Thursday, 8 December 2016

DEMI KUASA PRINSIP 22 TAHUN DIKORBANKAN TUN M.


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengorbankan prinsip-prinsip yang dipegang teguh selama lebih 22 tahun apabila memilih untuk bersama-sama dengan pembangkang. Tindakan itu memperlihatkan sisi bekas pemimpin negara itu yang hanya berjuang untuk sesuatu kepentingan dalam berpolitik.

Dr Mahathir telah mengenepikan pegangannya yang terdahulu. Sedangkan pembangkang itulah yang mengkritik hebat setiap dasar-dasar yang beliau laksanakan semasa memimpin negara. 

Tetapi sekarang Dr Mahathir mampu duduk semeja di dalam majlis-majlis anjuran DAP yang terkenal sebagai musuh beliau sebelum ini semata-mata mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Barisan Nasional, yang telah dipilih oleh rakyat secara demokrasi.

Dr Mahathir yang merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dilihat duduk di pentas bersama barisan kepimpinan DAP, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, dan presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.

Tindakan demi tindakan yang dilakukan dilihat seolah-olah terdesak untuk menaikkan Perdana Menteri yang akan dipilihnya sendiri. Walaupun melanggar prinsip dalam demokrasi, itu tidak menjadi persoalan kepada Dr Mahathir kerana selagi mana DS Najib tidak diturunkan selagi itulah beliau akan menyerang kepimpinan DS Najib termasuk isterinya DS Rosmah.

Apa dilakukan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawa suara dan pandangan beliau masih relevan biarpun zaman kepimpinannya telahpun berlalu. 


Walaubagaimanapun, akibat malu dengan kejayaan mendiang Kee Kuan Yew yang menjadikan Lee Hsien Loong sebagai penggantinya di Singapura. Maka, Dr Mahathir juga ingin melakukan perkara sama dengan menaikkan nama Mukhriz sebagai penggantinya sebagai Perdana Menteri.