Sunday, 5 February 2017

HINA KE JUAL SAHAM PROTON KEPADA GEELY?

Dalam tak sedar sudah pengeluar kereta terkemuka di dunia ini bukan milik mereka 100%. Sila rujuk gambar ini.
Lagi hina pada orang kaya yang guna Land Rover dan Jaguar. Mungkin dia ingat kedua produk itu masih kepunyaan British, walhal ianya sudah lama dimiliki oleh Syarikat Tata dari India.

Samalah seperti Ducati dan Lamborghini yang dulunya gah milik Itali tetapi hari ini yang mengawalnya adalah sebuah syarikat 'automotif' yang berpangkalan di Wolfsburg, Jerman. Nama syarikat itu ialah Volkswagen, pada masa yang sama juga memegang saham Porsche, Audi, Skoda dan Bentley.

Volvo suatu ketika dahulu adalah kebanggaan bagi rakyat Sweeden. Namun ia pernah lesu akibat daripada krisis persaingan di Eropah yang menyaksikan Mercedes dan BMW menguasai hampir seluruh Eropah. Walaupun kita sedia maklum dan tahu bahawa Volvo ini adalah tahan lasak berbanding dengan BMW yang kerap minta untuk dibaiki. Geely juga kini mempunyai pegangan saham yang besar dalam Volvo dan memberi suntikan dana yang kepada operasi Volvo dan menyebabkan Volvo kembali bersaing dalam pasaran 'automotif.

Sememangnya satu berita buruk buat rakyat Malaysia apabila Proton akan dijual sahamnya oleh DRB Hicom kepada Geely atau Citroen menjelang April nanti. Kita seolah bersedih akan hakikat ini tetapi sampai bila kita hendak melihat Proton sekadar menjadi Jaguh Kampung dan terpaksa bersaing dengan adiknya iaitu Perodua.

Hakikatnya hari ini dalam pasaran tempatan sudahpun dikuasai Honda dan diikuti dengan Perodua. Itulah realiti yang dihadapi oleh Proton pada hari ini. Lebih tragis apabila Proton Perdana tidak menjadi pilihan oleh kerajaan di beberapa buah negeri untuk dijadikan kenderaan rasminya, sebaliknya memilih Toyota Camry.

Kesimpulannya, Proton perlu diberi nafas baru setelah kewujudannya selama 30 tahun. Insyallah.