Saturday, 20 May 2017

OPERASI LALANG 1987, ISA DAN KUASA HEGEMONI MAHATHIR TERHADAP RAKYAT.


Hasrat Mahathir pada awal penguasaa beliau sebagai Perdana Menteri juga adalah untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang gila mencari sesiapa sahaja mahu cuba  menentang kerajaan. Usaha itu bermula apabila seramai 170 orang tahanan Kem Kamunting dibebaskan termasuklah, Kassim Ahmad yang merupakan rakan karib kepada Mahathir hingga ke hari ini.

Namun usaha yang diimpikan oleh Mahathir itu hanyalah sekerat jalan sahaja oleh kerana wujudnya pelbagai isu dalaman dan luaran yang dihadapi Mahathir. Malahan lebih teruk lagi apabila 6 tahun pertama beliau sebagai Perdana Menteri juga menghadapi pelbagai rintangan. Antaranya ialah:

1. Isu sensitiviti kaum (Bantahan Pembangunan di Bukit Cina)
2. Kristianisasi orang Melayu
3. Kemunculan Marxist dan kembalinya PKM
4. Bantahan mahasiswa UM terhadap penggunaan Bahasa Melayu
5. Agenda politik qqDAP
6. Tragedi Oktober (Bantahan orang Cina terhadap guru yang tidak bertauliah Bahasa Mandarin ke SRJKC)
7. Rusuhan Kaum

Kesemua yang dinyatakan diatas itu sudah lebih daripada untu membuat Mahathir tidak tidur malam. Lebih-lebih apabila sekutunya dari MCA iaitu Lee Kim Sai juga bersama dengan Lim Kit Siang berserta 2000 orang berhimpun untuk membantah polisi baharu yang diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim pada ketika itu sebagai seorang Menteri Pendidikan.

UMNO pula telah membalas bantahan dengan membuat himpunan untuk mempertahankan Anwar Ibrahim supaya terus mengekalkan polisinya terhadap, 100 guru yang tak bertauliah Bahasa Mandarin ke SRJKC tanpa mempedulikan bantahan kaum Cina termasuk oleh Dong Jiao Zong yang paling lantang menentang. Oleh itu, Anwar dan Lim Kit Siang dituntut letak jawatan sebagai Ahli Parlimen di kawasan masing-masing oleh kedua-dua pihak.

Berikutan daripada rentetan beberapa peristiwa inilah Mahathir akhirnya melancarkan Operasi Lalang untuk menangkap semua yang disyaki dalam beberapa peristiwa yang cuba menggugatnya. Akhirnya seramai 119 ditahan yang mana mereka ini datang dari pelbagai lapisan masyarakat dan termasuklah dengan Aktivis Alam Sekitar apatah lagi dengan ahli politik. Ahli politik yang ditahan dibawah Operasi Lalang adalah:

1. Lim Kit Siang - ketua pembangkang dan Setiausaha Agung DAP
2. Chandra Muzaffar- Presiden Aliran
3. Karpal Singh- Timbalan Pengerusi DAP
4. Lee Kim Sai - Timbalan Presiden MCA
5. Chan Kit Chee - Naib Presiden MCA dan Perak
6. Kua Kia Soong- Ketua Publisiti Jawatankuasa Hak Awam
7. Lim Fong Seng - Pengerusi Dong Jiao Zhong (Persatuan Pendidikan Cina)
8. Halim Arshat - Ketua Pemuda PAS
9. Mohamed Sabu – Pemuda PAS
10. Ibrahim Ali - Ahli Parlimen Pasir Mas, UMNO
11. Mohamed Fahmi Ibrahim - Exco Biro Pendidikan Pemuda UMNO

Namun begitulah cara Mahathir hendak mengajar rakyat supaya taat kepada kepimpinan beliau. Walaupun dilakukan atas niat yang baik, tetapi Mahathir tak ubah seperti Hitler yang melakukan Holocaust kepada rakyat Jerman yang bukan dari bangsa Aryan.

Walaubagaimanapun dakwaan Lim Kit Siang di dalam buku Right to Differ tulisannya mendakwa bahawa, Operasi Lalang ini dilakukan selepas Mahathir hampir tewas kepada Tengku Razleigh dalam pemilihan presiden UMNO. Isu nasional pada ketika itu sengaja diwujudkan bagi untuk menyatukan penyokong UMNO yang semakin berpecah. Kaum cina telah dilihat sebagai punca utama terjadinya perkara ini.

Kesimpulannya, usaha Mahathir untuk menghapuskan ISA hanyalah sekadar propaganda  beliau sahaja sewaktu awal zaman pentadbirannya. Malah beberapa tahun selepas itu beliau juga turut sama menjadikan ISA ini sebagai perisai kepada tindakan hegemoni beliau sendiri. Namun itulah Mahathir yang masih dipuja penyokong beliau hingga ke hari ini.

#MahathirNyanyuk