Friday, 31 March 2017

SITI AISHAH SEBAHAGIAN DARIPADA PUAK DAESH??

Seperti yang aku nyatakan dalam 'write up' semalam mengenai kisah Siti Aishah Atam yang ditahan buat kali kedua atas kaitan dengan kegiatan pengganas DAESH.

PDRM melalui unit 'Counter Terrorism' sudah tentu membuat siasatan terperinci sebelum mengambil sebarang tindakan. Lebih- lagi dengan adanya bantuan dari Special Branch dalam bahagian risikan.

Hal ini samalah juga dengan meletakkan seseorang seperti Siti Aishah di bawah Akta SOSMA dan POCA, kerana dia dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang lelaki di Perak. Kini lelaki tersebut ditangkap oleh Polis berikutan penemuan bahan untuk membuat bom dan penglibatannya secara terus dengan pengganas DAESH di Syria.

Malah pemilikan 12 buah buku untuk tujuan juga penyelidikan ada benarnya, disebabkan alasan untuk dijadikan bahan penyelidikan kini semakin jauh untuk dijadikan alasan konkrit, kerana proposal untuk pengajian master jauh sekali berbeza dengan bahan dimilikinya yang mahu digunakan untuk penyelidikan.

Malah, Pusat Kajian Ekstremis Agama juga menyatakan lelaki tersebut mengajak Siti Aishah untuk berkahwin dan bersamanya berjuang di Syria dibawah pengganas DAESH. Namun hasrat tidak kesampaian dek kerana masalah kewangan.

Walaubagaimanapun, semoleknya kita berharap agar PDRM atau KDN memberi penjelasan terperinci tentang perkara ini. Takkan nak tunggu negara ini jadi semacam di Yala baru hendak menggesa PDRM dan KDN bertindak.

Thursday, 30 March 2017

SITI AISHAH: TAHANAN SOSMA YANG MEMILIKI BAHAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJIANNYA

1.      Penangkapan Siti Noor Aishah yang didakwa mempunyai hubung kait dengan pengganas khususnya IS sejak dua tahun lalu. Dalam tempoh dua tersebut beliau telah dikenakan tahanan dalam rumah di rumahnya di Sura yang terletak di daerah Dungun, Terengganu. Sewaktu penahanan tersebut Siti Aishah telah dikenakan dibawah Seksyen 130JB Kanun Keseksaan dan Sosma - atau Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 kerana memiliki sejumlah buku yang diharamkan.
2.      Dalam tahanan rumah Siti Aishah dikhabarkan telah dipasang alat peranti pada pergelangan kakinya, ini membolehkan pihak berkuasa mengesan pergerakannya pada setiap masa. Namun, ini seakan sama dengan system parol yang dijalankan oleh pihak penjara kepada pesalah parol yang dibebaskan dalam beberapa tempoh tertentu.
3.      Siti Aishah yang sebelum ini merupakan bekas mahasiswa Sarjana dari Universiti Malaya sebelum dibuang pengajian oleh pentadbiran Universiti Malaya berikutan akan kesalahan yang didakwa ini. Dalam hal ini Siti Aishah didakwa memiliki 12 buah buku yang berkaitan dengan dakyah pengganas. Berikut adalah senarai buku yang dimilikinya:
* Visi Politik Gerakan Jihad
Penulis: Hazim Al-Madani & Abu Mush'ab As-Suri
Penterjemah: Luqman Hakim
Penerbit: Jazera
* Generasi Kedua Al-Qaedah: Apa Dan Siapa Zarqawi, Apa Rencana Mereka Ke Depan
Penulis: Fuad Hussein
Penterjemah: Ahmad Syakrikin
Penerbit: Jazera
* Akankan Sejarah Terulang
Penulis: Dr.Muhammad Al-Abdah
Penterjemah: Abas Mansur Tamam
Penerbit: Jazera
* Deklarasi Daulah Islam Iraq
Penulis: Dewan Syariah Daulah Islam Iraq
Penterjemah: Abu Hafsh As-Sayyar & Abu Musa Ath-Thayyar
Penerbit: Islamika
* Merentas Jalan Jihad Fisabillah
Penulis: Shaikh Abdul Qadir Abdul Aziz
Penterjemah: Hassan As-Sayyari
Penerbit: Pustaka Al Alaq
* Misteri Pasukan Panji Hitam
Penulis: Muhammad Abu Fatiha Al-Adani
Penterjemah: H Muhammad Harun Zein
Penerbit: Jasmin Publication
* Turki Negara Dua Wajah
Penulis: Abdullah Azam
Penterjemah: Abdurrahman
Penerbit: Al Alaq
* Masterplan 2020: Strategi al-Qaeda Menjebak Amerika
Penulis: Fahmi Suwaidi
Penerbit: Jazera
* Dari Usama Kepada Para Aktivis
Penulis: Syaikh Usamah Bin Ladin dan Syaikh Yusuf Al Uyairi
Penterjemah: Umar Burhanuddin, Abu Hafs As Sayyar & Syahida Man
Penerbit: Kafayeh
* Dari Rahim Ikhwanul Muslimin Ke Pangkuan al-Qaeda
Penulis: Ayman Az-Zawahiri
Penterjemah: Umar Burhanuddin
Penerbit: Kafayeh
* Ketika Maslahat Dipertuhankan dan Menjadi Taghut Model Baru
Penulis: Abu Muhammad Ashim Al Maqdisiy
Penterjemah: Abu Sulaiman Aman Abdurrahman
Penerbit: Tiada dicatat
* Seri Materi Tauhid for the Greatest Happiness
Penulis: Tiada dicatat
Penterjemah: Abu Sulaiman Aman Abdurrahman
Penerbit: Tiada dicatat
4.      Memang tidak dinafikan bahawa bahan bacaan sedemikian seakan mampu menjerumus seseorang kepada keganasan. Lagipun kita sendiri tahu bahawa kewujudan kumpulan pengganas di Timur Tengah seperti Al Qaeda dan Is. Manakala kewujudan Boko Haram di benua Afrika ini adalah semuanya permainan Barat.
5.      Alasan Siti Aishah memiliki bahan bacaan sedemikian untuk dibuat kajian bagi menamatkan pengajian Master nya tidak seharusnya menjadi masalah. Lagipun apa yang dikajinya kelak mungkin boleh dijadikan bahan rujukan dan bacaan akan betapa celakanya sifat pengganas yang bertopengkan agama Islam,pada mutakhir ini.
6.      Itu sememangnya menjadi kebiasaan sebenarnya khususnya buat pelajar yang melanjutkan pengajian hingga tahap Master untuk mencari bahan penyelidikan. Malahan 12 buah buku yang dimiliki bukanlah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri, ini dinyatakan sendiri oleh peguam yang mewakili Siti Aishah itu sendiri iaitu, Mohd Kamarulzaman A Wahab.
7.      Penangkapan semula Siti Aishah oleh KDN ini memperlihatkan beliau seakan menyamai Abu Bakr al- Baghdadi dan Osama bin Laden. Kini Siti Aisha telah diletakkan dibawah Akta Pencegahan Jenayah 1956 (Poca) dan SOSMA. Sehingga hari ini Siti Aishah telah ditahan di Penjara Kajang selepas kembali ditahan semula pada 17 Mac lalu.
8.      Namun percayalah bahawa undang-undang yang ada dalam sesebuah negara itu adakalanya menyeksakan. Malah sebelum ini pun tanggal 29/9/2016 Siti Aishah telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dek kerana kegagalan pendakwaraya gagal mengaitkannya dengan kegiatan pengganas.
9.      Seolah-olah tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut pihak pendakwaraya mendapat kelulusan daripada Mahkamah Rayuan untuk menahan kembali Siti Aishah dan diletakkan dibawah akta yang sama seperti sebelum ini (SOSMA).
10.  Guilty until it’s proven” dan berdoalah supaya tiada apa-apa yang buruk berlaku kepadanya.
11.  Cuma dalam hal ini aku sedikit terkilan akan mengapa KDN melalui PDRM seakan ‘try hard’ mahu mendakwa Siti Aishah atas alasan memiliki 12 buah buku tersebut hingga mahu dikaitkan dengan kegiatan pengganas. Sedangkan rumahnya di Sura, Dungun Terengganu bukanlah seakan war room apatah lagi command centre untuk Siti Aishah menggerakan kegiatan pengganas seperti yang didakwa oleh KDN.
12.  Dalam konteks untuk memerangi keganasan dalam negara ini aku tetap mengakui akan keupayaan pihak keselamatan dalam memerangi kegiatan pengganas. Lihatlah sejarah dahulu bagaimana dengan tidak mengambil masa yang Komando PDRM VAT 69 menumpaskan gerakan tersebut di Sauk, Perak pada sekitar tahun 2000 dahulu dan menghapuskan kebangkitan semula Parti Komunis Malaya pada sekitar tahun 1980 an dahulu, hingga Chin Peng akhirnya mati dalam buangan di Selatan Thailand.
13.  Penahanan semula Siti Aishah seolah-olah punya agenda tersirat oleh pihak yang mendakwa. Menggunakan alasan yang sama untuk menahannya kali seperti tak boleh diterima oleh akal fikiran.
14.  Aku masih percaya bahawa PDRM pasti ada sebab tersendiri untuk bertindak demikian, tetapi meletakkan seseorang itu dibawah sebuah akta yang digubal untuk mendakwa puak-puak Sultan Kiram pada suatu masa dahulu bukanlah tindakan yang wajar jika mengikut pandangan aku. Namun itulah yang terjadi apabila undang-undang yang melebihi segala-galanya.

15.  Wallahualam.

Sunday, 26 March 2017

BARISAN RAKYAT MODAL BARU PEMBANGKANG UNTUK PRU14

Perkataan "Rakyat" dah semacam satu 'bandwagon' dalam 'political warfare' hari ini. Buktinya apabila Parti Keadilan Nasional berubah menjadi Parti Keadilan Rakyat semasa 2008 dan Barisan Alternatif ditukar menjadi Pakatan Rakyat pada pasca PRU 12.

Perkataan "rakyat" semakin dilihat menjadi relevan apabila frasa 'duit rakyat', 'ketuanan rakyat' dan 'mesra rakyat' digunakan. Seolah-olah ini mendekatkan rakyat kepada pembawakan parti politik mereka.

Kini kedengaran Barisan Rakyat akan digunakan oleh puak pembangkang menjelang PRU14 kelak. Selepas berpecahnya Pakatan Rakyat diganti pula dengan Pakatan Harapan, melihat kepada kebuntuan mengenai harapan yang hendak dibawakan kepada rakyat mahu diganti pula dengan Barisan Rakyat.

Nama Barisan Rakyat ini baru sahaja dicadangkan Muhyiddin Yasin selaku boneka presiden parti pembangkang yang baru ditubuhkan. Sejauh manakah keberkesanannya sewaktu PRU14 nanti mungkin tidak sehebat Pakatan Rakyat.

Jikalau Barisan Rakyat tidak berdaftar secara sah itu alamatnya mereka hanya berpolitik sekadar untuk berkuasa di Dewan Rakyat sahaja.




Thursday, 23 March 2017

PEMILIHAN PRESIDEN FAM: ANNUAR MUSA UMUM TARIK DIRI


Tan Sri Annuar Musa umum menarik diri dari pertandingan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bakal berlangsung pada 25 Mac 2017 akan datang.
Sebelum ini pertandingan jawatan Presiden FAM menjadi panas berikutan pertembungan antara dua supremo bola sepak negara, Annuar dan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.
Berikut kenyataan Tan Sri Annuar Musa dalam akaun Facebooknya:
PEMILIHAN PRESIDEN FAM BAGI SESSI 2017/2021…………………….
1.Saya telah menerima pencalunan bagi JAWATAN PRESIDEN FAM dan telah di sahkan akan bertanding bersama seorang lagi calun yaitu DYTM TENGKU MAHKOTA JOHOR(TMJ),dalam Kongres FAM Sabtu ini.
2.Saya telah menegaskan bahawa walaupun ada pertandingan,saya mengharapkan suasana ke arah pertandingan yang tenang,harmoni,saling menghormati dan dengan penuh semangat kesukanan.
3.Saya juga mengharapkan tiada lobi berlebihan,ada tempoh bertenang dan tiada kempen atau rasuah dalam apa jua bentuk.Keharmonian keluarga besar bolasepak Msia mesti sentiasa di utamakan.Saya juga menolak sebarang bentuk PROXY
4.Alhamdulillah,setakat ini suasana itu sedikit sebanyak telah ujud walaupun terdapat peristiwa tertentu berbaur fitnah dan lobi. Sikap diam dan kadang kala mengalah saya mungkin sedikit sebanyak membantu kearah keharmonian ini.
5.Muttakhir ini kedengaran juga tuduhan bahawa SAYA AKAN MENANG KERANA YB KHAIRY JAMALUDDIN mengarahkan perwakilan utk memilih saya.Perkara ini bukan saja TIDAK BENAR tetapi juga boleh menjejaskan hubungan FAM-KBS di masa depan. Sebagai persatuan yg bernaung di bawah Kementerian,perkara sedemikian mesti kita elakkan
6.Mengambil kira semua senario tersebut saya merasakan ADALAH PENTING FAM UTK MEMPUNYAI BARISAN EXCO YG BERWIBAWA SERTA MEMPUNYAI HUBUNGAN YG BAIK DGN KERAJAAN DAN SEMUA STAKE HOLDERS YG LAIN.BARISAN PENGURUSAN YG BAKAL DI PILIH MESTI MEMULAKAN TUGAS DGN MENDAPAT SOKONGAN SEMUA PIHAK.
7.Tiada gunanya KALAU RUMAH SUDAH TAPI PAHAT MASIH BERBUNYI…atau MANDAT PIHAK YG MENANG DI PERTIKAI,atau pihak yang tewas akhirnya di perlekehkan.Jika itu berlaku keharmonian dalam warga besar bolasepak Msia tidak terwujud.Itu bukan satu keadaan YANG LEBIH BAIK DARI KEADAAN SEDIA ADA.Malah kita seolah undur kebelakang “from bad to worse”
8.Justeru setelah berfikir dengan mendalam dan menimbang semua perkara SAYA MEMBUAT KETETAPAN UNTUK MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA CALUN YG SATU LAGI YAITU DYTM TENGKU MAHKOTA JOHOR AGAR BAGINDA DI BERI “KEMENANGAN TANPA BERTANDING”dan di istihar sebagai PRESIDEN FAM YG BARU.
9.Komitmen dan kesungguhan yang di tunjukkan DYTM TMJ boleh menjadi aset yg penting kpd FAM.Sokongan dan Perkenan DYMM Tuanku Sultan Johor juga adalah suatu penghormatan kepada bolasepak Malaysia.Justeru DYTM TMJ perlu di beri peluang yg seluas luasnya utk melakukan sesuatu utk bolasepak Msia dan mengotakan segala janji Baginda
Bagi saya pula saya pernah pada 16hb Nov lalu menghantar text sms kpd DYTM TMJ mencadangkan Baginda memegang sendiri jawatan Presiden.Waktu itu saya ada berjanji utk mengiktiarkan agar Baginda menang TANPA BERTANDING.Hari ini saya tunaikan janji itu.
10.Saya berdoa PERUBAHAN YANG SEKIAN LAMA DI NANTI DAN DI JANJIKAN akhirnya menjadi realiti
11.Saya akan menumpukan perhatian saya dalam membantu PASUKAN KELANTAN terutama meningkatkan lagi program bolasepak akar umbi utk melahirkan lebih ramai bakat di kalangan anak negeri YANG MENJADI TERAS PEMBINAAN PASUKAN KELANTAN selama ini.
12.Selain itu tugas utama saya adalah utk menyempurnakan amanah RAKYAT KAWASAN SAYA(PARLIMEN KETEREH,KELANTAN)serta memikul amanah Parti SEBAGAI KETUA PENERANGAN UMNO MSIA dalam persiapan menghadapi PRU14,Insyaallah
13.Kepada semua perwakilan KE KONGRES FAM sabtu ini serta Presiden gabungan FAM yg memberi SOKONGAN YG KUAT kepada saya hingga saat ini,SAYA UCAPKAN SETINGGI TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASEH
14.Saya pohon maaf kerana keputusan ini TIDAK SAYA BINCANG DGN SESIAPAPUN kerana saya tidak mahu di pengaruhi oleh sesiapa TERUTAMA MEREKA YG BERSUNGGUH SUNGGUH MAHU SAYA BERTANDING,tetapi sebaliknya biar ia merupakan KEPUTUSAN SAYA SENDIRI YG SAYA LAKUKAN SECARA JUJUR DAN IKHLAS DAN SETELAH BERISTIKHARAH DEMI KEBAIKAN MASA DEPAN FAM DAN BOLASEPAK MSIA.
15.Kepada saf DYTM PRESIDEN DAN EXCO FAM yg baru Saya ucapkan TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS….
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa
“MAJULAH SUKAN UTK NEGARA”
TAN SRI ANNUAR MUSA
Khamis 23/3/2017
Parlimen Malaysia

Sunday, 19 March 2017

KENAPA KAPAL LAUT DIRASMIKAN OLEH GOLONGAN WANITA??

Pelbagai fitnah dilemparkan kepad Datin Seri Rosmah Mansor  ketika upacara pelancaran kapal baru APMM di Port Klang pada Rabu 15.3.2017.

Dalam dunia perkapalan tidak kira di mana-mana negara sekalipun upacara pelancaran sesebuah kapal baru atau gimik melepaskan kapal ke laut, atau benar-benar lepas ke laut, ianya akan dilakukan oleh wanita. Itu dah kira wajib. Jika ada lelaki yg merasmikan itu dah dikira songsang.

video


Dalam dunia perkapalan juga, kapal diistilah atau diibaratkan sebagai wanita. Sebab itu kapal dirujuk dgn panggilan SHE/HER/MOTHER VESSEL/SISTER VESSEL.

Ejen perkapalan menjalankan perkhidmatan pula digelar ataupun dipanggil SHIP HUSBANDRY. Husband itu suami. Manakala ship itu WIFE.Apabila kapal memasuki pelabuhan adalah menjadi tugas suami memenuhi apa saja keperluan yg diperlukan oleh sang isteri (kapal).

Eleanor Roosevelt ketika merasmikan USS Yorktown(CV 10)
pada 21 Januari 1943

Sebelum kapal alongside, ejen (suami) dah kena tercegak tunggu di wharf. Turun saja gangway , si suami (ejen) jadi org yg pertama naik jumpa isteri. Bertanya khabar dan keperluan. Perlu makanan, minuman, wang, kelengkapan itu ini dan sebagainya. Jika suami (ejen) gagal sediakan atau ada buat silap, maka sang isteri (kapal) boleh mengadu kepada pejabat kadi (ship owner).
 Lister Hill, isteri kepada Senator dari Alabama ketika merasmikan USS Alabama (BB-60) pada 16 February 1942di Norfolk Navy Yard.

Pada pihak pembangkang senario ini sudah menjadi satu perkara aneh kepada mereka hingga diisukan dek kerana yang merasmikannya adalah DS Rosmah. Disebabkan sentimen yang dimainkan kepada DS Rosmah, mereka sanggup sembunyi fakta berkenaan dengan ilmu perkapalan.

Bukan hendak suruh jadi pelaut atau kapten kapal apatah lagi lanun, tapi bacalah sedikit sebanyak point yang hendak dibawa, bukan sekadar manipulasi kan sahaja.

Friday, 17 March 2017

DEBAT NAZRI LAWAN MAHATHIR: SIAPA NAZRI?



1. Cerita Nazri Aziz cabar Tun M lawan debat ni memang satu perkara 'rare' kalau diikutkan kerana ini ibarat pertembungan antara bekas bos dan anak buahnya.

2. Nazri Aziz ni pada aku adalah seorang 'politician' yang 'badass' sebab beliau sendiri pernah berdebat atas tujuan yang sama dengan apa yang dilakukan sewaktu Tun Mahathir menjadi ketuanya dahulu.

3. Tahun 2003 beliau pernah berdebat dengan Salahudin Ayub dari PAS berkenaan dengan tajuk Sekolah Agama Rakyat, pada masa itu hanya beliau seorang yang berani menyerahkan tengkuk untuk ditembak oleh pihak lawan yakni PAS kerana yang lain menikus dengan tawaran PAS pada ketika itu.

4. Menariknya sesi debat yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada ketika itu menyaksikan beliau sangat bersahaja dan hadir seorang diri dengan berbaju, berkain pelikat dan berkopiah putih. DBP pada ketika itu hanya dipenuhi dengan penyokong PAS sahaja al maklumlah waktu ini PAS sangat dominan berbanding dengan Parti Keadilan mahu DAP, maka pentas politik mereka yang kuasainya.

5. Pada 2003 Sekolah Agama Rakyat yang diletakkan bawah urusan dan tanggungjawab kerajaan Negeri didakwa diberhentikan pemberian bantuan tahunan oleh kerajaan pusat. Maka ramai yang mempersoalkan akan tindakan oleh Tun M.

6. Ditambah pula dengan wabak SARS yang melanda Asia dahulu dan Malaysia pun tidak terlepas daripada wabak tersebut. Kesempatan ini diambil oleh Kartunis Zunar mereka kartun Babi punca SARS merebak manakala Tun M yang diubah hidung seperti Tapir pula punca Sekolah Agama Rakyat (SAR) ditutup.

7. Dek kerana melihat tawaran debat antara UMNO dan PAS tiada respon daripada UMNO, maka Nazri Aziz yang menerima tawaran debat sebagai wakil kepada diri sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak, waima daripada UMNO sekalipun. Pada mata masyarkat, 'once' kau dah jadi figura mana-mana persatuan atau parti politik, orang akan tetap melihat kau mewakili badan-badan tersebut.

8. Masih ada lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum Nazri Aziz kembali melakukan seperti mana yang beliau pernah lakukan pada 14 tahun lepas. Namun, jika dilihat belah Nazri Aziz semacam tenang sahaja, sebaliknya di pihak Tun M pula muncul pelbagai dakwaan tentang Nazri Aziz yang seolah-olah mengatakan beliau pula yang mengaturkan debat dengan Tun M termasuk dengan proses perjalanan debat tersebut.



9. Puak penyokong Tun M masih tidak habis dengan kejayaan mereka 'occupied' PWTC sewaktu penganjuran Nothing To Hide pada dua tahun lepas. Adakah mereka ini masih belum dilahirkan sewaktu isu debat SAR pada tahun 2003 dahulu?

10. Debat memang bukan budaya kita kerana kita bukan dilatih untuk petah bercakap sebaliknya kita banyak diajar tentang 'ground work' yang mengajar kita tentang pelbagai perkara khususnya berkenaan dengan permasalahan penduduk dalam kawasan kita. Namun jika mahu berdebat eloklah mereka yang mahir memikirkan tentangnya bagaiamana untuk menang situasi tersebut.

11. Lain jika dibandingkan Nazri Aziz yang berkelulusan dalam bidang Undang-undang dari Lincoln's Inn, United Kingdom. Sememangnya debat ini adalah asam garamnya kerana waktu di Lincoln's Inn pun beliau sudahpun didedahkan dengan dunia perdebatan ini.

12. Kesimpulannya jadi atau tak debat ini bukan persoalan utama. Sebaliknya kalau hendak membuktikan hebat diatas pentas sahaja itu bukan pengukurnya kerana bagaimana pula reaksi rakyat dikawasan  terhadap kita.

13. Wallahualam.

Thursday, 16 March 2017

PARTI BARU UNTUK GEN Y- EZAM KOTAK

Dua bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dikatakan sedang merancang menubuhkan sebuah parti politik baru dengan menyasarkan anak muda terutamanya Generasi Y.

Mereka adalah Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas senator, Datuk Ezam Mohd Nor.
Khairuddin dipetik sebuah portal berkata golongan anak muda adalah bakal ahli politik masa depan yang perlu diasuh sedari awal untuk menolak sebarang amalan rasuah.

“Kami sebuah parti dengan objektif tunggal memerangi rasuah,” kata bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu.

Beliau menambah Generasi Y (lahir 1980an hingga awal 1990an) pada masa ini nampaknya dipinggirkan dan diabaikan, tetapi parti yang akan ditubuhkan ini akan menjadikan Gen Y tumpuan mereka.

Khairuddin berkata parti barunya itu tidak akan melawan parti pembangkang, sebaliknya mahu melengkapkan PH dan sekutunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditaja Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Apa sahaja kelemahan PH, kami akan ambil tanggungjawab menutup kekurangan itu. Untuk pilihan raya umum ke-14 nanti, kami hanya minta diberi 2 kerusi,” katanya.

Dua kerusi itu adalah kerusi Parlimen Pekan, iaitu kawasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan kerusi Titiwangsa, iaitu kawasan Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Ezam menyasarkan Najib sementara Khairuddin mahu mencabar Johari.

“Jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia meluluskan parti ini, kami akan buat permohonan rasmi kepada PH dan tanya bolehkah kami menjadi parti komponen.

“Kami juga memilih Pekan dan Titiwangsa kerana ahli Parlimen di situ mengetuai kementerian kewangan, yang menjadi lubuk kepada masalah kewangan negara.

“Kami mahu baiki masalah itu, kami mahu hentikan sebarang bentuk rasuah dalam kementerian itu,” katanya.

Khairuddin berkata beliau dan Ezam belum memaklumkan pimpinan PH dan Dr Mahathir tentang rancangan mereka, tetapi akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

Ini kerana beliau rasa terhutang budi kepada mereka kerana membantu beliau dan aktivis lain menjayakan gerakan Deklarasi Rakyat.

“Kami tidak mahu pemimpin pembangkang yang lain salah faham objektif kami.

“Jadi kami akan bertemu mereka tidak lama lagi untuk menjelaskan perkara ini kepada mereka dan kami harap mereka akan bantu kita dalam pilihan raya umum akan datang,” ujarnya

Tuesday, 14 March 2017

TERESA KOK SUDAH GILA- KU NAN #RUMAWIP #TERESAKOK

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai 'gila' kerana membantah projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) selain mengganggu majlis perkahwinan semalam. Katanya, bantahan di Dewan Komuniti Seputeh itu sukar difahami kerana Kok sanggup membantah projek yang bertujuan membantu rakyat membeli rumah pada harga yang murah. 




Katanya, bantahan itu berkemungkinan didorongi sikap cemburu terhadap kerajaan hingga tidak menghiraukan majlis perkahwinan yang diadakan dalam dewan berkenaan. 

"Saya rasa dia mungkin 'gila' (kerana membantah). Kita ada program membangunkan rumah lama dan kawasan yang pada pandangan kita tidak diguna pakai untuk beri peluang pada rakyat beli rumah pada harga murah. 

"Dia tak boleh tengok kita sediakan perkara seperti ini dalam kawasan mereka, barangkali dia fikir mengenai demografi. 

"Dia takut kita bawa orang Melayu lebih ramai ke Seputeh (kerana) dia otak jahat, tapi kita lakukan untuk semua bangsa tanpa mengira Melayu, Cina atau India, " katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Program 'We Care, We Serve' - Jom Bantu Rakyat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas di sini, hari ini. 

Semalam, bantahan diketuai Kok di luar Dewan Komuniti Seputeh bagi membantah projek RUMAWIP di Taman Danau Desa, di sini, bertukar kecoh apabila peserta bantahan mula bergaduh dengan tetamu majlis perkahwinan yang diadakan di dewan sama. 

Tengku Adnan turut menasihatkan Kok supaya menghentikan kerenah seumpamanya supaya dilihat sebagai seorang Ahli Parlimen berbanding ahli politik semata-mata. 

"Kenapa buat bising pada majlis orang kahwin. Jangan buat kerenah seperti ini," katanya. - BH

Tuesday, 7 March 2017

DAKWAAN 6000 PENSYARAH DIBERHENTIKAN TIDAK BENAR- KPT


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menolak kenyataan jumlah pensyarah yang tamat kontrak, bersara atau diberhentikan sejak 2012, hanyalah kira-kira 2,000 orang dan bukannya 6,000 seperti didakwa Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC).

Dalam kenyataan oleh pihak KPT jumlah itu tidak tertumpu kepada yang diberhentikan atas sebab tertentu sahaja, sebaliknya merangkumi bilangan pensyarah yang pencen dan yang tidak disambung kontrak.

Katanya, angka berkenaan tidak mengambil kira kemasukan pensyarah baharu sambil menegaskan ketika ini, ada lebih 32,000 pensyarah di universiti awam (UA) di seluruh negara.

"Universiti mempunyai autonomi untuk melantik semula pensyarah yang pencen. KPT percaya universiti akan terus melantik pensyarah yang pencen secara kontrak bagi memenuhi keperluan.

"Universiti juga mempunyai pelan penggantian masing-masing bagi membolehkan pensyarah muda mengambil alih jawatan yang dikosongkan.

"KPT ingin menjelaskan cadangan MAAC yang dibangkitkan pada September 2016, sudah dikemukakan kepada agensi pusat untuk dipertimbangkan," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai mengulas dakwaan MAAC, yang mendakwa hampir 6,000 pensyarah termasuk bertaraf profesor, berhenti dan ditamatkan kontrak akibat kekangan kewangan sejak tahun lalu.

Mengulas lanjut, KPT berkata, pada 2012 pula, semua pensyarah universiti diberikan kenaikan gaji oleh kerajaan, selaras Pekeliling Kerajaan Bil 1 Tahun 2012, mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM).

"Pensyarah turut dibenar menjalankan kerja perundingan, menubuhkan dan menguruskan syarikat sendiri, selain mendapatkan perkongsian royalti hasil pengkomersailan penyelidikan, penerbitan bahan ilmiah dan sebagainya. Ia sebagai satu sumber pendapatan tambahan bagi pensyarah.

"Selain itu, pensyarah universiti yang memiliki ijazah kedoktoran (PhD) akan terus dilantik ke gred DS51, tidak kira umur mereka, selain universiti diberikan autonomi menentukan kriteria kenaikan pangkat dan pengurusan sumber masing-masing," katanya.

KPT menjelaskan, isu kebajikan pensyarah dipandang serius sejak 1 September 2010, apabila Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti (SPPU) ditambah baik.

 "SPPU adalah satu-satunya skim perkhidmatan awam (SPA) di negara ini yang berlandaskan merit iaitu kenaikan pangkat tidak perlu mengisi kekosongan.

"Disebabkan berdasar kepada merit, kenaikan pangkat juga boleh dilakukan secara berganda dengan pelangkauan gred di tengah.

"Pada 2015, KPT dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) memperkasakan bakat dalam kalangan pensyarah menerusi inisiatif laluan kerjaya 4-trek.

"Ia merangkumi trek pengajaran, penyelidikan, kepemimpinan dan profesional industri, kriteria kenaikan pangkat menjadi fleksibel serta dinamik, selain pensyarah dapat memfokuskan pembangunan kerjaya mereka mengikut trek dipilih," katanya