Wednesday, 25 January 2017

SKANDAL BMF YANG PERNAH MENGHANTUI MANTAN PM



BMF
Skandal kewangan besar yang pertama di Malaysia meletus pada 1983 apabila didapati Bumiputra Malaysia Finance (BMF), sebuah anak syarikat Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB) memberi pinjaman RM2.5 bilion kepada syarikat-syarikat yang mempunyai rekod prestasi samar-samar, termasuk Carrian Group yang berpangkalan di Hong Kong.

Skandal itu berlarutan dengan pembunuhan seorang pembantu pengurus yang dihantar ke Hong Kong untuk menyiasat transaksi, kebankrapan Carrian Group, dan akhirnya kerajaan Malaysia mengepam lebih banyak wang untuk menyelamatkan BBMB daripada ditutup.

Perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir berulang kali menjarakkan diri daripada skandal tersebut, merujuk ia sebagai urusan bank yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan.

Kerugian yang ditanggung dalam kemelut itu, termasuk suntikan modal berulang oleh kerajaan, dianggarkan sekitar RM10 bilion. Pada masa itu, BBMB merupakan bank terbesar di Asia Tenggara dan keruntuhan Carrian adalah kebankrapan terbesar Hong Kong.

Skandal itu berlaku hanya 2 tahun selepas Dr Mahathir menerajui kerajaan, pada masa beliau bersungguh-sungguh mengejar industrialisasi Malaysia.

Satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan, tetapi walaupun apa pun cadangannya, tidak ada yang didakwa di Malaysia berhubung skandal itu. Segelintir eksekutif didakwa di Hong Kong manakala Pengerusi BMF Lorrain Esme Osman hidup dalam buangan di London sehingga kematiannya pada 2011.

Kini skandal sudah 'declassified' oleh CIA. Gamaknya apalah yang terkandung di dalan fail itu nanti. Namun, Tun M tetap mendakwa bahawa 1MDB adalah skandal terbesar bagi negara. Tun M mudah lupa kerana skandal BMF lebih teruk daripada 1MDB kerana beza zaman 1MDB dengan BMF adalah kewujudan Facebook.