Tuesday, 18 April 2017

TUN MAHATHIR FOBIA DENGAN PAS?

Penulisan Tun M dalam blog miliknya pada hari ini sangat menarik untuk dibaca kerana ia adalah berkenaan PAS iaitu sebuah parti yang sangat dibencinya ketika Tun M masih bersama UMNO. Waktu zaman berkuasa  dahulu apatah lagi apabila mendakwa PAS adalah punca sebenar kenapa orang Melayu kita berpecah pada hari ini.

Dalam konteks ini mungkin Tun M sendiri lupa bahawa tertubuhnya Parti Keadilan Nasional oleh Anwar Ibrahim adalah berpunca daripada pembuangannya daripada kabinet kerajaan Malaysia dan parti UMNO oleh Tun M apabila mensabitkan Anwar Ibrahim dengan pelbagai siri salah laku. Adakah ini salah PAS? Jawapannya, TIDAK.

Sebenarnya, Tun M sendiri risau apabila melihat PAS yang selesa bersendirian dan semakin berbaik-baik dengan UMNO. Lihatlah dalam isu mutakhir ini dapat dilihat apabila Haji Hadi  membentangkan pindaan RUU355 di Dewan Rakyat, disini kita melihat Ahli Parlimen PAS dan UMNO bersatu-hati untuk menyokong pindaan akta terbabit. Hal ini bebrbeza dengan Muhyiddin Yassin iaitu satu-satunya MP dari PPBM yang memilih untuk tidak mahu menyokong pindaan tersebut

PAS atau nama asalanya ialah Pan Malaya Islamic Party yang ditubuhkan oleh Haji Ahmad Fuad pada tahun 1959 pernah menjadi mimpi negeri buat Tun M apabila akhirnya membentuk kerajaan di Terengganu dan mengekalkan kemenangan di Kelantan buat ketiga kali pada waktu PRU 10 dahulu. Walhal sudah pun diarahkan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengadakan proses ‘gerrymandering’ bagi mengelakkan kekalahan lebih teruk berlaku ketika zamannya.

Proses persempadanan semula yang dilakukan oleh SPR adalah disebabkan oleh impak gerakan Reformasi yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim pada masa itu. Dibuangnya Anwar Ibrahim dari UMNO turut membawa beberapa tokoh yang telah menjadi pengasas bersama Parti Keadilan Nasional (kini: Parti Keadilan Rakyat).

Anwar Ibrahim ketika menjadi orang no2 Mahthir.
 Maka disini jelaslah apabila Tun M sendiri yang menyebabkan punca orang Melayu berpecah, samalah juga dengan tindakannya yang pernah berlawan dengan Ku Li hingga tertubuhnya Parti Semangat 46 oleh Ku Li dan keluar dari UMNO sebanyak dua kali dek kerana Pak Lah dan Najib Razak yang enggan mengikut arahannya.

Sifat takut Tun M kepada PAS tidak lain tidaklah bukan kerana semua itu berlaku dengan perbuatannya sendiri. Imbas kembalilah diwaktu Tun M memanfaatkan sepenuhnya Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA), berdozen pimpinan PAS direhatkan di Kamunting dek kerana Tun M melihat mereka sebagai satu ancaman. Ini kerana pada ketika itu PAS lah satu-satunya pembangkang yang dominan jika dibandingkan dengan DAP.


Mungkin ramai masih ingat akan Peristiwa Memali yang berlaku pada tahun 1985 dahulu. Namun inilah yang berlaku apabila Tun M cuba mengelak dari penyakit ‘fobia’ nya terhadap PAS.