Tuesday, 31 January 2017

ANNUAR MUSA DIGANTUNG TUGAS PENGERUSI MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini memutuskan menggantung tugas Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat tergempar di ibu pejabat MARA, di sini yang dipengerusikan Datuk Dr Yusof Yacob dan Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin.

Jawatan beliau sebagai Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) juga digantung berkuat kuasa tarikh sama.

Semua tugas Annuar di agensi berkenaan akan dipangku oleh Dr Yusof.

Monday, 30 January 2017

TUKAR SAIFUL BAHARI ATAU PAN GANTI PAS!!

Berulang kali sudah perkara yang sama berlaku dan ianya terus berlaku di dalam jemaah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mana dilihat menjadi liability kepada presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

Kenyataan demi kenyataan facebook yang dimuat naik oleh Saiful Bahri Mamat Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu hanya mengundang aib dan malu sendiri.

Yang terbaru(semalam), isu berkaitan pokok yang telah disumbangkan oleh kontraktor untuk landskap Bandar Baru Kuala Nerus turut menjadi baham FITNAH PJ Pas Terengganu yang juga ADUN Paka.

Sebelum ini sudah beberapa kali kantoi membuat fitnah yang turut dimuatnaik dalam akaun FB Ustaz Saitifu Bahri Mamat tetapi tidak pernah jemu untuk menabur fitnah kepada sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengannya.

Bercakap dihadapan ahli-ahlinya bahawa, kita sebagai seorang umat Islam yang taat kepada perjuangan PAS, jangan kita sesekali lalai dengan ajaran Islam yang diturunkan kepada Umat Nabi Muhammad SAW.

Akan tetapi percakap beliau tidak sama dengan perbuatan atau perlakuan mahu pun dialam nyata dan juga maya (media social).

Diatas firnah tersebut juga, dikatakan nama beliau turut tersenarai dalam tindakan undang-undang yang bakal diambil kerajaan Terengganu bersama 3 yang lain yang mana telah dilaporkan oleh 

Wednesday, 25 January 2017

SKANDAL BMF YANG PERNAH MENGHANTUI MANTAN PM



BMF
Skandal kewangan besar yang pertama di Malaysia meletus pada 1983 apabila didapati Bumiputra Malaysia Finance (BMF), sebuah anak syarikat Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB) memberi pinjaman RM2.5 bilion kepada syarikat-syarikat yang mempunyai rekod prestasi samar-samar, termasuk Carrian Group yang berpangkalan di Hong Kong.

Skandal itu berlarutan dengan pembunuhan seorang pembantu pengurus yang dihantar ke Hong Kong untuk menyiasat transaksi, kebankrapan Carrian Group, dan akhirnya kerajaan Malaysia mengepam lebih banyak wang untuk menyelamatkan BBMB daripada ditutup.

Perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir berulang kali menjarakkan diri daripada skandal tersebut, merujuk ia sebagai urusan bank yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan.

Kerugian yang ditanggung dalam kemelut itu, termasuk suntikan modal berulang oleh kerajaan, dianggarkan sekitar RM10 bilion. Pada masa itu, BBMB merupakan bank terbesar di Asia Tenggara dan keruntuhan Carrian adalah kebankrapan terbesar Hong Kong.

Skandal itu berlaku hanya 2 tahun selepas Dr Mahathir menerajui kerajaan, pada masa beliau bersungguh-sungguh mengejar industrialisasi Malaysia.

Satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan, tetapi walaupun apa pun cadangannya, tidak ada yang didakwa di Malaysia berhubung skandal itu. Segelintir eksekutif didakwa di Hong Kong manakala Pengerusi BMF Lorrain Esme Osman hidup dalam buangan di London sehingga kematiannya pada 2011.

Kini skandal sudah 'declassified' oleh CIA. Gamaknya apalah yang terkandung di dalan fail itu nanti. Namun, Tun M tetap mendakwa bahawa 1MDB adalah skandal terbesar bagi negara. Tun M mudah lupa kerana skandal BMF lebih teruk daripada 1MDB kerana beza zaman 1MDB dengan BMF adalah kewujudan Facebook.

Sunday, 22 January 2017

TRUMP PECAT 80 ORANG DUTA BESARNYA

Sejurus mengangkat sumpah sebagai Presiden Ke-45 Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memecat semua dutanya di luar negara dan tiada senarai pengganti disediakan.

Trump mengarahkan semua dutanya di seluruh dunia, yang dilantik bekas Presiden Barack Obama, meninggalkan pejabat menjelang tengah hari tanpa memberikan tempoh penangguhan.

Pasukan peralihan Trump dilaporkan berkata pada 23 Disember lalu, ‘tiada lagi pengecualian’ bagi duta untuk meminta melanjutkan perkhidmatan, selepas majlis angkat sumpah presiden, berbanding yang dilaksanakan presiden sebelum ini. Arahan juga tertakluk kepada duta yang mempunyai anak kecil.

Bagaimanapun, kebiasaannya duta yang dilantik secara politik akan meletak jawatan pada permulaan pentadbiran baharu tetapi tanpa senarai pengganti adalah perkara baharu.

Seramai 80 duta dilantik ke sesebuah negara, agensi dan isu seperti duta bagi isu wanita global, dipecat.

Tindakan itu menyebabkan AS tidak mempunyai wakil yang disahkan Senat selama beberapa bulan, selain tiada hubungan terus dengan Trump, termasuk di negara yang mempunyai hubungan sensitif dengan AS.

Antaranya, Jerman, Britain dan Kanada, selain sekutu penting lain seperti China, India, Jepun dan Arab Saudi.

Proses bagi menggantikan duta lantikan politik oleh Kongres akan mengambil tempoh yang panjang.

Beberapa pelantikan sudah dibuat setakat ini dengan Gabenor Carolina Selatan, Nikki Hayley sebagai duta ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggantikan Samantha Power.

Peguam yang diisytiharkan muflis, David Friedman, dilantik sebagai Duta ke Israel dan Gabenor Iowa, Terry Branstad pula menjadi wakil Trump di China.

Bekas isteri Trump, Ivana, dilaporkan meluahkan minat menjadi duta ke negara asalnya, Republik Czech.

Hasrat itu disokong presiden negara itu, Milos Zeman, yang dilaporkan berkata: “Tiada siapa yang lebih baik untuk menjadi duta Amerika ke Prague”.

Tuesday, 17 January 2017

‘FLIP-FLOP’ MAHATHIR DAN PENGIKUTNYA TENTANG GST DAN BR1M.



Good and Service Tax

1.       ‘Good and Serice Tax’ satu masa dahulu juga mendapat respon positif dari mereka yang tahu dan faham akan pengiimplementasian sistem cukai ini.
2.       Termasuk Tun Dr. Mahathir yang turut sama bersetuju akan GST diimplementasikan.
3.       Bersetujunya Tun M akan GST ini semakin menghilang selepas kini Tun M mula bersama dalam pakatan pembangkang untuk menjatuhkan kekuasaan yang dibinanya suatu ketika dahulu.
4.       Walhal semasa GST dipertikai akan cara penagamalannya, pengikut mereka juga turut bersama dengan agensi kerajaan yang lain memberikan penerangan tentang GST.
5.       Termasuklah JASA, BTN, PMO dan Jabatan Penerangan Malaysia.

6.       Tetapi penerangan dari ‘page’ SSTDM lebih mendapat sambutan dan lebih difahami kerana penyampaiannya sangat ringkas dan tepat, padat.
7.       Malah dahulu mereka lah juga yang seolah-olah bertindak seperti ‘frontliner’ kepada kerajaan dahulu. Masakan tidak waktu tu Tun M pun tak mula buat hal lagi!
8.       Idea tentang GST pernah dibahaskan oleh Anwar Ibrahim sewaktu menjawat jawatan Menteri Kewangan dahulu lagi. Mungkin pengikut Tun M lupa akan hal ini.

9.       Katanya selepas memerintah nanti cukai seakan GST akan diwujudkan , manakala GST akan dimansuhkan. Mungkin yang dimaksudkannya adalah Value Added Tax(VAT).

Bantuan Rakyat 1 Malaysia

1.       Baru-baru ini Tun M telah berfatwa bahawa ambil duit samalah seperti ambil rasuah, kerana apa berkata demikian?
2.       Untuk menimbulkan rasa was-was dalam kalangan penerima BR1M tersebut. Walhal beliau dan pengikutnya sudah lama hidup senang, setakat BR1M itu apalah sangat berbanding dengan ‘dedak’ Tun M bagai air sungai yang mengalir.
3.       Dahulu Tun M pun siap puji lagi akan kewujudan BR1M ini, katanya ini adalah cara terbaik untuk mengembalikan wang rakyat yang diambil kerajaan dan perlulah meghargai apa yang diberikan ini.
4.       Mari kita imbas kembali apa kata Tun M tentang BR1M ini:
a.       1 Oktober 2013 :“Kita jarang menghargai sesuatu yang diperoleh dengan mudah dan percuma termasuk BR1M
b.      3 Mac 2014 :“Adakah kita perlu BR1M? Kita boleh dapatkan sokongan undi walaupun tanpa BR1M”
c.       13 November 2014 :“BR1M diberi apabila pilihan raya semakin dekat atau manifesto pilihan raya yang menjanjikan BR1M. Tanggapan yang tak boleh dielak, pemberian BR1M seperti membeli undi. BR1M banyak beri implikasi negatif . Ia meningkatkan kecederungan untuk rakyat bergantung kepada kerajaan. BR1M melemahkan sikap seseorang (rakyat) dan mengurangkan sikap berdaya saing
d.      20 Disember 2014 :“Dengan kerana BR1M ni orang takkan sokong kita. Tapi Najib jawab wang tunai adalah raja.”
e.      29 April 2015:“BR1M dia nak bagi dekat-dekat pilihan raya. Jadi ia ada elemen rasuah. Sepatutnya tak perlu bagi. Dahulu, tak bagi BR1M pun kita menang . Ini bagi BR1M lagi turun sokongan undi”
f.        24 Disember 2016 :“Najib bagi RM500, dia jual negeri dia. Sebab itu saya nak tegaskan di sini. Kita tahu duit itu rasuah. Kita tahu benda itu salah dari segi agama dan undang-undang
5.       Tak sampai sebulan kenyataan BR1M itu rasuah dikeluarkan. Sekali lagi beliau seakan-akan menarik bahawa “Jika didapati BR1M mustahak maka wang ini akan diagih oleh pegawai kerajaan. BR1M tidak boleh dimasukkan dalam manifesto mana-mana parti”.
6.       Sejak menjadi pembangkang, nampaknya perangai U-Turn pembangkan pun ditirunya. Tak mengapalah asalkan dapat undi orang ramai waktu mengundi nanti.
7.       Malah BR1M juga katanya mahu dikekalkan seandainya berkuasa nanti. Itupun kalau anak dia menang lah nanti. Menurutnya “Jika dipersetujui oleh rakyat, BR1M akan dijadikan bantuan statutory yang ditentukan oleh undang-undang dan bajet biasa. Perdana Menteri tidak boleh tentukan pemberian ini atau jumlahnya atau cara penyampaiannya”.
8.       Bukankah itu gila namanya, semalam cakap lain tapi hari ini cakap lain?

Friday, 13 January 2017

RAFIZI MENGARUT DAN 'PONTLESS' DALAM ISU MRT.

Maka disini aku hidangkan ringkasan kronologi serangan Rafizi dalam melawan projek MRT Malaysia;

1. Ianya bermula pada 2012 dimana Rafizi menyatakan kos projek MRT akan meningkat kepada 100 billion dari 36 billion anggaran asal dan beliau masih mempertahankan kenyataan beliau itu.
http://m.malaysiakini.com/news/202540

Pada Dec 2016 PM dan pihak MRT telah mengumumkan projek MRT (fasa 1 dan 2) menelan kos sebanyak 21 billion dengan penjimatan sebanyak 2 billion untuk keseluruhan 51km. Anda nilaikan sendiri dan dibawah kenyataan MRT Corp;
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/12/18/mrt-corp-denies-rafizi-claim-on-rm100-bllion-cost/

2. Seterusnya Rafizi membuat putaran halilintar dengan menjelaskan bahawa pengumuman kos 21 billion oleh PM itu jelas menunjukkan projek MRT itu telah menelan kos yang terlalu tinggi (katanya) untuk 21 km iaitu sebanyak 1 billion per km dan beliau inginkan perjelasan dari PM!
https://m.malaysiakini.com/news/366407

Tapi fakta sebenarnya adalah PM & pihak MRT telah pun membuat pengumuman bahawa kos 21 billion itu adalah untuk projek MRT phase 1 dan juga phase 2 iaitu sejauh 51 km bukan 21 km.
http://www.mymrt.com.my/cms/upload_files/mediarelease/mediarelease_download_000922.pdf

3. Kecetekan dalam serangan beliau terserlah lagi, kali ini dengan membuat perbandingan diantara projek "MRT" di Spain yang menghubungkan Barcelona Sants - La Sagrera yang katanya hanya menelan kos USD39 juta per km iaitu 2 kali ganda lebih rendah dari MRT Malaysia yg menelan kos USD100 juta per km. MAHAL! katanya lah
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/12/27/rafizi-mrt1-cost-double-similar-projects-in-seoul

Buat pengetahuan semua, projek di Spain yg disebut Rafizi itu bukannya projek MRT pun tetapi hanya jajaran terowong sahaja sejauh 5.8 km yang tidak mempunyai stesen, signal sistem ataupun keretapi. Boleh rujuk link dibawah;
http://www.railwaygazette.com/news/infrastructure/single-view/view/barcelona-tunnel-complete.html

Ia umpama membuat perbandingan diantara harga sotong goreng tepung dengan sotong mentah lepas itu persoal kenapa sotong goreng tepung lagi mahal (berat sotong yg sama), tak masuk dek benak akal

4. Terbaru Rafizi membuat kenyataan yang beliau tidak membuat perbandingan diantara projek MRT Malaysia dengan MRT Singapura kerana projek MRT Singapura terlalu bermasalah.
https://m.malaysiakini.com/news/368797

Tapi yang kau duk banding projek MRT Malaysia 51 km dengan projek terowong di Spain 5.8 km boleh pulak???

Wahai pemuja Rafizi sekalian inilah kualiti bakal pucuk kepimpinan tertinggi Putrajaya kelak.

Bagi aku apa yang menariknya tentang projek MRT ini adalah berkenaan pencapaian 50% penglibatan dari syarikat BUMIPUTERA; http://www.mymrt.com.my/my/bumiputera-participation

Boleh baca dan buat penilaian kita SENDIRI, jangan bergantung kepada penilaian sesiapa pun. Kebanyakan sumber aku ambil dari "hantu alam maya" yang sangat ditakuti Rafizi iaitu Lim Sian See 😂


Tuesday, 10 January 2017

TINDAKAN INVOKE JELAS MENCABULI HAK DEMOKRASI



Tindakan Centre of Policy Initatives (CPI) menghubungi sebilangan rakyat Malaysia melalui talian 03-78902700 untuk menjalankan kajian terhadap sokongan parti politik dikritik termasuk bertanyakan soalan yang dianggap sensitif seperti pilihan parti politik pada pilihan raya umum dikritik banyak pihak.

Salah seorang responden yang menghubungi Selangor Press mendakwa kajian dilakukan CPI itu merupakan cubaan mencabuli hak demokrasi mereka untuk memilih mana-mana parti politik tanpa perlu diketahui pihak lain.

Malah menurut responden terbabit, cara kajian itu dijalankan juga mengelirukan apabila pihak yang menghubunginya memperkenalkan diri sebagai wakil sebuah parti politik, namun hasil semakannya mendapati bahawa dakwaan pihak tersebut tidak benar memandangkan parti politik berkenaan telah mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan mereka dalam kajian terbabit.

Seorang responden lain pula mendakwa kajian itu sebenarnya dilakukan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Invoke Malaysia.

Menurut responden berkenaan, dia mengetahui mengenai penglibatan NGO tersebut setelah pihak yang menghubunginya mengakui bahawa CPI ditubuhkan oleh Invoke Malaysia untuk menjalankan penyelidikan dan kajian berkaitan sosio-politik semasa negara, selain mengumpul data untuk tujuan tertentu.

Tambah responden itu, sehingga kini CPI masih giat menghubungi rakyat Malaysia untuk menjalankan kajian tersebut yang tidak diketahui kepentingannya.

Hasil semakan Selangor Press melalui enjin carian mendapati pusat kajian tersebut dinaungi Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli serta Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, dan boleh diakses melalui laman sesawang http://cpi.invokemalaysia.org