Sunday, 28 May 2017

ASALNYA UMP DAHULU ADALAH MEC CIPTAAN MAHATHIR YANG LAMA BANGKRAP


MEC ini secara rasminya memulakan operasinya pada 13 Mac 1997 di atas tanah yang berkeluasan 3000 hektar di Gambang. Nama panjang MEC ini adalah Malaysia Electronics Corporation.

Selepas dirasmikan Tun Mahathir, MEC ini sebenarnya mahu bersaing dalam pasaran elektronik dengan jenama asing yang sudah lama 'established' seperti Panasonic, Samsung, Sony dan Toshiba. Maka diadakan pula kempen 'Belilah Barangan Buatan Malaysia' bagi melariskan barangan eletronik MEC.


Pada ketika ini syarikat-syarikat pengeluaran elektronik banyak yang berpangkalan di Malaysia, boleh jadi ini adalah kesan 'Dasar Pandang Ke Timur' oleh Tun Mahathir. Namun apa gunanya jika hasilkan barangan keluaran sendiri tetapi harga lebih mahala dan kualiti sangat teruk berbanding dengan produk Jepun dan Korea Selatan.

Sebenarnya barangan keluaran MEC di MEC City ini juga adalah sekadar meniru sahaja seperti mana yang dikeluarkan oleh jenama-jenama seperti Panasonic dan National sebelum ini. Samalah juga seperti selepas JV Mitsubishi Motors, sampai ada yang tertukar bahawa adakah itu Evo 3 atau Proton Wira.

MEC City akhirnya menjadi projek 'gajah putih' sehingga penubuhan KUKTEM( Kolej Universiti Teknikal Awam) diatas tapak yang pernah menjadi kilang barangan elektronik sebelum ini. KUKTEM ini akhirnya mula menerima kemasukan pelajar pada 2003 hingga ke tahun 2007.

Pada tahun 2007 KUKTEM ini bertukar nama kepada UMP (Universiti Malaysia Pahang). UMP kini menjadi tempat melahirkan mahasiswa dalam bidang kejuruteraan dan teknikal. Malah kawasan disekitar Gambang kini semakin pesat dengan pebagai projek perumahan dan pembukaan projek rumah kedai dan sebagainya.

Selain itu Gambang Water Park juga dibuka dalam sekitar beberap kilometer sahaja dari UMP. Betullah bahawa pembukaan institusi pendidikan adalah punca kemajuan sesuatu kawasan. Semua itu adalah usaha YAB PM kita pada hari yang menjawat Menteri Pendidikan pada zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.