Monday, 7 November 2016

IBU TUNGGAL KESAL KENYATAAN MEDIANYA DI PUTAR BELIT NETIZEN!!


Nora Danish mendakwa ada pihak “memutar belit” kenyataannya berhubung saranan pelepasan cukai untuk penggiat seni.

Kecewa dipertikaikan orang ramai susulan kenyataannya di sebuah akhbar, pelakon itu juga menegaskan beliau seorang yang patuh membayar cukai.

“Isu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tidak buat salah pun kena marah. Ini mesti ada yang putar belit penyampaian Nora.

“Tidak apa, saya dalam perjalanan pulang ke Malaysia, Nora akan periksa siapa yang cuba sensasikan berita ini,” kata pelakon filem Gudang Kubur di Instagramnya.

Beliau juga memuatkan beberapa hashtag atau kumpulan kata kunci, termasuklah #haruslahbayarcukai dan #sayabayarcukai.

Dalam wawancaranya di Utusan Malaysia, Nora dilaporkan mencadangkan LHDN memberikan pelepasan cukai bagi menampung kos “penampilan diri” untuk selebriti dan artis.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak disenangi pengguna internet apabila berita ini menjadi viral. Beberapa blog membuat tanggapan seolah-olah golongan artis boleh mengelak cukai.