Friday, 31 March 2017

SITI AISHAH SEBAHAGIAN DARIPADA PUAK DAESH??

Seperti yang aku nyatakan dalam 'write up' semalam mengenai kisah Siti Aishah Atam yang ditahan buat kali kedua atas kaitan dengan kegiatan pengganas DAESH.

PDRM melalui unit 'Counter Terrorism' sudah tentu membuat siasatan terperinci sebelum mengambil sebarang tindakan. Lebih- lagi dengan adanya bantuan dari Special Branch dalam bahagian risikan.

Hal ini samalah juga dengan meletakkan seseorang seperti Siti Aishah di bawah Akta SOSMA dan POCA, kerana dia dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang lelaki di Perak. Kini lelaki tersebut ditangkap oleh Polis berikutan penemuan bahan untuk membuat bom dan penglibatannya secara terus dengan pengganas DAESH di Syria.

Malah pemilikan 12 buah buku untuk tujuan juga penyelidikan ada benarnya, disebabkan alasan untuk dijadikan bahan penyelidikan kini semakin jauh untuk dijadikan alasan konkrit, kerana proposal untuk pengajian master jauh sekali berbeza dengan bahan dimilikinya yang mahu digunakan untuk penyelidikan.

Malah, Pusat Kajian Ekstremis Agama juga menyatakan lelaki tersebut mengajak Siti Aishah untuk berkahwin dan bersamanya berjuang di Syria dibawah pengganas DAESH. Namun hasrat tidak kesampaian dek kerana masalah kewangan.

Walaubagaimanapun, semoleknya kita berharap agar PDRM atau KDN memberi penjelasan terperinci tentang perkara ini. Takkan nak tunggu negara ini jadi semacam di Yala baru hendak menggesa PDRM dan KDN bertindak.