepada usaha ini adalah untuk memastikan kualiti hidupan marin akan terus terjamin selain memberikan hidupan marin satu habitat baru untuk menambah pembiakannya.

3.       Di Amerika Syarikat projek ‘rig to reef’ yang dikendalikan oleh Bureau of Safety and Environmental Enforcement (BSEE) ini menelan belanja hampir  USD800 ribu per satu struktur. Walaupun seakan-seakan tinggi kos implemetasiannya, namun kos untuk Penyelidikan dan Pembangunan bagi tujuan kajian terhadap kajian hidupan marin dapat dijimatkan sebanyak 50 peratus kerana kewujudan taman laut melalui R2R ini.


4.       Di Malaysia pula projek ini dikendalikan oleh Deparment of Fishery (DOF) dengan kerjasama PETRONAS bermula pada tahun 2004 dengan melupuskan pelantar minyak Baram-8 di perairan Sarawak.  Pelantar di perairan Sarawak ini dinyahtauliah pada 1975 akibat kerosakan daripada kejadian ribut yang merosakkan pelantar tersebut  dan akhirnya dijadikan perintis kepada R2R di Malaysia pada tahun 2004.

5.       Melalui peruntukan DOF sejak tahun 2006 lagi sebanyak RM10.8 telah diperuntukkan untuk membangunkan tukun tiruan di Terengganu.  Projek ini  telah menempatkan 1,147 unit tukun di 27 tapak di sekitar pesisiran pantai Terengganu. Sudah tentu projek yang sebegini akan memberi manfaat kepada 6500 nelayan pesisir pantai di Terengganu.


6.       Namun usaha strategic dengan PETRONAS ini sememangnya julung diadakan selepas kejayaan Baram-8 (BA8) di Sarawak. Impaknya sudah tentulah akan pertambahan hasil laut yang bakal didaratkan kelak apabila biodiversity hidupan marin semakin ditingkatkan. 

                c) http://aoghs.org/offshore-history/rigs-to-reefs/

Teknik yang digunakan untuk R2R:
1. Tow and replace
2. Topper in place
3. Partial remove