Monday, 24 April 2017

GST: PAKATAN TEKAD TIDAK AKAN MANSUH WALAUPUN KUASAI PUTRAJAYA


Memetik kenyataan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah seperti yang tertera dalam akhbar NST adalah berkenaan dengan hasrat Pakatan Harapan yang nekad untuk mengekalkan sistem cukai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekalipun menang dalam PRU14 kelak.

Menyedari akan kesempitan yang dialami oleh rakyat Nurul Izzah berjanji akan menrunkan peratusan cukai yang setakat ini 6% masih dianggap tinggi dan membebankan rakyat khususnya kepada golongan berpendapatan sederhana.

Walaubagaimanapun, keputusan Nurul Izzah ini jelas bertentangan dengan pendirian Pakatan Harapan bila mana, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuat kenyataan sebaliknya berbanding dengan Nurul Izzah.

Hal ini kerana apabila Pakatan Harapan terus mendesak agar Putrajaya menghapuskan sistem cukai GST tetapi Nurul Izzah pula memilih untuk dikekalkan. Malah, Tun Mahathir juga pernah mengisytiharkan akan memansuhkan GST secara beransur-ansur dan berusaha untuk mengembalikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) seandainya menang pilihan raya kelak.

Tidak dilupakan bila mana PH sendiri sudah beberapa kali menganjurkan perhimpunan anti-GST di Kuala Lumpur sebagai protes kepada perlaksanaannya.

Namun aku tidak langsung tidak hairan apabila Nurul Izzah berkata demikian kerana sewaktu bapanya, Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Kewangan dahulu pun pernah berhasrat untuk melaksanakan GST, tetapi hasrat itu hanyalah sekerat jalan sahaja.

 Itulah beza antara antara rasional dan retorik apabila dasar polisi yang sememangnya memberikan pulangan yang besar kepada dijadikan isu politik oleh pembangkang. Kini tergesa-gesa mahu mengekalkan GST pula. Maka apa modal pembangkang seterusnya?


GST zalim tak?

Nah link: http://www.nst.com.my/news/nation/2017/04/233342/pakatan-now-says-it-wont-abolish-gst-if-it-wins-ge14

Sunday, 23 April 2017

HUSAM MAHU RAFIZI BALIK KAMPUNG ?

DUN manakah bakal ditandingi Rafizi?
Pada Majlis Makan Malam anjuran Pakatan Harapan semalam. Apa yang diucapkan oleh Husam X10 adalah memohon Rafizi diberi satu kerusi di negeri kelahirannya sendiri (Terengganu).
Ini bermakna Husam sendiri pun tahu bahawa Syed Azman yang berkurun menjadi menjadi ADUN Batu Buruk gagal memainkan peranan yang baik dalam PH di Terengganu. Ditambah pula Azan Ismail , ADUN Bandar yang selalu mendakwa dirinya diculik bunian hinggakan gagal memunculkan diri di kawasannya.

Apatah lagi Raja Kamarul Baharin yang pandai berucap diatas belakang Hillux sahaja pada setiap petang atau malam sahaja di kawasan tertentu di Parlimen Kuala Terengganu. Namun segala keperluan kemajuan dan penambahbaikan kemudahan rakyat dikawasannya dilepaskan begitu sahaja dek kerana sibuk hendak menjadi jaguh di Dewan Rakyat.

Bagaimana dengan PPBM? Pada mereka puak PPBM ini langsung tidak diberikan perhatian oleh PAN, PKR & DAP. Namun sekadar untum satu atau dua kerusi di kawasan-kawasan Besut atau Setiu itulah yang akan diberikan kepada PPBM kerana Pakatan Harapan tahu bahawa itu adalah PAN versi UMNO dan selayaknya hanya jadi tukang pacak bendera, poster dan banner sahaja di waktu PRU 14 nanti.

Disini kita melihat bahawa apa yang diperkatakan oleh Husam itu adalah tidak mustahil kerana ketiga-tiga wakil Pakatan Harapan yang ada di Terengganu langsung tidak bermutu, rakyat kadang-kadang tertanya akan apa 'track record' mereka sepanjang penggal ini. Jawapannya, kalendar baru setiap seorang pada awala tahun.

Namun itulah yang terjadi setelah mereka mengkhianati PAS dalam pakatan lama mereka hinggakan terdesak hendak membawa Rafizi pulang ke negeri asalnya. Malah Husam sendiri pun belum pasti dapat mengekalkan kerusi DUN Salor pada PRU 14 nanti. Apa yang pasti kerusi DUN Chukai akan menjadi pilihan Rafizi untuk masuk bertanding kelak, kerana disitulah kampung halamannya.
#MP

Wednesday, 19 April 2017

PERPECAHAN DALAMAN PPBM KIAN 'MEMBARAH'.

PPBM rekaan Tun M kini jelas memperlihatkan perpecahannya apabila kini giliran pengasas bersama pula turut membuat keputusan untuk meninggalkan parti yang penuh dendam tersebut. Persoalan kini timbul apabila wujud masalah dalaman bila mana penyertaan individu tertentu yang sekadar untuk mengejar jawatan dalam parti bongsu pembangkang tersebut.

Perletakan Kamarulzaman Habibur yang sebelum ini merupakan Pengerusi Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) kini telah menjawab segala persoalan kenapa PPBM yang masih belum berusia setahun semakin bermasalah.

Mana tidaknya apabila sistem kasta dijadikan keutamaan apabila seseorang itu memegang sesuatu jawatan dalam parti itu. Pendek kata, jika anda bukan kenalan presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung parti, bermimpi sajalah untuk memegang sesuatu jawatan dalam parti itu waima sekadar Ketua Penaja Bahagian sekali pun.

Seperti yang diperkatakan oleh Kamarulzaman lagi apabila orang yang berkerja siang demi melihatnya PPBM itu ditubuhkan akhirnya dilayan seperti orang kelas kedua? Disini jelaslah kita melihat apabila penyakit-penyakit dalam UMNO dahulu rupanya dilakukan oleh puak PPBM ketika mereka masih bersama UMNO dahulu.

Dalam politik kepartian mutakhir ini sangat tidak lari apabila wujudnya masalah seperti kronisme, nepotisme dan assabiyah. Namun itulah yang terjadi bila mahu memastikan diri sendiri kekal berkuasa hingga kiamat dan bukannya mahu parti yang dikelolai terus bertahan hingga ke generasi seterusnya.

Maka tidak hairan lah apabila seramai 500 orang ahli yang lain turut sama isytihar keluar dari PPBM kerana tidak tahan akan penyakit lama turut mereka bawa dari UMNO.

Ini belum lagi termasuk dengan langkah sumbang pimpinan mereka yang berkerjasama dengan DAP demi mahu kekal berkuasa di Putrajaya kelak. Fikirlah sendiri bila mana terpaksa bersaing dengan Parti Amanah Negara (PAN) untuk mendapatkan kerusi.

DAP dan PKR sudah pasti tidak akan memberikan kerusi kepada PPBM yang masih setahun jagung, jadi bagaimana PPBM mahu mengangkat ahli-ahlinya ke depan, jika kerusi untuk bertanding pun boleh dikira dengan jari.

Cukuplah kita sekadar jadi penonton, pandailah DAP jadi pengadil perlawanan itu nanti. Wallahualam.

Tuesday, 18 April 2017

TUN MAHATHIR FOBIA DENGAN PAS?

Penulisan Tun M dalam blog miliknya pada hari ini sangat menarik untuk dibaca kerana ia adalah berkenaan PAS iaitu sebuah parti yang sangat dibencinya ketika Tun M masih bersama UMNO. Waktu zaman berkuasa  dahulu apatah lagi apabila mendakwa PAS adalah punca sebenar kenapa orang Melayu kita berpecah pada hari ini.

Dalam konteks ini mungkin Tun M sendiri lupa bahawa tertubuhnya Parti Keadilan Nasional oleh Anwar Ibrahim adalah berpunca daripada pembuangannya daripada kabinet kerajaan Malaysia dan parti UMNO oleh Tun M apabila mensabitkan Anwar Ibrahim dengan pelbagai siri salah laku. Adakah ini salah PAS? Jawapannya, TIDAK.

Sebenarnya, Tun M sendiri risau apabila melihat PAS yang selesa bersendirian dan semakin berbaik-baik dengan UMNO. Lihatlah dalam isu mutakhir ini dapat dilihat apabila Haji Hadi  membentangkan pindaan RUU355 di Dewan Rakyat, disini kita melihat Ahli Parlimen PAS dan UMNO bersatu-hati untuk menyokong pindaan akta terbabit. Hal ini bebrbeza dengan Muhyiddin Yassin iaitu satu-satunya MP dari PPBM yang memilih untuk tidak mahu menyokong pindaan tersebut

PAS atau nama asalanya ialah Pan Malaya Islamic Party yang ditubuhkan oleh Haji Ahmad Fuad pada tahun 1959 pernah menjadi mimpi negeri buat Tun M apabila akhirnya membentuk kerajaan di Terengganu dan mengekalkan kemenangan di Kelantan buat ketiga kali pada waktu PRU 10 dahulu. Walhal sudah pun diarahkan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengadakan proses ‘gerrymandering’ bagi mengelakkan kekalahan lebih teruk berlaku ketika zamannya.

Proses persempadanan semula yang dilakukan oleh SPR adalah disebabkan oleh impak gerakan Reformasi yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim pada masa itu. Dibuangnya Anwar Ibrahim dari UMNO turut membawa beberapa tokoh yang telah menjadi pengasas bersama Parti Keadilan Nasional (kini: Parti Keadilan Rakyat).

Anwar Ibrahim ketika menjadi orang no2 Mahthir.
 Maka disini jelaslah apabila Tun M sendiri yang menyebabkan punca orang Melayu berpecah, samalah juga dengan tindakannya yang pernah berlawan dengan Ku Li hingga tertubuhnya Parti Semangat 46 oleh Ku Li dan keluar dari UMNO sebanyak dua kali dek kerana Pak Lah dan Najib Razak yang enggan mengikut arahannya.

Sifat takut Tun M kepada PAS tidak lain tidaklah bukan kerana semua itu berlaku dengan perbuatannya sendiri. Imbas kembalilah diwaktu Tun M memanfaatkan sepenuhnya Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA), berdozen pimpinan PAS direhatkan di Kamunting dek kerana Tun M melihat mereka sebagai satu ancaman. Ini kerana pada ketika itu PAS lah satu-satunya pembangkang yang dominan jika dibandingkan dengan DAP.


Mungkin ramai masih ingat akan Peristiwa Memali yang berlaku pada tahun 1985 dahulu. Namun inilah yang berlaku apabila Tun M cuba mengelak dari penyakit ‘fobia’ nya terhadap PAS.

Sunday, 16 April 2017

"PASAR PAYANG MEMANG PERLU DISELAMATKAN".

Modal kemenangan Raja Kamarul Baharin waktu PRU13 dahulu adalah mempertahankan Pasar Payang yang dikatakan sebagai warisan Negeri Terengganu sejak turun temurun. Walhal ketika itu usia Pasar Payang sudahpun masuk tahap perlu diganti baru dengan suasana persekitaran dalamannya yang lebih kondusif.

Apa yang berlaku sebaliknya apabila seluruh pelosok Terengganu dijaja isu berkenaan Mat Said hendak merobohkan Pasar Payang tersebut. Maka dikekalkan keberadaan Pasar Payang tersebut hingga ke hari ini.

Dalam keberadaan Pasar Payang pada hari ini, adakah masalah kerosakan dalam pasar diambil peduli oleh Raja Baharin berkenaan dengan atap bocor, longkang tersumat dan air melimpah ketika hujan lebat. Malah juga dinaiki air ketika air pasang besar semasa musim tengkujuh.

Ketika masih dalam mandat sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu, sudah berapa kali dia melawat ke tempat yang dia pernah pertahankan itu. Adakah masalah-masalah yang dihadapi oleh peniaga masih lagi dia ambil peduli? Alih-alih MBKT yang pening kepala kena hentak, MB apatah lagii.

Kini, Kompleks Pasar Payang Baharu bakal memulakan pembinaannya menjelang Mei ini. Manakala ruang niaga sementara akan turut dibina untuk setiap peniaga yang berjumlah 530 orang di Pasar Payang tersebut. Projek yang menelan belanja sebanyak RM66 juta ini dijangka siap pada tahun 2020, sudah tentu yang untungnya adalah orang Kuala Terengganu.

Memang tidak dinafikan bahawa Pasar Payang ini adalah warisan di negeri Terengganu. Namun tiba masa juga warisan ini diperbaharui agar ia lebih sedap mata memandang dengan kemudahan serba baru dan moden, apatah lagi memberi keselesaan kepada pengunjung dan pelancong yang bertandang.

Semoleknya bagi sahaja pelan projek Kompleks Pasar Payang untuk direka oleh Raja Kamarul Baharin nesacaya tidak akan wujud lagi suara sumbang untuk menyekat pembinaan Kompleks Pasar Payang baharu ini.

Thursday, 13 April 2017

HISHAMUDDIN HUSSEIN SEBAGAI MENTERI TUGAS-TUGAS, KENAPA LU ORANG KECOH NIII?

1.       Berkuatkuasa  12 April 2017 Hishamuddin Hussein kini menjawat sebagai Menteri  Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Namun masih belum ada sebarang penjelasan yang meyakinkan akan perlantikan beliau dalam portfolio tersebut.

2.       Walaubagaimanapun andaian yang negative hingga ada yang mengatakan YAB PM bakal melepaskan jawatan Perdana Menteri kini semakin berlegar apabila Salahudin Ayub selaku Timbalan Presiden Parti Amanah Negara turut membuat kenyataan tentang perkara tersebut. Padanya isu perlantikan portfolio ini seolah-olah merupakan suatu hint daripada YAB PM.

3.       Dalam berbicara akan hal ini mungkin masih ramai yang belum tahu bahawa pelantikan Hishamuddin Huseein ini adalah kali keempat pernah dilakukan oleh Perdana Menteri bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman lagi ketika pentadbirannya dilanda isu Rusuhan Kaum 13 Mei 1969.

4.       Berikut adalah senarai yang pernah menjawat Menjawat jawatan Menteri Tugas-tugas Khas:
a)      Tun Dr. Lim Keng Yaik (1972 hingga 1973)
b)      Tun Ghazali Shafie (1970 hingga 1975)
c)       Tun Daim Zainuddin (1998 hingga 2001)

5.       Tun Dr. Lim Keng Yaik dilantik oleh Tunku Abdul Rahman bagi menguruskan isu penduduk di Kampung Baru dan Darurat pada Mei 1969. Pada masa itu Dr. Lim merupakan ahli MCA sebelum ditendang keluar oleh Tan Siew Sin berikut reformasi MCA oleh Dr. Lim pada tahun 1973.

6.       Tun Ghazali Shafie dilantik oleh Tun Abdul Razak bagi merancang pembentukan Dasar Ekonomi Baru akibat melihat jurang ekonomi yang terlampau ketara antara kaum. Oleh itu, Tun Ghazali Shafie diberi kepercayaan untuk merangka semula setiap kedudukan agar setiap nya mendapat akses manfaat yang serata.

7.       Krisis ekonomi yang Asia pada tahun 1997 menyebabkan Malaysia turut menerima impak. Ekoran daripada itu menyebabkan Tun Daim Zainuddin dipanggil kembali oleh Tun Mahathir bagi membaik pulih ekonomi negara ekoran daripada krisis ekonomi tersebut. Maka diberi kepercayaan Tun Mahathir kepada Tun Daim untuk mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Walhal pada sebelum dilantik ke portfolio tersebut Tun Daim sudah pun menjadi ketua dalam MTEN. Pelik kan?

8.       Disini cai seakan hairan dalam keadaan mengejut pengumuman tentang pelantikan ini dibuat. Padahal isu diplomatic antara Malaysia dengan Korea Utara sudahpun selesai tanpa sebarang perkara tidak diingini. Cuma disini cai membuat andaian seolah-olah pentadbiran YAB PM Najib Razak semakin tempang hinggakan mengangkat sepupu sendiri  menjadi  ‘warlord’ bersama dengan Zahid Hamidi.

9.       Seperti yang dilakukan oleh tiga mantan Perdana Menteri sebelum YAB PM Najib Razak pun pernah melantik individu kepercayaan mereka untuk memegang portfolio demikian.  Percayalah ini adalah satu usaha untuk memantapkan mutu pentadbiran negara dan KPI tahunan, lebih-lebih lagi apabila Wawasan 2020 dalam tempoh tak kurang dari 3 tahun. Semestinya apa yang dihasratkan oleh pimpinan terdahulu perlu dicapai walau apa telah dia lakukan kepada negara pada mutakhir ini.


10.   Alasan untuk menendang Zahid Hamidi dari pentadbiran YAB PM Najib Razak tersangatlah dangkal walaupun kita semua akan siapa Zahid Hamidi di waktu Anwar Ibrahim dibuang dari cabinet dan parti dahulu. Namun dalam konteks hari ini itu bukan satu alasan yang aku kira konkrit. Kalau benar hendak menurunkan Zahid Hamidi buat sajalah seperti mana yang dilalui Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Muhyiddin Yasin begitu juga dengan Anwar Ibrahim. Tak perlu lantikan Portfolio untuk tugas-tugas khas.

Monday, 10 April 2017

"IF ASSAD WILL GO"


Aku masih ingat akan sebuah majalah TIME yang pernah dibeli berkisarkan tentang perjuangan rakyat Libya yang berusaha untuk menjatuhkan Muammar Gaddafi pada masa itu yang bertajuk "What if he doesn't go".

Tidak lain apa yang disumbatkan dalam setiap muka surat majalah yang tersohor berkisarkan tentang Gaddafi dan setiap ulasan oleh pakar IR dan Geopolitik, termasuk Fareed Zakaria.

Seperti di Mesir dan Iraq, Libya juga ditawarkan akan kehidupan yang lebih indah selepas jatuhnya rejim yang sedang dikuasai oleh Gaddafi pada ketika. Hinggalah ada yang berceritakan tentang kekayaan keluarga Gaddafi yang tak ubah sama seperti Qarun di zaman Nabi Musa A.S.

Namun usaha untuk menggagalkan Gaddafi media barat seolah-olah melupakan akan siapa Gaddafi yang sebenarnya. Kisah Gaddafi menetap di dalam khemah sehingga seluruh warga Libya pun tidak pernah dimainkan.

Kini ia berulang lagi di Syria apabila media seperti CNN, CNBC,BBC dan Al Jazeera mengulang skrip sama ketika zaman Gaddafi dijatuhkan dahulu. Cumanya kali ini munculnya media seperti Sputnik dan RT yang cuba menangkis propaganda oleh media seperti CNN tadi.

Melihat kepada wujudnya perang di Syria yang menjadikan Bashar al Assad sebagai target utama untuk dihapuskan kerana dakwaan membunuh puak Sunni yang cuba bangkit untuk melawannya. Berikutan kedegilan untuk melepaskan takhta pemerintahan yang diwarisinya, Assad dikatakan telah mengerahkan tentera sendiri untuk menghapuskan penentang nya.

Namun usaha itu masih tidak berjaya, malah wujudnya Islamic State (IS) yang direka oleh Amerika Syarikat bagi melawan Assad. Padahal tujuan sebenarnya adalah untuk menguasai lapangan minyak seperti mana yang telah dilakukan oleh IS di Mosul dan Benghazi. Bermula daripada saat itulah Russia mula campur tangan dalam isu di Syria ini apabila mula menyedari bahawa kejatuhan harga minyak dunia adalah disebabkan monopoli harga minyak oleh puak pengganas IS yang menjual nya dengan harga yang rendah kepada negara-negara pengimport.

Dalam konteks krisis di Syria hari ini, negara itu sudah menjadi penyedia pentas kepada A.S dan Russia. Sekiranya Trump mahu bertindak keatas Russia sepatutnya 59 Misil Tomahawk dilancarkan kearah Moscow atau St. Petersburg dan bukannya kearah Syrian yang sudah pun lunyai dibedil oleh sekutu mereka iaitu Britai dan Perancis.

Walaupun Assad itu adalah seorang berfahaman Syiah, bagaimana pula dengan Saddam Hussein yang menghabisi riwayat hidup di tali gantung atas tuduhan jenayah. Adakah Iraq juga kini benar-benar aman seperti sebelum Perang Teluk bermula.

Pada aku percaya atau tidak atas apa yang berlaku di negara Timur Tengah ini memerlukan kita terlebih mengkaji sejauh mana kebenaran pihak media melaporkannya. Baik dari segi gambar atau isi penulisannya agar kita tidak mentah-mentah mempercayai nya. Lebih elok jika dibuat perbandingan terlebih dahulu antara kumpulan A dan B. Wallahualam

Saturday, 8 April 2017

2017 PERLUMBAAN FORMULA 1 TERAKHIR DI LITAR SEPANG

Tahun 2017 bakal menyaksikan perlumbaan F1 terakhir di Sepang International Circuit. Perkara ini diketahui selepas Kerajaan menyatakan demikian selepas Mesyuarat Kabinet semalam.

Sememangnya ini hakikat yang pahit untuk ditelan apabila Litar Sepang telah menjadi salah satu venue untuk jelajah Grand Prix ini selama 18 tahun, selepas ianya mula digunakan pada tahun 1999.

Aku tahu masih ada ramai dalam kalangan kita yang meminati dan mengikuti perkembangan tentang sukan F1 ini, walaupun Michael Schumacher dan Mark Webber sudah lama bersara dari sukan tersebut.

                   
Dalam masa setiap 10 tahun kos operasi yang setiap hos perlumbaan F1 perlu membelanjakan sebanyak $1billion. Jumlah perbelanjaan itu adalah termasuk dengan menganjurkan perlumbaan tersebut sebanyak $575 juta. Bermakna setiap tahun penganjuran F1 disetiap akan membelanjakan $57.5 juta untuk setiap penganjuran.





Jumlah perbelanjaan tahunan tersebut adalah termasuk dengan pelbagai keperluan logistik seperti yang dinyatakan dalam Gambar 1 dibawah. Ini ditambah pula dengan peningkatan yuran tahunan sebanyak $2juta setahun, pendek kata dalam masa 10 tahun sebanyak $396.2 juta perlu dibayar Federation International Automobile (FIA) untuk sekali penganjuran.

Walaupun kontrak penganjuran F1 sudah tidak disambung, pasukan AMG Mercedes yang ditaja PETRONAS tetap bersaing dalam acara kompetetif ini. Namun, Litar Sepang akan menjadi tuan rumah buat kali terakhir kepada pasukan ini dan Lewis Hamilton.

Memang tidak dinafikan bahawa menganjurkan perlumbaan F1 mampu menarik kedatangan jumlah pelancong yang ramai. Namun persaingan antara hos yang mempromosikan pertandingan ini juga faktor kepada kehadiran pengunjung luar. Lebih-lebih bila terdapat sesetengah perlumbaan diadakan pada waktu malam seperti Singapura.

                       
Tidak meneruskan kontrak penganjuran perlumbaan F1 sememangnya satu langkah ke belakang. Namun ianya harus diambil kira dengan keadaan ekonomi semasa dan ditambah pula dengan peningkatan kos operasi penganjuran dan yuran penganjuran yang semakin. Andai kata mahu dihapuskan legasi pentadbiran seseorang bekas Perdana Menteri itu, mungkin sudah lama anaknya tidak menaungi jawatan terbesar di Litar Sepang tersebut.

Sumber:
1) https://www.raconteur.net/business/how-much-does-it-cost-to-stage-a-grand-prix
2) https://www.forbes.com/sites/csylt/2017/03/13/the-1-billion-cost-of-hosting-an-f1-race/amp/
3) http://www.totalsportek.com/f1/race-fees-cost-to-host-formula-1-grand-prix/
4) http://www.telegraph.co.uk/formula-1/2017/04/07/malaysian-host-final-f1-grand-prix-2017-19-years/
5) http://www.iol.co.za/sport/more-sport/malaysia-to-host-its-final-f1-race-this-year-8544307

Thursday, 6 April 2017

PARTI TIADA HALA TUJU; 500 AHLI BERSATU KELUAR PARTI



Seramai 500 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Rembau mengisytiharkan keluar parti serta-merta, malam tadi.

Ketua Aktivis PPBM Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin yang mengetuai kumpulan berkenaan berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara dalam satu mesyuarat pada 28 Mac lepas ekoran mereka hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PPBM yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau mendakwa antara sebab keputusan keluar parti dibuat adalah kerana PPBM mengamalkan kronisme, tidak berpuas hati dengan kepimpinan Muhyiddin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, selain anggota jawatankuasa yang dilantik masih merupakan ahli Umno serta hala tuju parti yang kabur.

“Berikutan keputusan keluar parti beramai-ramai ini, saya boleh katakan PPBM Rembau lumpuh 99%. Di Bahagian Rembau, ada 2,000 ahli dan 1,500 lagi akan keluar parti dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media semalam.

Anas yang menyertai PPBM pada 10 Oktober 2016 berkata, surat keluar parti secara beramai-ramai itu, bagaimanapun akan diserahkan kepada Ibu Pejabat PPBM selewat-lewatnya 15 April ini.

Wednesday, 5 April 2017

BERIKUT ADALAH PENJELASAN PENUH SHABUDIN BERHUBUNG ISU PERKAHWINAN BAWAH UMUR INI.

Saya amat kecewa dan terkejut dengan cara media massa yang melaporkan perbahasan saya secara tidak tepat seolah-seolah menggambarkan saya ini menggalakkan jenayah seksual dan menyokong perkahwinan perogol dengan mangsa.
Semasa saya membahaskan usul bagi menolak usul cadangan pindaan yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kulai untuk mengharamkan perkahwinan bawah 16 tahun, saya telah menjelaskan perkahwinan dan jenayah adalah dua perkara yang berbeza.
Mengikut enakmen Islam, mana-mana gadis yang hendak berkahwin bagi yang berumur 16 tahun dan kebawah hendaklah mendapat kebenaran wali dan mahkamah.
Manakala bagi laki-laki bawah umur 18 tahun yang juga ingin melangsungkan perkahwinan perlu mendapat kebenaran mahkamah dan ianya tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.
Ini bermakna, enakmen Islam tidak beri kuasa sepenuhnya kepada wali bagi membenarkan berkahwin di bawah usia 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki.
Seterusnya, dalam perbahasan saya bercakap tentang perkahwinan antara perogol dan mangsa.
Apa yang saya ingin tekankan disini adalah tiada apa-apa peruntukan yang menghalang mereka ini untuk berkahwin.
Laporan media yang menunjukkan bahawa saya menyokong perkahwinan perogol dan mangsa ini diambil dari luar konteks (out of context) di mana penekanan saya sebenarnya adalah tentang peruntukan undang-undang sedia ada yang tidak menghalang sebarang perkahwinan dalam usia yang disebutkan.
Walau bagaimanapun, kes jenayah rogol yang dilakukan itu masih tetap menjadi satu kesalahan jenayah dan terpulanglah kepada pihak polis dan mahkamah dalam menentukan hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan oleh perogol tersebut.
Tetapi dalam realiti masyarakat, terdapat banyak kes rogol yang diklasifikasikan rogol oleh undang-undang sebagai ‘statutory rape’ tetapi atas dasar persetujuan bersama (with consent).
Dalam menyelesaikan masalah tersebut keluarga cuba menutup malu dan tidak membuat laporan polis dan akhirnya membuat keputusan untuk mengahwinkan mereka.
Walau bagaimanapun, perkahwinan itu tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya oleh pihak wali tetapi perlu dapat kebenaran mahkamah Syariah terlebih dahulu.
Suka saya tegaskan, bahawa tidak ada apa-apa peruntukan undang-undang malah hukum syarak yang menghalang mereka daripada berkahwin.
Isu ini sepatutnya dilihat dari sudut positif contohnya tentang masa depan mangsa itu sendiri terutamanya bagi kes ‘with consent’ tadi.
Pada masa yang sama, perkahwinan ini bukanlah ‘back door exit’ untuk halalkan kesalahan rogol.
Dari sudut pandangan agama, pelaku seksual boleh mengahwini pasangan (mangsa rogol) sama ada selepas atau sebelum beliau menjalani apa-apa hukuman tanpa sekatan.
Namun, contoh yang dilaporkan oleh sesetengah media terutama The Star Online seperti yang ditularkan semalam dengan mengambil contoh gadis yang berusia sembilan dan dua belas tahun terlalu ekstrim dan sebenarnya dalam masyarakat moden Islam sendiri sangat-sangat jarang berlaku.
Antara asas dalam hakim untuk membuat pertimbangan adalah berdasarkan kepada keadaan di mana seseorang itu telah aqil baligh.
Pokoknya, contoh umur yang saya nyatakan dalam perbahasan adalah soal aqil baligh dan ianya tidak terhad kepada umur sembilan atau dua belas tahun.
Tetapi pihak media dalam laporan mereka menyatakan seolah-olah saya mengatakan perempuan yang berumur sembilan tahun terus boleh berkahwin tanpa mengambil kira soal aqil baligh terutamanya dibahagian tajuk laporan berita tersebut.
Saya membahas dan menolak usul tersebut kerana usul itu berlawanan dengan peruntukkan undang-undang Syariah seperti yang terkandung dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-Negeri.- 
BNBBC

KENYATAAN 'THE STAR' SATU MAINAN JAHAT OLEH PUAK MEDIA

Apa yang dinyatakan oleh MP Tasek Gelugor memang pada aku ada logiknya. Banyak kes perogol berkahwin akhirnya berkahwin dengan mangsa sendiri disebabkan rasa bertanggungjawab dan tidak sanggup untuk dikenakan AKTA 376. Tidak dinafikan selalunya perasaan 'suka sama suka' pada akan berakhir dengan tuduhan merogol jika dibuat laporan polis.

Datuk Shahbudin Yahya sekadar menjelaskan pengalamannya ketika mengendalikan kes perempuan bawah umur iaitu 9 tahun yang mahu dikahwinkan dengan pasangannya. Namun semua itu perlu melepasi kelulusan dan kebenaran dari setiap Mahkamah mengikut peruntukan dalam Enakmen masing-masing.

Sememangnya umur 9 tahun merupakan permulaan 'akil baligh' bagi seorang perempuan. Namun selagi mana perempuan itu belum menjangkau umur 16 tahun dia masih dikirs sebagai bawah umur, perkahwinan tetap tidak boleh dilakukan dengan sewenang- wenangnya.

Malangnya apabila akhbar 'The Star' langsung tidak memetik lanjutan daripada kenyataan oleh Datuk Shabudin Yahya ini. Perbuatan oleh 'The Star' ini jelas mahu menjatuhkan reputasi dengan menggunakan kuasa medianya. Lihatlah bagaimana mereka berjaya rakyat Malaysia dengam sepotong 'headline' tanpa lanjutan cerita.



Tuesday, 4 April 2017

MALAYSIA DIBELI INDIA, APA KITA DAPAT?

Terkejut, tergamam dan terkilan, itulah yang dapat saya ungkapkan apabila melihat YAB PM akad jual beli negara ini dengan PM India, Narendra Modi. Mencatat jualan seluruh ini berjumlah USD 36 billion (RM158.68 billion), jumalah penjualan ini lebih banyak jika dibandingkan China (RM 55 billion) , Arab Saudi (RM 30 billion) ,dan Perancis (RM 5 billion) sekali dengan Jet Rafale pada sebelumil ini.

Kini setiap bait lirik lagu 'Warisan' yang dialunkan ketika menyertai kursus Biro Tatanegara. Dahulu kita beranggapan bahawa bumi kita ini bakal menjadi milik orang, akhirnya ramalan itu benar belaka. Setiap penjuru di Semenanjung Malaysia akhirnya bukan hak milik kita lagi dan kita menyaksikan seluruh isi negara ini diserahkan kepada negara luar dalam tempoh masa tak kurang dari setengah tahun.

Lebih malang lagi sebahagian USD 36 billion iaitu USD 3.83 billion diberikan oleh India kepada Malaysia untuk membina kemudahan Infrastruktur di beberapa kawasan di India. Antaranya ialah pembinaan pelabuhan, pembinaan lebuh raya, loji kuasa solar, pembangunan bandar pintar dan taman teknologi, projek terminal pengegasan semula, pembangunan minyak kelapan dan sawit dan pendidikan pengajian tinggi.

Manakala mereka pula akan menggunakan sebahagian besar wang dijual kita kepadanya dengan membina, Projek Pelabuhan Pulau Carey dan bandar maritim bersepadu di Selangor yang bernilai kira-kira AS$32 bilion.

Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri
Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menyaksikan pertukaran 31 memorandum semasa Majlis Makan Tengah Hari semalam.

Memorandum Perniagaan kepada Perniagaan Malaysia-India terdiri daripada:

1. Pembangunan usaha sama Projek Pelabuhan Pulau Carey di Selangor antara MMC Port Holdings Sdn Bhd (Malaysia) dan Adani Ports & Special Economic Zone Limited (India)

2. Pembangunan bandar maritim bersepadu bagi cadangan Projek Pelabuhan Pulau Carey di Selangor antara MMC Port Holdings Sdn Bhd & Sime Darby Property Berhad (Malaysia) dengan Adani Ports and Special Economic Zone Limited (India)

3. Projek Loji Kuasa Solar Terapung yang akan dipasang di Empangan Jana Kuasa Hidro Malaysia oleh Mutiara Etnik Sdn Bhd (Malaysia) dan Vatsaa Energy Pvt. Ltd (India)

4. Pembuatan, pengedaran, jualan, import dan eksport produk farmaseutikal dan perubatan antara Duopharma (M) Sdn Bhd, anak syarikat CCM Pharmaceutical Sdn Bhd and Natco Pharma Limited.

5. Memasar dan membekalkan produk Samtel Avionics ke pasaran Malaysia antara HPC Global Sdn. Bhd. (Malaysia) dan Samtel Avionics Limited (India).

6. Mendapatkan produk berkualiti halal mencukupi untuk dihasilkan di Taman Halal ECER bagi pasaran Malaysia dan global antara Lotus Global Foods Sdn Bhd (Malaysia) dan Mirha Exports Pvt. Ltd (India)
7. Kerjasama pembangunan latihan antara Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PMSB) & ISDC (Malaysia) dan Interactive Institute of Job-Skills Pvt. Ltd. (India) 8. Projek Bangalore SMART City antara SkyBlue Media Sdn Bhd & PSL Venture Sdn Bhd & Drachen Welle Engineering Sdn Bhd (Malaysia) dan Bruhat Bengaluru Mahanagara Palike 9. Pengembangan Perniagaan di India antara Ingress Industrial (Malaysia) Sdn Bhd dan Sunvisors (India) Pvt. Ltd. 10. Menyediakan perkhidmatan pendidikan tinggi di peringkat Doktor Falsafah, Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda antara Binary University dan Loyola Institute of Business Administration Chennai 11. Projek Perumahan Lestari di India antara CIDB Holdings & NSL Infratech Private Limited 12. Projek Lebuh Raya di India antara CIDB Holdings & MEP Infrastructure Developers Limited 13. Projek Rawatan Teknologi Air dan Air Sisa antara CIDB Holdings dan VA Tech Wabag Limited 14. Projek Pinggir Sungai Yamuna di Delhi antara CIDB Holdings dan National Buildings Construction Corporation Ltd. (NBCC) 15. Pembinaan dan pembangunan projek prasarana mega antara CIDB Holdings dan Jaiprakash Associates Limited 16. Operasi dan penyenggaraan jana kuasa di India antara TNB Repair & Maintenance Sdn Bhd dan GMR Energy Limited 17. Projek terminal pengegasan semula dan simpanan terapung di Kakinada, Andhra Pradesh antara Isomeric Holdings Sdn Bhd dan Andhra Pradesh Gas Distribution Corporation 18. Membekalkan dan mengedarkan minyak sawit ke India antara Felda Global Venture Holding Berhad dan Trimex Industries 19. Memasarkan dan membekalkan produk Hyrax Oil ke pasaran India antara Hyrax Oil Sdn Bhd dan Lexicon 20. Pembangunan kilang Urea/Baja di Andhra Pradesh antara Isomeric Holdings Sdn Bhd dan VBC Fertilisers 21. Pertukaran hak filem antara Nation Film Studio & FITA Studio dan Modern Media Digitech India 22. Projek prasarana kereta api antara CIDB Holdings dan IRCON 23. Meneroka produk kualiti premium India yang menumpukan kepada e-pasaran antara Aladdin Group Sdn Bhd dan Verified Online 24. Membangunkan pelbagai pusat konvensyen pelbagai di seluruh India antara MRCB dan Adani Realty 25. Membina Kilang Memproses Kelapa di Bagan Datuk, Perak, antara GMIND Sdn Bhd (Malaysia) & Mezhukkattil Mills (India) 26. Mempromosikan manfaat kesihatan dan nutrisi minyak sawit kepada pengguna antara Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Mumbai Dabbawala Association (MDA) 27. Membangunkan dan menggunakan minyak sawit Malaysia antara MPOC dan Solvent Extractors Association of India (SEA) 28. Menggalakkan pembangunan dan penggunaan minyak sawit Malaysia antara Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)d an Association of Food Scientists and Technologists (India) - Mumbai Chapter 29. Menggalakkan dan membangunkan hubungan ekonomi dua hala antara Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) dengan Associated Chambers of Commerce and Industry (ASSOCHAM) di India 30. Bertukar-tukar pengalaman profesional berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan kepada perniagaan antara MAICCI dan Confederation of Indian Industry (CII) 31. Kerjasama bagi mengukuhkan kerjasama serantau dan meningkatkan integrasi ekonomi antara MAICCI dan Federation of Indian Chambers of Commerce and Industry (FICCI) Untuk pengetahuan umum inilah sebenarnya yang dikenali sebagai Foreign Direct Investment (FDI). Di mana usaha ini melibatkan antara kita ataupun mana-mana syarikat yang menjalankan hubungan perniagaan dengan individu atau syarikat yang beroperasi di luar negara. Konteks Malaysia hendak menjual negara kepada negara asing sudah berlegar semenjak dari isu 1MDB lagi dimana penjualan stesen janakuasa IPP yang dibeli daripada Genting Sanyen dijual kepada Edra Energy. Ini ditambah lagi dengan penjualan beberapa pegangan saham TRX di Sungai Besi kepada China dan Indonesia. Disini ketahui lah kita bahawa niat mereka sebenarnya tak ubah untuk melihat ekonomi negara tidak berkembang. Malah mereka lebih rela melihat Malaysia seperti seekor kucing dalam penguasaan ekonomi di Asia berbanding dengan China seperti Naga dan India seperti Gajah.