Thursday, 13 April 2017

HISHAMUDDIN HUSSEIN SEBAGAI MENTERI TUGAS-TUGAS, KENAPA LU ORANG KECOH NIII?

1.       Berkuatkuasa  12 April 2017 Hishamuddin Hussein kini menjawat sebagai Menteri  Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Namun masih belum ada sebarang penjelasan yang meyakinkan akan perlantikan beliau dalam portfolio tersebut.

2.       Walaubagaimanapun andaian yang negative hingga ada yang mengatakan YAB PM bakal melepaskan jawatan Perdana Menteri kini semakin berlegar apabila Salahudin Ayub selaku Timbalan Presiden Parti Amanah Negara turut membuat kenyataan tentang perkara tersebut. Padanya isu perlantikan portfolio ini seolah-olah merupakan suatu hint daripada YAB PM.

3.       Dalam berbicara akan hal ini mungkin masih ramai yang belum tahu bahawa pelantikan Hishamuddin Huseein ini adalah kali keempat pernah dilakukan oleh Perdana Menteri bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman lagi ketika pentadbirannya dilanda isu Rusuhan Kaum 13 Mei 1969.

4.       Berikut adalah senarai yang pernah menjawat Menjawat jawatan Menteri Tugas-tugas Khas:
a)      Tun Dr. Lim Keng Yaik (1972 hingga 1973)
b)      Tun Ghazali Shafie (1970 hingga 1975)
c)       Tun Daim Zainuddin (1998 hingga 2001)

5.       Tun Dr. Lim Keng Yaik dilantik oleh Tunku Abdul Rahman bagi menguruskan isu penduduk di Kampung Baru dan Darurat pada Mei 1969. Pada masa itu Dr. Lim merupakan ahli MCA sebelum ditendang keluar oleh Tan Siew Sin berikut reformasi MCA oleh Dr. Lim pada tahun 1973.

6.       Tun Ghazali Shafie dilantik oleh Tun Abdul Razak bagi merancang pembentukan Dasar Ekonomi Baru akibat melihat jurang ekonomi yang terlampau ketara antara kaum. Oleh itu, Tun Ghazali Shafie diberi kepercayaan untuk merangka semula setiap kedudukan agar setiap nya mendapat akses manfaat yang serata.

7.       Krisis ekonomi yang Asia pada tahun 1997 menyebabkan Malaysia turut menerima impak. Ekoran daripada itu menyebabkan Tun Daim Zainuddin dipanggil kembali oleh Tun Mahathir bagi membaik pulih ekonomi negara ekoran daripada krisis ekonomi tersebut. Maka diberi kepercayaan Tun Mahathir kepada Tun Daim untuk mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Walhal pada sebelum dilantik ke portfolio tersebut Tun Daim sudah pun menjadi ketua dalam MTEN. Pelik kan?

8.       Disini cai seakan hairan dalam keadaan mengejut pengumuman tentang pelantikan ini dibuat. Padahal isu diplomatic antara Malaysia dengan Korea Utara sudahpun selesai tanpa sebarang perkara tidak diingini. Cuma disini cai membuat andaian seolah-olah pentadbiran YAB PM Najib Razak semakin tempang hinggakan mengangkat sepupu sendiri  menjadi  ‘warlord’ bersama dengan Zahid Hamidi.

9.       Seperti yang dilakukan oleh tiga mantan Perdana Menteri sebelum YAB PM Najib Razak pun pernah melantik individu kepercayaan mereka untuk memegang portfolio demikian.  Percayalah ini adalah satu usaha untuk memantapkan mutu pentadbiran negara dan KPI tahunan, lebih-lebih lagi apabila Wawasan 2020 dalam tempoh tak kurang dari 3 tahun. Semestinya apa yang dihasratkan oleh pimpinan terdahulu perlu dicapai walau apa telah dia lakukan kepada negara pada mutakhir ini.


10.   Alasan untuk menendang Zahid Hamidi dari pentadbiran YAB PM Najib Razak tersangatlah dangkal walaupun kita semua akan siapa Zahid Hamidi di waktu Anwar Ibrahim dibuang dari cabinet dan parti dahulu. Namun dalam konteks hari ini itu bukan satu alasan yang aku kira konkrit. Kalau benar hendak menurunkan Zahid Hamidi buat sajalah seperti mana yang dilalui Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Muhyiddin Yasin begitu juga dengan Anwar Ibrahim. Tak perlu lantikan Portfolio untuk tugas-tugas khas.