Tuesday, 28 February 2017

HUBUNGAN MALAYSIA DAN ARAB SAUDI, APA KITA DAPAT?


Untung buat kawan-kawan kita nanti jika dapat tawaran kerja di RAPID Pengerang bila Loji Penapisan Minyak dan Kompleks Petrokimia siap dibina pada 2019 kelak. Lebih-lebih lagi apabila Arab Saudi melalui Aramco mendanai projek tersebut sebanyak USD 7 Billion.

Mana tak ya apabila projek yang memakan belanja sebanyak USD 27 billion ini akan menyimpan 300,000 tong sehari dengan penghasilan sebanyak 7.7 juta tan metrik.

Manakala, bakal jemaah Haji pula akan mendapat tambahan kouta sebanyak 30,000 untuk jemaah Haji tahun ini. Lagipun semenjak pengubahsuian Masjidil Haram di Mekah pada tahu ln 2013.

Jumlah kouta yang diberikan terpaksa dikurangkan dengan hanya 22,320 sahaja berbanding 27,800 sebelum diubahsuainya Masjidil Haram. Harapannya agar kita ambillah mana-mana peluang yang ada ni, semoga bermanfaat kepada kita semua.

Sumber: 1) http://www.channelnewsasia.com/news/business/malaysia-s-petronas-saudi-aramco-to-enter-us-7b-oil-refinery/3553358.html

2)http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/02/27/tambah-kuota-haji-arab-saudi-beri-respons-positif/

Thursday, 23 February 2017

USTAZ YA DAGANG CEMBURU DENGAN DR KHAIRUDDIN?

Ustaz Ya Dagang Kenapa Tak Buat Ceramah?

Bising betul mulut celupar Zakaria Dagang suatu masa dahulu kononnya ADUN Seberang Takir ketika itu membeli beberapa buah kereta.

Sikap iri hati ini wujud apabila beliau telah beberapa kali tewas pada pilihanraya di DUN Seberang Takir membawanya ke pentas ceramah didalam rumah Pok Harun belakang rumah ADUN Seberang Takir tersebut.

Dihentamnya Ahmad Razif bertubi-tubi, pembesar suara dipasang maksima dihala terus ke tingkat rumah ADUN tersebut yang sedang berduka kerana ayahandanya(kini arwah) sedang sakit ketika itu.

Dengan penuh kesabaran, Ahmad Razif meneruskan kehidupan walaupun aib dihina membawa cita-cita merubah Terengganu ke era baru.

Cemburunya Ya Dagang sehinggakan ADUN Seberang Takir membina rumah baru diatas runtuhan rumah usang dipenuhi anai-anai juga dijadikan isu ceramah.

Beberapa minggu ini media-media maya dipenuhi dengan kisah seorang Datin yang menerima hadiah sebuah Q7 yang dikatakan bernilai menghampiri setengah juta ringgit daripada seorang suami yang bergelar Yang Berhormat juga daripada Kampung Baru Seberang Takir.

Ramai yang mempersoalkan dari mana hasil kekayaan tersebut diperoleh, hingga empunya badan sendiri mengakui bahawa itu adalag hasil daripada perniagaan yang diusahakan sendiri. Bukankah itu adalah satu jawapan yang mampu menutup isu pemberian Audi Q7 ?

Juga teramat hairan apabila Ya Dagang membisu tanpa keluarkan kenyataan.

Takkan Ya Dagang dah tak pandai berceramah kot? Jikalau benar, sejak bila Ya Dagang menjadi seorang yang 'playsafe'?

Tapi mungkin Ya Dagang tak nak berceramah lagi kerana teringat kisah sebuah rumah di Teluk Ketapang yang disiapkan di zaman pemerintahan PAS.

Wallahualam

Saturday, 18 February 2017

APA ITU RUU355?


BERIKUT merupakan fakta penting mengenai Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

1) Terhad kepada Umat Islam
Bidang kuasa Mahkamah Syariah Terhad hanya kepada orang yang menganut agama Islam. Oleh itu orang Bukan Islam tidak perlu bimbang dengan agenda politik yang cuba menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam.

2) Terhad kepada perkara-perkara dalam Butiran 1; Tidak termasuk perkara-perkara dalam senarai Persekutuan dan perkara-perkara lain dalam Senarai Negeri.
Butiran 1 juga menetapkan bidang kuasa mahkamah syariah hanya kepada perkara-perkara yang terkandung dalam Butiran 1 sahaja yang meliputi perkara-perkara ber‎kaitan kekeluargaan, zakat, hibah, amanah, pewarisan, wakaf, masjid, surau dan sebagainya.

3) Tertakluk kepada had hukuman maksimum yang ditentukan Akta Persekutuan- Akta 355.
Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah keperluan Undang-Undang berdasarkan Perlembagaan Persekutuan iaitu; bidang kuasa hukuman Mahkamah Syariah hendaklah ditetapkan oleh undang-undang Persekutuan.
Justeru pindaan Akta 355 tidak boleh disifatkan sebagai 'unconstitutional' kerana ia adalah keperluan Perlembagaan.

4) Ada had hukuman
Akta 355 ini hanya menetapkan had hukuman maksima yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah sama seperti dalam isu kesalahan berkaitan kekeluargaan, zakat, hibah, amanah, pewarisan, wakaf, masjid, surau.

5) Autonomi lebih luas kepada Negeri untuk mencegah maksiat dan salah laku syariah.
Jika Pindaan Akta 355 diluluskan di Parlimen, ia tidak akan meningkatkan kadar hukuman secara automatik sebaliknya Dewan Undangan Negeri (Dun) perlu meluluskan tahap hukuman bagi setiap kesalahan dalam Enakmen syariah yang sedang berkuatkuasa di negeri tersebut terlebih dahulu.
Peluang untuk berbahas mengenai kadar hukuman yang munasabah masih terbuka di peringkat Dun.

6) Tidak memperuntukkan undang-undang hudud.
Akta ini tidak memperuntukkan sebarang undang-undang hudud.
Pilihan untuk menaikkan kadar hukuman kepada kadar yang lebih tinggi adalah terpulang kepada negeri-negeri untuk memastikan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang. Akta 355 tidak menyentuh bidang kuasa mahkamah sivil untuk membicarakan kes-kes jenayah di bawah kanun keseksaan.

7) Untuk perkasakan mahkamah syariah
Pindaan Akta 355 adalah bertujuan meningkatkan hukuman bagi memperkasakan Mahkamah Syariah dalam pengawalan moral sekarang ini yang berhadapan dengan gejala sosial yang amat serius.
Sumber: Institusi Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM).

Friday, 10 February 2017

MEGADETH LIVE IN MALAYSIA

Kumpulan heavy metal berpengaruh dari Amerika Syarikat, Megadeth, bakal mengadakan persembahan sulung di sini, pada 4 Mei depan. Konsert Megadeth Live in Malaysia anjuran IME Malaysia itu dijadualkan berlangsung di Stadium Negara, jam 8 malam.

Tarikh persembahan mereka di negara ini diumumkan selepas kumpulan itu terlebih dulu mengesahkan kemunculan di Manila, Filipina, pada 29 April dan di Singapura, 2 Mei. Pada 7 Mei pula, siri jelajah mereka di Asia diteruskan di Jakarta, Indonesia.

 "Kuala Lumpur antara kota yang kami idamkan untuk mengadakan persembahan apabila menjelajah Asia," kata ketua kumpulan itu, Dave Mustaine, menerusi kenyataan dikirimkan.

 Siri jelajah berkenaan diadakan bersempena kemunculan album terkini mereka, Dystopia. Album itu menerima ulasan positif daripada pengkritik dan peminat, malah dianggap antara karya terbaik daripada kumpulan berkenaan. 

Dystopia turut mendapat pencalonan dalam kategori Persembahan Lagu Metal Terbaik pada Anugerah Grammy ke-59, yang bakal berlangsung Isnin ini (waktu Malaysia). Megadeth yang berasal dari Los Angeles, California, pernah dijadualkan membuat kemunculan di ibu kota kira-kira 16 tahun lalu, namun peminat mereka kehampaan apabila kumpulan terbabit gagal mendapat kebenaran berbuat demikian.

 Selain Mustaine yang juga vokalis dan pemain gitar utama, Megadeth turut dianggotai David Ellefson (bes), Kiko Loureiro (gitar) dan Dirk Verbeuren (dram). Sepanjang tiga dekad berada di dunia muzik, Megadeth menjual lebih 50 juta album di seluruh dunia, menerima pelbagai pengiktirafan termasuk 12 pencalonan Grammy dan dianugerahkan platinum untuk lima album berturut-turut. 

Tiket menyaksikan Megadeth Live in Malaysia dijual mulai hari ini pada harga RM428 (Deth Pitt Zone, berdiri bebas), RM388 (VIP, tempat duduk bernombor), RM358 (Rock Zone, berdiri bebas), RM288 (CAT1, tempat duduk bernombor) dan RM198 (CAT2, tempat duduk bebas ). Ia boleh didapati menerusi TicketCharge di www.ticketcharge.com.my atau dengan menghubungi talian hotline 03-92228811. 

Peminat juga boleh mendapatkan tiket di cawangan Speedy Video, Victoria Music, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter maklumat di pusat beli-belah The Mines atau 1 Shamelin, Eden Ultimate (Kuantan) dan juga Blonde Brunette (Pulau Pinang).

Sunday, 5 February 2017

HINA KE JUAL SAHAM PROTON KEPADA GEELY?

Dalam tak sedar sudah pengeluar kereta terkemuka di dunia ini bukan milik mereka 100%. Sila rujuk gambar ini.
Lagi hina pada orang kaya yang guna Land Rover dan Jaguar. Mungkin dia ingat kedua produk itu masih kepunyaan British, walhal ianya sudah lama dimiliki oleh Syarikat Tata dari India.

Samalah seperti Ducati dan Lamborghini yang dulunya gah milik Itali tetapi hari ini yang mengawalnya adalah sebuah syarikat 'automotif' yang berpangkalan di Wolfsburg, Jerman. Nama syarikat itu ialah Volkswagen, pada masa yang sama juga memegang saham Porsche, Audi, Skoda dan Bentley.

Volvo suatu ketika dahulu adalah kebanggaan bagi rakyat Sweeden. Namun ia pernah lesu akibat daripada krisis persaingan di Eropah yang menyaksikan Mercedes dan BMW menguasai hampir seluruh Eropah. Walaupun kita sedia maklum dan tahu bahawa Volvo ini adalah tahan lasak berbanding dengan BMW yang kerap minta untuk dibaiki. Geely juga kini mempunyai pegangan saham yang besar dalam Volvo dan memberi suntikan dana yang kepada operasi Volvo dan menyebabkan Volvo kembali bersaing dalam pasaran 'automotif.

Sememangnya satu berita buruk buat rakyat Malaysia apabila Proton akan dijual sahamnya oleh DRB Hicom kepada Geely atau Citroen menjelang April nanti. Kita seolah bersedih akan hakikat ini tetapi sampai bila kita hendak melihat Proton sekadar menjadi Jaguh Kampung dan terpaksa bersaing dengan adiknya iaitu Perodua.

Hakikatnya hari ini dalam pasaran tempatan sudahpun dikuasai Honda dan diikuti dengan Perodua. Itulah realiti yang dihadapi oleh Proton pada hari ini. Lebih tragis apabila Proton Perdana tidak menjadi pilihan oleh kerajaan di beberapa buah negeri untuk dijadikan kenderaan rasminya, sebaliknya memilih Toyota Camry.

Kesimpulannya, Proton perlu diberi nafas baru setelah kewujudannya selama 30 tahun. Insyallah.

Wednesday, 1 February 2017

HARGA MINYAK BUKAN DIKAWAL KERAJAAN, TETAPI OPEC

Semenjak dari tahun 1960 lagi naik turun harga minyak bukan dibawah kerajaan negara masing. Ini berikutan daripada kewujudan OPEC yang terdiri daripada Arab Saudi, Iraq, Venezuela, Kuwait dan Iran. OPEC ditubuhkan adalah untuk menentukan kadar harga minyak bagi negara-negara yang berurus niaga dengan mereka.
Sumber: Investopedia.com

Malaysia bukanlah negara ahli dalam OPEC sebaliknya adalah negara ahli OPEC yang menjadi pilihan Malaysia untuk membeli minyak daripada mereka. Contohnya: Arab Saudi.
Maka urus niaga minyak ini adalah berdasarkan kepada graf Crude Oil Brent.(Rujuk disini: http://www.nasdaq.com/markets/crude-oil-brent.aspx)

Berbeza dengan Amerika Syarikat yang menggunakan West Texas Intermidate(WTI), kerana dagangan minyak mentah oleh Amerika Syarikat adalah tidak berdasarkan Crude Oil Brent. (Rujuk disini: http://www.indexmundi.com/commodities/…)

Meningkatnya harga pasaran minyak pada hari ini adalah disebabkan oleh kesepaktan ahli OPEC untuk mengurangkan pengeluaran bagi menstabilkan kembali harga minyak jatuh mendadak semenjak dua tahun kebelakangan ini

Namun hasil keputusan oleh OPEC ini ditambah pula dengan tindakan Saudi Aramco yang berpangkalan di Oman yang meningkatkan harga minyak terhadap pasaran Asia pada Februari ini.

Dosa besar Kerajaan Malaysia mungkin kerana memansuhkan subsidi. Namun siapakah yang mendesak subsidi dimansuhkan dan sistem harga apungan diperkenalkan.?