Thursday, 22 December 2016

TINDAKAN LUCU OLEH JAMAL YUNOS PUNYA MESEJ TERSIRAT

     
Jamal Yunos dengan hanya berkemban, membuktikan
releven lagikah kerajaan PKR Selangor?

       1.“Jamal Yunos?? Tipulah kalau kau tak kenal dia tu siapa”. Namanya semakin disebut oleh segenap masyarakat kita pada hari ini dek kerana tindakannya yang tidak masuk akal. Contohnya, berkemban dengan tuala di hadapan bangunan SUK semalam. Berikutan masalah gangguan bekalan air di Negeri Selangor.


  2. Saban hari Jamal Yunos seolah-olah menyerahkan batang tengkuk sendiri untuk dijadikan bahan ejekan dan ‘troll’ oleh pengamal media di pihak dek kerana tindakan yang dilakukannya langsung tidak melambangkan sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar.


  3. Adakah Jamal Yunos tersentap atau berkecil hati dengan reaksi ‘netizen’ terhadap dirinya? Jawapannya tidak, kerana Jamal Yunos seolah-olah menjadikan ‘troll’ dan ejekan itu sebagai bahan baginya untuk meneruskan lagi aksinya.


  4. Sebagaimana yang sering dilakukan oleh Rafizi Ramli, bezanya ialah Jamal menjadi bahan lawak tetapi Rafizi bertindak seperti ‘whistleblower’ atau lebih terang lagi tukang timbulkan isu untuk dipolitikkan( walaupun  beberapa kali kantoi itu hanyalah FITNAH ).


 5. Dalam kita tidak sedar bahawa tindakan yang dilakukan oleh Jamal Yunos ini adalah merupakan satu mesej yang perlu difahami bahawa, kerajaan Negeri Selangor adalah GAGAL  dalam menguruskan bekalan air untuk disalurkan kepada rakyat.


 6. Memberi bekalan air yang percuma pada setiap bulan bukan penyelesaiannya. Sebaliknya bekalan air yang efisien dan berterusan itu yang rakyat Selangor mahukan. Tidak kisahlah waima isi air lombong sekalipun ke dalam tangki simpanan induk.


7. Tahukah kita bahawa apa yang dilakukan oleh Jamal Yunos ini mendapat ‘free publicty’? Ini asas ilmu publisiti. Baik atau buruk bukan menjadi persoalan kerana kita harus menilai pula bagaimana perkara yang menjadi publisiti dijadikan bahan cerita oleh pihak media dan wartawan.


 8. Lihat dan bandingkan bagaimana mereka menyampaikan sesuatu berita kepada kita.  Namun, setiap pengamal media ‘mainstream’ dan portal berita tetap mempunyai agenda dan cara yang tersendiri dalam menyampaikan maklumat. Ini bagi memastikan KPI bulanan mereka tidak merosot.


  9. Tindakan yang berkaitan untuk mendapatkan publisiti percuma ini sama sahaja,  seperti aksi-aksi melawan mana-mana kumpulan. Tujuannya adalah, mahu menunjukkan rasa tidak puas hati kepada penguasa secara ‘automatik’ berjaya menarik perhatian pengamal media dan tentu sekali ia berjaya.


 10.Tak percaya ke? Sebelum Anis Syafiqah berjaya mengajurkan Perhimpunan Tangkap MO1 pada Ogos lalu. Adakah kita kenal yang dia itu siapa? Cuba bandingkan LIKE dan SHARE di Facebook nya sewaktu sebelum Perhimpunan Tangkap MO1 diadakan dan selepas perhimpunan tersebut sehingga dihukum gantung oleh pihak pentadbiran Universiti Malaya.


11.Itu adalah contoh yang terbaik mengenai kesan apabila pelaku berjaya mendapatkan publisiti percuma.


12.“Publicity is a great purifier because it sets in action the forces of public opinion, and in this country public opinion controls the courses of the nation”. - Charles Evans Hughes