Sunday, 16 April 2017

"PASAR PAYANG MEMANG PERLU DISELAMATKAN".

Modal kemenangan Raja Kamarul Baharin waktu PRU13 dahulu adalah mempertahankan Pasar Payang yang dikatakan sebagai warisan Negeri Terengganu sejak turun temurun. Walhal ketika itu usia Pasar Payang sudahpun masuk tahap perlu diganti baru dengan suasana persekitaran dalamannya yang lebih kondusif.

Apa yang berlaku sebaliknya apabila seluruh pelosok Terengganu dijaja isu berkenaan Mat Said hendak merobohkan Pasar Payang tersebut. Maka dikekalkan keberadaan Pasar Payang tersebut hingga ke hari ini.

Dalam keberadaan Pasar Payang pada hari ini, adakah masalah kerosakan dalam pasar diambil peduli oleh Raja Baharin berkenaan dengan atap bocor, longkang tersumat dan air melimpah ketika hujan lebat. Malah juga dinaiki air ketika air pasang besar semasa musim tengkujuh.

Ketika masih dalam mandat sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu, sudah berapa kali dia melawat ke tempat yang dia pernah pertahankan itu. Adakah masalah-masalah yang dihadapi oleh peniaga masih lagi dia ambil peduli? Alih-alih MBKT yang pening kepala kena hentak, MB apatah lagii.

Kini, Kompleks Pasar Payang Baharu bakal memulakan pembinaannya menjelang Mei ini. Manakala ruang niaga sementara akan turut dibina untuk setiap peniaga yang berjumlah 530 orang di Pasar Payang tersebut. Projek yang menelan belanja sebanyak RM66 juta ini dijangka siap pada tahun 2020, sudah tentu yang untungnya adalah orang Kuala Terengganu.

Memang tidak dinafikan bahawa Pasar Payang ini adalah warisan di negeri Terengganu. Namun tiba masa juga warisan ini diperbaharui agar ia lebih sedap mata memandang dengan kemudahan serba baru dan moden, apatah lagi memberi keselesaan kepada pengunjung dan pelancong yang bertandang.

Semoleknya bagi sahaja pelan projek Kompleks Pasar Payang untuk direka oleh Raja Kamarul Baharin nesacaya tidak akan wujud lagi suara sumbang untuk menyekat pembinaan Kompleks Pasar Payang baharu ini.