Sunday, 26 March 2017

BARISAN RAKYAT MODAL BARU PEMBANGKANG UNTUK PRU14

Perkataan "Rakyat" dah semacam satu 'bandwagon' dalam 'political warfare' hari ini. Buktinya apabila Parti Keadilan Nasional berubah menjadi Parti Keadilan Rakyat semasa 2008 dan Barisan Alternatif ditukar menjadi Pakatan Rakyat pada pasca PRU 12.

Perkataan "rakyat" semakin dilihat menjadi relevan apabila frasa 'duit rakyat', 'ketuanan rakyat' dan 'mesra rakyat' digunakan. Seolah-olah ini mendekatkan rakyat kepada pembawakan parti politik mereka.

Kini kedengaran Barisan Rakyat akan digunakan oleh puak pembangkang menjelang PRU14 kelak. Selepas berpecahnya Pakatan Rakyat diganti pula dengan Pakatan Harapan, melihat kepada kebuntuan mengenai harapan yang hendak dibawakan kepada rakyat mahu diganti pula dengan Barisan Rakyat.

Nama Barisan Rakyat ini baru sahaja dicadangkan Muhyiddin Yasin selaku boneka presiden parti pembangkang yang baru ditubuhkan. Sejauh manakah keberkesanannya sewaktu PRU14 nanti mungkin tidak sehebat Pakatan Rakyat.

Jikalau Barisan Rakyat tidak berdaftar secara sah itu alamatnya mereka hanya berpolitik sekadar untuk berkuasa di Dewan Rakyat sahaja.