Wednesday, 27 December 2017

ISU RM 160 BILLION BAKAL MENJADI MODAL MAHATHIR MENJELANG PRU14

Selepas menggelarkan dirinya sebagai TOP DOG untuk Pakatan Harapan, Mahathir kini seolah-olah mahu menjadi orang yang pertama dalam mengeluarkan apa jua isu bagi memberi 'mileage' politik kepada Pakatan Harapan. Hal ini kerana, orang yang Melayu yang dahulu majoriti menyokong nya 100 peratus, kini semakin menyusut selepas Mahathir sendiri kini bersama dengan musuh-musuh politik nya dahulu.

Kita sedia maklum bahawa Mahthir pernah dihadapkan ke Suruhanjaya Siasatan Diraja atas kehilangan duit FOREX yang bernilai RM 31.5 billion ketika menjawat Perdana Menteri. Mengandaikan sebagai kerugian bagi tujuan perniagaan, Mahathir juga seolah mahu memutar belit keadaan walaupun kehilangan sejumlah duit tersebut telah dikaui oleh RCI.

Kini Mahathir menulis di blog nya berkenaan dengan kemana hilangnya RM160 billion. Seakan mahu 'spark' isu apabila pengikut-pengikut Mahathir pula sanggup membuat laporan polis berkenaan dengan isu ini. Lihatlah bahawa kumpulan Mahathir sebenarnya semakin terdesak sejak kebelakangan ini, walaupun perkara tersebut telah dijawab oleh Menteri Kewangan 2.

Nampak "try hard" itulah yang boleh disimpulkan kepada Mahathir pada hari ini, apabila dalam Pakatan Harapan hanya parti haram yang ditubuhkan dia sahaja yang bersungguh untuk menyerang Najib dalam isu RM 160 billion. 

Malah, sekutu Mahathir yang lain juga enggan mahu di seret kepada isu baru Mahathir. Mereka semua menjauhi isu yang Mahathir cipta kerana berkemungkinan mereka sedar ia bukan pun isu  jika pelabur keluar dan menjual saham atau nilai ringgit susut.

Malah kerja sabotaj ekonomi oleh puak Mahathir juga boleh menjadi faktor nya.Mereka faham masalah Mahathir. Mereka tahu isu  1MDB sehingga hari ini tiada bukti pun hanya berkisar pada penceritaan sahaja.Maka mereka sedar Mahathir mahu isu RM160 menjadi isu “top dari top dog’.Dalam erti kata lain isu yang menggantikan isu 1MDB Mahathir yang sudah basi dan sudah tidak laku lagi.



Monday, 25 December 2017

FELDA TEKAD AMBIL KEMBALI TANAH MILIKNYA- TS SHAHRIR SAMAD #Felda #AnakFelda #KitaSatuFelda

Seperti yang dihebahkan oleh Berita Harian pada beberapa hari lepas berkenaan dengan FELDA yang telah kehilangan aset tanahnya. Tanah yang dimaksudkan itu adalah terletak di Jalan Semarak, Kuala Lumpur dimana harga pasaran sebenar adalah mencecah RM 1 billion. Namun harga yang dijual pula hanya sebanyak RM270 juta sahaja.

Walaubgaimanapun, tiada sebarang pembayar yang dilakukan oleh syarikat Synergy Prominade Sdn. Bhd. (Synergy Prominade) , susulan pihak TS Shahrir Samad telah membuat laporan polis pada 12 Disember lalu. Sementelah itu, tindakan seterusnya adalah untuk membatalkan surat kuasa wakil penuh (full power attorney) dan mendaftarkan kaveat di Jabatan Tanah dan Galian Wilayah persekutuan ke atas tanah tersebut.

Dalam usaha untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang terlibat melalui undang-undang sivil, Unit Kawal Selia di bawah Jabatan Perdana Menteri pula akan melantik syarikat audit luar. Melantik pihak audit luar adalah untuk membuat penilaian bagai memastikan pematuhan peraturan dari peringkat dalaman FELDA dan meneliti urus niaga dalaman melalui urus niaga jual beli.

Oleh itu, bulan Januari hingga ke April adalah untuk FELDA itu sendiri mendaptkan balik kuasa tanah. Soal sekarang adalah untuk pembangunan, sebaliknya tanah pula yang hilang melalui jual beli tersebut, wang bayaran pula langsung tidak diperolehi.

Kini Synergy Prominade iaitu merupakan pemegang surat kuasa wakil penuh yang dilantik FELDA pada Jun 2014, telah menjual tanah tersebut kepada pihaknya. Walaubagaimanapun, kita mengharapkan agar TS Shahrir Samad tidak sekadar cakap kosong, kerana FELDA adalah sebuah entiti yang besar, di dalam FELDA itu terdapat pula golongan peneroka yang sudah berzaman bersama untuk bergelar sebagai peneroka. 

Cukuplah pimpinan FELDA yang lepas membuat onar di dalam organisasi tersebut.

Saturday, 23 December 2017

PEMBATALAN PENGIKTIRAFAN TRUMP TERHADAP PALESTIN, BUKAN SIMBOLIK KEMENANGAN KEPADA NASIB UMAT ISLAM DI PALESTIN.

Pengiktirafan A.S melalui Presiden Donald Trump terhadap Israel yang mahu menjadikan Baitulmaqdis sebagai pegganti kepada Tel Aviv semamangnya satu pencabulan terhadap seluruh umat Islam di dunia. Walaupun kita sedia maklum dan tahu bahawa kota suci ketiga umat ini juga adalah merupakan kota suci bagi penganut Yahudi dan Kristian yang mana sebelum kedatangan syiar islam di Semenanjung Hijjaz dahulu. Menurut pandangan ahli sejarah,Baitulmaqdis ini juga merupakan tempat kelahiran asal Nabi Isa A.S dan disitu juga terletak Haikal Sulaiman yang dibina pada zaman Nabi Sulaiman A.S.
Permulaan kepada kewujudan Israel adalah selepas kedatangan puak Yahudi dari Eropah selepas Perang Dunia Kedua sekitar tahun 1948, ketika ini menyaksikan penghijarahan masuk mereka secara beramai-ramai ke Palestin. Hal ini berlaku selepas usaha puak Yahudi yang diketuai oleh David Ben Gurion untuk mewujudkan kehidupan bernegara disebuah tempat baharu dibenarkan oleh Amerika Syarikat dan Britain, akhirnya Palestin menjadi tanah baru mereka. Peristiwa ini akhirnya menjadikan Ben Gurion sebagai Perdana Menteri Israel yang pertama.
Bermula dari peristiwa itulah membawa kepada penghapusan etnik besar-besaran di Palestin, Perang Enam Hari semasa perayaan Yom Kippur hinggalah kepada pengiktirafan Donald Trump kepada Israel. Ya, perkara ini sebenarnya memang tidak boleh diterima lebih-lebih lagi apabila melihat ianya adalah satu pencabulan kepada rakyat Palestin itu sendiri. Walaupun beberapa kali siri dan boikot barangan serta produk Israel, negara haram tersebut seolah-olah tidak terjejas malah Israel tidak ambil peduli akan perkara ini.
Kembali kepada pokok penulisan, United Nation (UN) telah pun mengadakan satu resolusi yang menyaksikan 128 buah negara membantah pengiktirafan Donald Trump, 9 buah negara yang menyokong dan lagi 35 buah negara memilih untuk berkecuali. Menariknya 9 buah yang menyokong pengiktirafan Donald Trump adalah:
1. Amerika Syarikat
2. Israel
3. Honduras
4. Marshall Islands
5. Micronesia
6. Nauru
7. Palau
8. Togo
9. Guatemala
Disini, selain Israel, A.S dan Honduras adalah negara dari benua Ocenia yang kedudukan geografi negara-negara ini adalah di kawasan kepulauan Lautan Pasifik. Malah A.S sudah juga ada menempatkan kepentingannya dari aspek ketenteraan berhampiran di kalangan negara ini, iaitu Pearl Harbour di Hawaii. Maka sudah mestilah negara-negara hanya menurut sahaja kehendak negara Uncle Sam ini.
Selain itu, selepas resolusi oleh UN berlangsung yang menyaksikan pengiktarafan Donald Trump adalah tidak relevan oleh semua pemimpin dunia. Nikki Haley selaku duta A.S ke UN seolah-olah mahu menggertak negara yang diberi bantuan tahunan daripada A.S, namun itu tetap gagal dibendung oleh A.S setelah kuasa veto dunia yang lain memilih untuk tidak bersetuju dengan hasrat Trump.
Kesimpulannya, secara kasar boleh dilihat bahawa ini adalah satu kemenangan besar yang membabitkan moral bagi umat islam seluruh dunia. Namun pada penulis, pencabulan Israel terhadap Palestin tidak pernah akan berakhir selagi mana wujudnya kuasa besar dunia yang masih berdiri dibelakangnya. Walaubagaimanapun, berhati-hatilah dengan muslihat yang sedang dimainkan oleh negara kuasa besar ini. Wallahualam...

Monday, 11 December 2017

#BAJETTERENGGANU2018: INTIPATI BAJET 2018

PE-TUNJANG PERTAMA : Mengurangkan beban rakyat dalam menangani isu PENINGKATAN Kos Sara Hidup

1. Projek Infra Niaga – peruntukkan RM12.75 juta.

2. Program Perkahwinan Perdana TTB, Program Pasca Perkahwinan, Program Semarak Kasih dan Forum Perdana Cakna Keluarga – peruntukkan RM3 juta.

3. Bantuan RM1,000 bagi setiap ibu atau bapa tunggal yang akan berkahwin – peruntukkan RM1 juta.

4. Program Jayadiri 2018 – peruntukkan RM2 juta – manfaat kepada 500 orang usahawan.

5. Program Saguhati Kelahiran Anak Terengganu – peruntukkan RM1 juta.

6. Program Membantu Rakyat (PMR) – kad subsidi bagi pembelian barangan keperluan asas di T-Mart dan kedai-kedai terpilih – peruntukkan RM2.64 juta.

7. Skim Dana Usahawan (SDU) – peruntukkan RM2 juta

8. Skim Pembiayaan Food Truck – pinjaman maksima RM75,000 – 135 orang usahawan

9. Syarat kelayakan untuk pendapatan bagi mereka yang layak menerima Dana Raya Aidilfitri akan dinaikkan daripada RM2,500 kepada RM3,000 manakala bagi Dana Bakti Remaja dinaikkan daripada RM1,500 ke bawah kepada RM2,000 ke bawah.

10. Program Pemeriksaan Mamogram dan Pap Smear Percuma – peruntukan RM500,000.

11. Sebanyak RM5 juta diperuntukkan kepada Sekretariat Tabung Darul Iman.

12. Kerajaan Negeri dengan ini mengumumkan bayaran khas one-off sebanyak RM1,500 kepada 1,326 orang yang terdiri daripada 1,260 Imam dan Bilal Masjid Mukim serta 66 Imam dan Bilal Mubaligh. Jumlah peruntukan sebanyak RM1.99 juta.

13. Selain itu, sebanyak RM1,500 ringgit juga akan diberikan kepada Guru Pintar Quran. Cadangan ini bakal memberi manfaat kepada 1,701 orang Guru Pintar Quran dengan peruntukan sebanyak RM2.55 juta.

14. Takaful Khairat Kematian kepada semua penerima e-kasih serta Imam dan Bilal yang melibatkan peruntukan RM188,000.

15. Bantuan one-off sebanyak RM500 kepada 234 orang jurumandi dan 163 orang pembantu jurumandi jenazah melibatkan peruntukkan RM198,500.

16. Pembangunan bekalan air dan program pengurangan Non Revenue Water (NRW) – RM47.88 juta

17. Bekalan air percuma 20 meter padu sebulan – peruntukkan RM6.3 juta – manfaat 100,000 buah kediaman.

18. Kad Generasi Terengganu (Kad Gen-T) – peruntukkan RM400,000

19. Klinik Bergerak atau Mobile Clinic – peruntukkan RM500,000 – diselia oleh Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS).

20. Peruntukan RM250,000 untuk membina tukun tiruan.

21. Program Peningkatan Ekonomi, Bimbingan Perundangan, Program Pemantapan Keluarga Tunggal dan Sokongan Sosial, dan Program Kesedaran Penjagaan Kesihatan – peruntukkan RM1 juta.

22. Bantuan one-off RM500 kepada semua Pemandu Teksi yang aktif dan berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).

23. Bantuan bulanan RM200 sebulan kepada penarik beca serta pengusaha bot penambang.

24. Bantuan one-off RM500 kepada pemandu bas henti-henti.

PE-TUNJANG KEDUA : Meningkatkan Penawaran dan Pengwujudan Peluang PEKERJAAN

25. Mewujudkan satu sistem online yang dinamakan JobsTTB.

Memperkenalkan Terengganu Graduate Transformation Programme (TGTP)
TGTP ditempatkan di syarikat-syarikat milik Kerajaan Negeri -275 graduan disember 2017.
RM 10 juta memberi manfaat kepada 1,600 graduan (TGTP)
26. Entry Point Project (EPP) – dilaksanakan pada tahun

Projek Pengeluaran Sarung Tangan Nitrile Butadiene Rubber (NBR)- RM970 juta Kerteh Bio Polymer Park
Projek Tanaman Jagung Untuk Makanan Ternakan – RM27 juta – 500 hektar 2017, kini 214 ekar di Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman.
Projek Pengeluaran Baja Bio (Tandan Kelapa Sawi)t – RM 28 juta (Setiu)
Projek Pengeluaran Gas Bio Methane jana tenaga elektrik – RM14 juta (Kemaman) sedang berjalan
4 EPP ini memberi 4,310 peluang pekerjaan

27. Terengganu bergerak membangunkan ekonomi digital yang inovatif dijangka melebihi 20% kepada KDNK Negara 2020.

Hab Digital Terengganu

Hub Digital Kuala Terengganu sebagai Program Memperkasa Bandar Keusahawanan Lautan Biru (Blue Ocean Entrepreneur Township) atau BOETs.
Menjadi hab kreativiti dan inovasi kepada kelompok usahawan muda Terengganu
Co Working Space (dengan izin), pelaksanaan program start up dan Entrepreneur Grooming
2 fasa, keluasan lantai seluas lebih 200 ribu kaki persegi di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu. – Peruntukan RM 12 juta
Perniagaan secara talian melalui Program E-Usahawan dan E-Dagang – memberi peluang 525 usahawan.
28. Taman Teknologi Terengganu (TTT) – Kg. Telaga Papan, Daerah Setiu.

TTT akan menjadi Regional Growth Digital Centre di Pantai Timur yang memberi keutamaan kepada Industri Kandungan, Komunikasi, Infrastruktur & Teknologi Baharu.
RM 20 juta memberi 10 ribu peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.
29. Program MySuria

Peruntukan RM 45 juta – untuk B40 untuk projek pemasangan Panel Solar ke atas 1,600 buah rumah kelompok B40.
200 orang peserta telah dikenalpasti untuk mengikuti program Fasa Pertama.
30. Program Transformasi Belia Niaga (TBN)

RM 1.2 juta diperuntukkan kepada YPU, sasaran 100 usahawan belia.
RM 10 ribu setiap seorang selepas tamat latihan keusahawanan NBOS TNB
31. Home Manager

Sejak 2015, seramai 113 Pengurus Kediaman (Home Manager) sehingga kini
2018 – perutukan RM1 juta untuk 150 Pengurus Kediaman baru
PE-TUNJANG KETIGA : Mengisi Keperluan PERUMAHAN Rakyat

32. Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) di Kemaman, Besut dan Setiu – peruntukkan RM13 juta

33. Program Perumahan Terengganuku Sayang (PPTS) – peruntukkan RM32 juta.

34. 800 unit rumah Program My Terengganu Beautiful New Home (MyTBNHome) – RM40,000 seunit – peruntukkan RM32 juta

35. 50 unit rumah Program My Beautiful New Home (MyBNHome) di Kampung Mak Kemas, Bukit Payung, Marang – peruntukkan RM2 juta.

36. Tambahan 2,538 unit PPA1M dan 3,085 unit RMM di seluruh Negeri – peruntukkan RM400 juta.

37. Tabung Perumahan – pinjaman tanpa faedah maksima RM40,000 – peruntukkan RM30 juta

38. Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (Tapak Rumah) – 5,939 lot tanah untuk diagihkan.

PE-TUNJANG KEEMPAT : Mendukung PEMBANGUNAN yang bersifat inklusif dan berpaksikan rakyat (rakyat – centric)

39. Program V-Class (Virtual Class) – peruntukkan RM300,000 – manfaat kepada 50 ribu pelajar

40. Peruntukan one-off RM2,000 kepada setiap PIBG – peruntukkan RM1.01 juta

41. Program Penarafan Bintang PIBG (Star Rating) – peruntukkan RM50,000

42. Program Memperkasa Persatuan Belia (PMPB) – RM5,000 setiap persatuan belia – peruntukkan RM2.25 juta

43. Penarafan Bintang (Star Rating) persatuan belia – peruntukkan RM50,000

44. Pembinaan sebuah Pusat Aktiviti Warga Emas Negeri Terengganu – peruntukkan RM6 juta – manfaat kepada 4 ribu orang warga emas.

45. Peruntukkan RM126,000 bagi menyediakan bantuan seperti peralatan keselamatan kebakaran kepada pusat-pusat tahfiz yang berdaftar di Negeri Terengganu.

46. Program Pembelajaran Ilmu Tajwid dan Taranum – peruntukkan awal RM140,000

47. Program Pintar Quran diteruskan – peruntukkan RM1 juta.

48. Penubuhan Yayasan Tok Ku Paloh – peruntukkan RM1 juta melalui sumbangan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC).

49. Bantuan pengurusan one-off RM5,000 setiap J3K – peruntukkan RM5.27 juta

50. Kursus keselamatan pemandu bot di Tasik Kenyir – peruntukkan RM100,000

51. Fun Run, Fun Ride dan Senamrobik di setiap daerah – peruntukkan RM500,000

52. Peruntukkan RM8.7 juta untuk persediaan Sukan Malaysia (SUKMA)

53. Anugerah Kecemerlangan Sukan – peruntukkan RM1 juta

54. Pembinaan Asrama Atlet Majlis Sukan Negeri Terengganu – kos RM100 juta

55. Membaiki dan menaiktaraf semua gelanggang futsal – peruntukkan RM2 juta.

56. Peruntukkan pendidikan RM5 juta – kelas bimbingan, tutorial dan akademik serta motivasi, program celik jawi.

57. Pemberian hadiah galakan RM500 Skim SSPN-i kepada pelajar cemerlang UPSR, PT3, SPM, STPM dan STAM.

58. Peruntukkan RM80 juta bagi meningkatkan lagi sektor pelancongan. Daripada jumlah itu, RM54.5 juta untuk pembangunan Tasik Kenyir sebagai Zon Bebas Cukai dan destinasi Eko-Pelancongan.

59. Peruntukkan RM50 juta bagi kerja-kerja kebersihan di seluruh Negeri Terengganu.

60. Penubuhan tiga (3) buah Pusat Hemodialisis di Marang, Hulu Terengganu dan Kuala Nerus – peruntukkan RM6 juta – manfaat hampir 1,000 pesakit setahun.

61. Perkhidmatan MyBAS KT – meningkatkan sistem pengangkutan awam di kawasan-kawasan berkepadatan tinggi

62. Bandaraya Kuala Terengganu Bandar Selamat – peruntukkan RM2 juta tambah bilangan dan menyelenggara CCTV

63. Program Saya Anak Terengganu Taklif, Program Ingat Sebelum Terkena dan Program Peningkatan Potensi Diri – peruntukkan RM500,000

64. Memperluaskan liputan capaian Terengganu Wi-Fi ke Dungun dan Kemaman – peruntukkan RM5 juta.

65. Peruntukkan sektor pertanian RM23.77 juta

66. Projek Terengganu Golden Corn (TGC) – peruntukkan RM500,000

67. Program-program Transformasi Pertanian Terengganu (TPT) – peruntukkan RM2 juta

68. Peruntukkan RM500,000 kepada pengusaha madu

69. Pembelian boya bagi mengelakkan houseboat memasuki kawasan ternakan ikan di Sungai Como dan Pantai Ali – RM50,000

70. Pembelian peralatan menangkap ikan – RM800,000

71. Peruntukkan atasi masalah muara sungai dan pelabuhan perikanan yang cetek – RM500,000

72. Sistem MySPP diperkanalkan – sistem atas talian bagi memudahkan dan memendekkan masa bagi memproses permohonan projek pembangunan. Di bawah seliaan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Bahagian Pembangunan Maklumat Negeri (BPMN)

73. Bonus sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam Negeri – peruntukkan RM19.13 juta

74. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – peruntukkan RM1 juta

-https : //terengganu.news

#BAJETTERENGGANU2018: RM1.996 BILION DIPERUNTUKKAN

Kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM1.996 bilion untuk Bajet 2018 yang bertemakan ‘Masa Hadapan Yang Lestari’.
Pada pembentangan bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 itu, Terengganu mengganggarkan hasil sebanyak RM1.815 bilion sekali gus menjadikanya sebagai bajet defisit iaitu sebanyak 10 peratus (RM181 juta).
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bagi bajet tahun depan, kerajaan negeri mencadangkan peruntukan sebanyak RM1.996 bilion untuk perbelanjaan mengurus, diikuti RM823.43 juta untuk pembangunan dan RM3.77 juta untuk Kumpulan Wang Bekalan Air.
Katanya, daripada bajet berkenaan, pendapatan daripada kategori hasil cukai berjumlah RM66.42 juta, hasil bukan cukai pula RM203.93 juta dan terimaan bukan hasil sebanyak RM1.544 bilion.
Daripada jumlah tersebut, 84.95 peratus adalah daripada pemberian Kerajaan Pusat.
“Di bawah perbelanjaan mengurus, sebanyak RM94.6 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan tanggungan seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang dan sejumlah RM1.901 bilion ringgit untuk perbelanjaan bekalan.
“Sementara perbelanjaan bekalan pula berjumlah RM286.65 juta untuk emolumen, RM202.34 juta pula untuk perkhidmatan dan bekalan, aset (RM23.72 juta), pemberian dan kenaan bayaran tetap (RM1.387 bilion) termasuk caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan sebanyak 550 juta ringgit dan RM1.16 juta untuk lain-lain perbelanjaan,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2018 di Persidangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.
Ahmad Razif berkata, di bawah komponen pemberian dan kenaan bayaran tetap, sebanyak RM230 juta adalah bagi pemberian kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun, manakala  RM149.6 juta bagi pemberian kepada pelbagai agensi dan kumpulan wang.
Katanya, perbelanjaan bagi pemberian kepada pejabat daerah (RM29.97 juta), bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat pula (RM57.22 juta) dan pelbagai program di bawah kawalan Pejabat Setiausaha Kerajaan Vot B32 – Pelbagai Perkhidmatan (RM353.18 juta) dan belanja lain-lain (RM17.56 juta).
Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata, kepimpinan negara sebenarnya merangka dan menyusun segala dasar berpandukan kerangka Maqasid Syariah ini.
“Kerangka ini menyentuh tentang kepentingan menjaga kemaslahatan umat seperti keperluan-keperluan asas yang paling utama, kemudahan tertentu bagi mengelakkan kesukaran dan kesempitan serta keperluan lainnya yang menyumbang ke arah kesempurnaan hidup.
“Malaysia berjaya kerana kita bijaksana dalam mengutamakan yang utama dan matang dalam mengurus kehendak kelompok masyarakat yang pelbagai,”katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri berpendirian, Bajet Negeri 2018 juga haruslah memberi keutamaan kepada yang utama dan segera iaitu keperluan-keperluan dan kemudahan tertentu untuk rakyat, bagi mengurangkan bebanan dan yang menyumbang ke arah kesejahteraan kehidupan rakyat. -https://terengganu.news