Tuesday, 29 November 2016

TANAH RIZAB ORANG ASLI KELANTAN PERLU DIWARTAKAN- KU LI

Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan kerajaan Kelantan mewartakan sebahagian daripada tanah yang digunakan Orang Asli di kawasan parlimennya untuk masyarakat itu.

Beliau berkata ketika ini masalah timbul kerana Orang Asli menganggap kawasan yang didiami mereka adalah tanah tradisi milik mereka.

"Orang Asli bergantung kepada kawasannya dan anggap ia adalah tanah tadisi milik mereka. Tapi mereka tidak sedar di Kelantan tidak ada tanah rizab Orang Asli, tidak seperti di Perak, Negeri Sembilan dan Pahang.

"Saya sanggup campur tangan berunding dengan kerajaan negeri... kalau boleh sebahagian tanah yang diguna (Orang Asli) dirizab agar ia tidak dicerobohi oleh sesiapa termasuk pembalak kerana ada tanah yang luas lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk Visi Tunku Abdul Rahman untuk Keamanan dan Kemakmuran di Universiti Sains Malaysia di George Town hari ini.

Tengku Razaleigh mengulas insiden sekumpulan Orang Asli yang menyekat laluan lori balak di Pos Gob, Gua Musang baru-baru ini kerana mendakwa kampung mereka diceroboh dengan kegiatan pembalakan hingga menjejaskan kehidupan dan sumber pendapatan mereka.

Beliau berkata ia bukan hanya soal pencerobohan malah aktiviti pembalakan di kawasan itu juga mengancam kehidupan Orang Asli kerana ia menyebabkan punca air tercemar dan hidupan sungai juga banyak yang mati akibat air yang terlalu kotor.

"Air mereka walaupun sudah dimasak tetap tidak boleh diminum, kasihan mereka. Kita sudah cuba tanam paip sedalam 300 kaki, tapi tidak ada air sebab ia terletak di kawasan bukit.

"Sebab itu mereka buat sekatan kerana marah dan tidak boleh nak salahkan mereka sebab nak jaga kehidupan. Kedua-dua pihak kena faham soal ini dan berunding," katanya. - Bernama

16 ORG ASLI DITANGKAP DI GUA MUSANG


Bukan di Rohingya, tapi di Gua Musang Kelantan.

Kemaskini Terkini Blockade 1:50pm: Orang Asli vs Kerajaan Negeri Kelantan

Sehingga kini, 16 Orang aktivis Orang Asli telah ditahan PGA.

Senari ditahan:

1. Azmi bin Badul
2. Ayel bin Ajib
3. Majid bin Along
4. Yusman bin Andok
5. Alang bin Along
6. Arif bin Pandak
7. Angah bin Tegau
8. Radi bin Uda
9. Manglo bin tegau
10. Jamil bin Gabon
11. Johari bin Alang
12. Saharom bin Mohamad
13. Bahari a/l Angah
14. Ismadi bin Adek
15. Malik bin Along
16. Rais bin Sudin

Senarai akan dikemaskini.

POLIS, PJBT HUTAN, FRU VS ORG ASLI GUA MUSANG

Demi BALAK, 52% balak Kelantan daripada tempat bantahan orang asli Kelantan. Tauke balak kata 5 hari tidak operasi rugi RM50 juta!

Kerajaan Negeri dijangka mengaut Keuntungan daripada Hasil Hutan sebanyak RM177.20 JUTA daripada buku Bajet 2017, sumber income paling banyak kerajaan Negeri.

Demi DUIT, rakyat dan orang asli sanggup diketepikan??

3 Kawasan Orang Asli buat sekatan membabitkan Kawasan;

i. Hutan Simpan Balah - Hutan simpan kedua terluas di Kelantan

ii. Hutan Simpan Perias - Hutan simpan paling luas di Kelantan

iii. Hutan Simpan Stong Selatan.

Ringkasan Pertemuan Dengan Kerajaan Negeri dan PAS;

i. Dato Timbalan Menteri Besar waktu berjumpa Orang Asli awal November 2016 lalu kata akan TURUN berunding di kawasan Blockade, nampaknya POLIS dan BLACK MARIA yang turun.

ii. Dato Menteri Besar pula, juga kata ingin berunding, tapi yang diajak mereka Penghulu-Penghulu lantikan politik, orang asli yang dapat kontrak dengan ladang rakyat. Siap orang asli (pro kerajaan) serah memorandum Sokong Kerajaan Negeri (sokong pembalakan, ladang hutan)

iii. Pemuda Pas Kelantan sebelum ini masuk bulan Oktober, berjumpa di Blockade mengatakan pada orang Asli wakil Kerajaan Negeri akan masuk berunding dengan mereka.

Janji tinggal janji, harini berpuluh puluh anggota berpakaian lengkap akan masuk serbu, buka sekatan, angkut orang asli yang juga rakyat Kelantan ic 03?

Dimanakah nilai ISLAM yang diperjuangkan oleh PAS? Apabila benda asas berkaitan perundingan pun tidak boleh ditepati.

Tiada Ehsankan PAS Dan Kerajaan Negeri Kelantan?

~ Orang Asli membuat bantahan sebab ingin melindungi hutan semulajadi mereka, mahu Kerajaan Negeri berikan Tanah Adat mereka, sebab kegiatan pembalakan jelas menjejaskan sumber rezeki mereka.

Viralkan, doakan orang asli selamat dan pasukan yang ingin mengangkut orang asli ini digagalkan. Amen

#BantuOrgAsli
#SaveOurForest
#LawanPembalakan
#BalakKelantan

Monday, 28 November 2016

PAS GERGASI POLITIK DI MALAYSIA?



Satu ketika dahulu, sejak 1955, PAS adalah gergasi politik di pihak pembangkang.

PAS yang lebih banyak jadi Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat berbanding DAP dan PKR.

Kali terakhir PAS jadi Ketua Pembangkang adalah pada penggal 1999-2004, selepas itu sudah tiga penggal DAP dan PKR mendominasi PAS.

PAS hanya kekal sebagai kerajaan negeri Kelantan. Manakala DAP kuasai Penang. DAP dan PKR bersama sama kuasai kerajaan negeri Selangor.

Biarpun PAS banyak kerusi dalam DUN Selangor. Namun yang lebih dianggap "abang besar" di Selangor adalah DAP. ADUN PAS hanyalah ADUN kelas keempat selepas ADUN DAP, PKR dan PAN.

Dulu PAS ada "group Anwarinas" dan profesional di samping kumpulan ulama. Sejak tertubuhnya PAN, hanya tinggal ulama dalam PAS. Geng Anwarinas dan profesional sudah masuk PAN. Malah PAS juga hilang 6 kerusi parlimen kepada PAN.

Agenda DAP untuk memecah belah Melayu sudah berjaya. Dulu Melayu berpecah pada dua parti sahaja iaitu PAS dan UMNO. Sejak ada PKR, ada Melayu masuk PKR juga. Sudah terpecah tiga.

Dengan tertubuhnya PAN yang ditaja oleh DAP, orang Melayu berpecah kepada empat parti. Mahathir dan Muhyiddin pula dengan agenda peribadi dan kroni mereka menubuhkan PPBM, atau lebih dikenali sebagai parti bunga.

Wujudnya parti bunga ini memecahkan lagi Melayu kepada lima parti. Baru baru ini, Ibrahim Ali pula memaklumkan bahawa Perkasa juga berminat untuk tanding 50 kerusi parlimen dalam PRU14.

Dengan pengumuman Ibrahim Ali itu Melayu pecah pada enam parti. Ada juga Melayu yang masuk DAP seperti Dyana, Rara, Melati, Ahli Parlimen Bukit Bendera dan Ahli Parlimen Raub.

Melayu sudah terpecah kepada tujuh parti dengan mengambil kira Melayu yang masuk DAP itu. Melayu dari parti dominan Melayu yang mana masuk ke parti parti serpihan ini? UMNO atau PAS?

Yang menyusut paling ramai adalah dari PAS. Hilang 6 kerusi parlimen dan beberapa ADUN yang terus terang nyatakan sokongan pada PAN.

Parti bunga yang diasas oleh Mahathir hanya pergi dengan 1 kerusi parlimen Pagoh sahaja. Itu pun pendaftaran parti bunga hanya berjaya capai 15,000 keahlian sahaja di seluruh negara. Jauh dari sasaran awal 6 juta ahli seperti yang pernah disebut Khairuddin.

Kumpulan Melayu mana yang banyak masuk parti bunga? Bukannya ahli UMNO tetapi banyaknya adalah dari Perkasa dan PAS. 

Di Malaysia, dengan populasi rakyat sejumlah 30 juta orang, Melayu hanyalah 56% (16.8 juta) dari populasi. 12% adalah bumiputera Sabah dan Sarawak.

Dengan terpecahnya Melayu kepada 7 kelompok parti. Keahlian UMNO kini adalah 3.8 juta orang. Tidak menyusut tapi bertambah lagi keahlian baru.

Hampir 25% daripada orang Melayu di Malaysia adalah ahli UMNO.

Jika satu keluarga ada suami, isteri dan dua orang anak. Maka jumlah keluarga ahli UMNO adalah sejumlah (3.8 juta x 2 orang anak yang belum layak mengundi ) 7.6 juta orang Melayu. Ini bermakna 45% daripada keluarga orang Melayu di Malaysia adalah orang UMNO.

Pada 3 Jun 2016, Takiyuddin Hassan mengakui keahlian PAS merosot 20% kepada hanya 800,000 orang ahli.

800,000 orang ahli PAS bermakna hanya sejumlah 4.7% sahaja dari jumlah Melayu di Malaysia.

UMNO dengan 3.8 juta ahli sudah ada 23% sokongan Melayu, PAS  4.7% sokongan Melayu. PAN ada dalam 200,000 orang serpihan dari ahli PAS, 1.1%. Parti bunga hanya 15,000 ahli atau hanya  0.09%.

Pada 29 Disember 2015, SPR mendedahkan bahawa ada lagi 8.9 juta Melayu yang cukup umur belum daftar mengundi. Mereka yang belum daftar ini sudah mewakili hampir 52% jumlah orang Melayu di Malaysia.

a) UMNO  23%
b) PAS      4.7%
c) PAN      1.1%
d) PPBM   0.09%
e) Tidak Daftar 52%
Jumlah      80.89%

Ada lagi 19.11% Melayu yang mungkin bersama PKR, DAP dan Perkasa atau tidak berpihak pada mana mana parti.

DAP menguasai hampir 95% (3.9 juta orang) daripada hanya 25% populasi Cina di Malaysia (4.2 juta) dalam PRU14.

DAP mendapat sokongan daripada masyarakat Cina dan mereka menjadi ketua kepada pembangkang dan bukan lagi PAS. Lihat pecahan anggaran sokongan ini dalam pakatan pembangkang.

a) DAP  3.9 juta pengundi Cina (95%)
b) PAS hanya 4.7% pengundi Melayu
d) PAN hanya 1.1% pengundi Melayu
c) PPBM hanya 0.09 pengundi Melayu
d) PKR mendapat undi dari Melayu, Cina dan India (dianggar 2% undi Melayu)

Ini sebabnya PAS bukan lagi gergasi politik dalam pembangkang. DAP yang jadi penentu. DAP telah berjaya pecahkan Melayu dalam pembangkang.

Biarpun hanya 25%, DAP telah berjaya kuasai kaum majoriti di Malaysia dalam pembangkang.

Orang Melayu dalam pembangkang tidak boleh berharap apa apa jika DAP yang menjadi ketua.

Sudah dilihat apa nasib Melayu di Pulau Pinang bila DAP berkuasa. Melayu hanya diguna untuk lulus RUU Babi.

DAP hanya mahu pergunakan Melayu sahaja. Guna untuk mendapat kuasa. Lepas dapat kuasa, Melayu jadi mangsa.

Gergasi politik Melayu yang politik diharap untuk membela agama, bangsa dan negara sekarang adalah UMNO. Setelah PAS pecah, DAP sekarang yang kuasai Melayu di pihak pembangkang. Berhentilah jadi barua kepada DAP.

Friday, 25 November 2016

DENDA RM 3000, PENJARA 2 TAHUN JIKA PONTENG SOLAT JUMAAT DI TERENGGANU

YB Ghazali Taib
Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam telah meluluskan Pindaan Rang Undang-Undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 dibawah Seksyen 16 (Tidak Menunaikan Sembahyang Jumaat) yang membawa hukuman maksimum denda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 2 tahun atau kedua-duanya sekali terhadap lelaki Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat berkuat kuasa dalam tempoh terdekat.
Pengerusi Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, pindaan ini memperlihatkan keprihatinan dan kesungguhan kerajaan negeri dalam memperkasa dan memartabatkan Mahkamah Syariah di negeri ini.
Hukuman ini yang disokong sebulat suara termasuk wakil pembangkang menyaksikan peningkatan ketara iaitu sebelum ini denda RM1,000 dan penjara 6 bulan dikenakan kepada pesalah yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa keuzuran atau tanpa sebab munasabah.
Tambahnya enakmen ini dipinda bagi meningkatkan kesedaran rakyat beragama Islam mengenai kewajipan menunaikan solat Jumaat. – Sumber.

Thursday, 24 November 2016

PASANGAN BIADAB TARIK BAJU, KEPUNG PENGUATKUASA WANITA MBSA

Biadab, itulah perkataan yang sesuai untuk mengambarkan kelakuan sepasang lelaki dan wanita yang menghalang tugas pegawai penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) termasuk menarik pakaian dan mengepung pegawai tersebut.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku berhampiran Restoran Selera Kampung Subang, Sungai Buloh disebabkan pasangan tersebut tidak berpuas hati disaman pegawai penguatkuasa berkenaan.
Mohon diambil tindakan ke atas pelaku biadap ini

Melalui paparan video berdurasi 2 minit 10 saat, pasangan tersebut dilihat mengepung pegawai penguatkuasa wanita berkenaan, menarik baju, mengambil gambar dan cuba menyentuh tubuh.

Kelihatan seorang lelaki dipercayai orang awam cuba meleraikan kejadian itu sambil diperhatikan seorang pegawai penguatkuasaan yang lain.

Monday, 21 November 2016

RINGKASAN PEMBENTANGAN BAJET TERENGGANU 2017 #BajetTerengganu2017



*#Bajet2017 Terengganu*

*BAJET TERENGGANU 2017 : PROJEK DAN PROGRAM PENDIDIKAN*

RM 42.6 Juta Untuk Pendidikan Negeri Terengganu Membangunkan ,Odal Insan Sebagai Pelaburan Jangka Panjang  Serta Memperkasakan Pendidikan

RM 150 ribu - Road show karnival kerjaya dan program softskills

RM 50 ribu - Latihan kemahiran kepada pelajar OKU


*#Bajet2017 TERENGGANU*

BAJET TERENGGANU 2017 : BANTUAN PERSEKOLAH, BANTUAN HARI RAYA,

Kerajaan negeri meneruskan bantuan persekolahan dan bantuan hari raya dengan terma dan syarat yang ditetapkan

*Bantuan Persekolahan*

Bantuan RM 100 seorang kepada pelajar keluarga miskin berpendapat kurang RM 2500 (penambahan daripada RM 2000)

Maksima 2 pelajar dalam 1 keluarga

RM 10 juta peruntukan dengan 100,000 pelajar mendapat manfaat

*Dana Bakti Remaja*

RM 20 Juta - Manfaat kepada 100,000 belia

*PEMBANGUNAN BELIA & SUKAN*

RM 5 RIBU - KEPADA PERSATUAN BELIA AKTIF - MANFAAT 431 PERSATUAN AKTIF


*#Bajet2017 TERENGGANU*

*BAJET TERENGGANU 2017 : PEMBANGUNAN KELUARGA DAN MASYARAKAT*

MEMPERKASAKAN PEMBANGUNAN  MODAL INSAN PROGRAM KELUARGA BAHAGIA SEBAGAI PELABURAN JANGKA PANJANG

RM 1.2 JUTA - MANFAAT 4 RIBU PASANGAN

RM 16 JUTA - PEMBINAAN  7 BUAH MASJID BAHARU  DI 6 DAERAH

RM 200 RIBU - KEMPEN PROGRAM SOLAT SUBUH BERJEMAAH DAN SOLAT SUNAT DHUHA

RM 5 RIBU - BANTUAN ONE OFF PENGURUSAN J3K, MANFAAT UNTUK 991 J3K

#bajetterengganu2017
#bersamamelangkahkehadapan
#pelancongan #visitterengganu #beautifulterengganu



*#Bajet2017 TERENGGANU*

*BAJET TERENGGANU 2017 : PEKERJAAN*

RM 150 RIBU - KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK BESERTA PEMBERIAN START UP KIT

RM 400 RIBU - INOVASI PROGRAM PEMBANGUNAN PRODUK (PEMBUNGKUSAN & PELEBELAN)

RM 3 JUTA - PEMBINAAN RUANG-RUANG PERNIGAAN

RM 3 JUTA - KEMUDAHAN SKIM DANA USAHAWAN

RM 3.36 JUTA - MEWUJUDKAN PROGRAM TRANSFORMASI GERAI DESA SELURUH TERENGGANU

RM 1 JUTA - PENGUKUHAN PROGRAM USAHAWAN GRADUAN  TERENGGANU (FUGT)

RM  1.6 JUTA - LATIHAN & PROGRAM KEUSAHAWAN MELAHIRKAN GOLONGAN MAHIR DALAM KRAF


*#Bajet2017 TERENGGANU*

*BAJET TERENGGANU 2017 : MENGATASI MASALAH BANJIR*

RM 35.9 JUTA - MENANGANI MASALAH BANJIR

RM 70 JUTA - PROJEK PENYUSUNAN SEMUA PEMBANGUNAN MUARA SUNGA TERENGGANU

*#Bajet2017 TERENGGANU*

*BAJET TERENGGANU 2017 : iNFRASTRUKTUR & KEMUDAHAN AWAM *

RM 118.2 JUTA - MENAIKTARAF LALUAN FT3 JALAN KUALA TERENGGANU KE KUANTAN

JAMBATAN PULAU SEKATI & JAMBATAN ANGKAT - BEROPERASI 2017

MENAIKTARAF TERMINAL BAS MBKT - STRUKTUR BANGUNAN DAN LOT-LOT KOMERSIAL YANG SEDIA ADA

PERLAKSANAAN 'MY BUS MELALUI TRANSFORMASI BAS HENTI-HENTI (SBST) - MELIBATKAN 14 LALUAN DAN 27 BUAH BAS


*BAJET TERENGGANU 2017 : PERUMAHAN*

SYARAT KELAYAKAN PEMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK - RM 3 RIBU KEPADA RM 3,500

MEWUJUDKAN TABUNG PERUMAHAN MAMPU MILIK

PENGENALAN KAEDAH PEMILIKAN KONSEP SEWA DAHULU - BAYARAN SEWA BULANAN SEBAGAI DEPOSIT

42,094 UNIT RUMAH - 14, 225 UNIT RUMAH TELAH SIAP


*#Bajet2017 TERENGGANU*

*BAJET TERENGGANU 2017 : KESIHATAN*

RM 1 JUTA - KEMPEN KESEDARAN BASMI DENGGI DAN ZIKA

RM 6 JUTA - MEMBINA 3 PUSAT HEMODIALISIS - MANFAAT SERAMAI 3,000 ORANG

MEWUJUDKAN PUSAT PERLINDUNGAN GELANDANGAN DAN ORANG KURANG WARAS

PENUBUHAN PUSAT WARGA EMAS

TERUS TUKAR BAUCER (TTB) - SETIAP BULAN KEPADA PENERIMAAN JKM & MAIDAM

TABUNG DARUL IMAN - BANTUAN RAKYAT YANG MENGALAMI MUSIBAH  DAN MEMERLUKAN BANTUAN PERUBATAN



*#Bajet2017 TERENGGANU*

*BAJET TERENGGANU 2017 : PERTANIAN*


RM 4.65 JUTA BAGI PROJEK PERTANIAN YANG BERBENTUK ‘PEOPLE CENTRIC’ & RM500,000 PEMBEKALAN PERALATAN SARANG UNTUK PENGUSAHA  MADU LEBAH DAN KELULUT

*#Bajet2017 TERENGGANU*

*BAJET TERENGGANU 2017 : PELANCONGAN*


RM 80 JUTA DIPERUNTUKKAN BAGI MEMPERKASA SEKTOR PELANCONGAN


#bajetterengganu2017

#bersamamelangkahkehadapan
#pelancongan #visitterengganu #beautifulterengganu

Monday, 14 November 2016

CAJ HOSPITAL KERAJAAN NAIK 50%?


Serius, tajuk muka depan KOSMO hari ni bikin orang ramai panik. Hasrat editor untuk meningkatkan hit mereka berjaya dengan cemerlang.

Pertama sekali perlu difahami, Caj RM1 untuk pesakit Am dan RM5 untuk jumpa doktor Pakar adalah KEKAL. Kata mudahnya, Caj Pesakit Luar tidak berubah.

Kedua, Hospital dan Klinik Kerajaan tidak mengenakan sebarang caj untuk ubat-ubatan. Ini juga KEKAL. Maknanya, bayar RM1 atau RM5, ubat tetap diberikan berkepuk-kepuk sebagaimana biasa. KKM belanja RM2 billion setahun untuk beri ubat pecuma kepada rakyat.

Apa sebenarnya yang berlaku ialah KKM sedang kemaskini kadar caj pesakit warganegara berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) 1982 yang dicadangkan berkuatkuasa 1 Januari 2017. Harga ubat, peralatan perubatan dan khidmat doktor meningkat di seluruh dunia namun kadar caj pesakit tidak pernah disemak di Negara kita sejak 34 tahun lalu.

Pengemaskinian yang dicadangkan hanya melibatkan pesakit yang memilih untuk masuk ke wad Kelas 1 dan Kelas 2. Ya, mereka pilih sendiri untuk masuk ke wad kategori ini.

Pengemaskinian di wad Kelas 1 akan melibatkan caj wad, rawatan, siasatan, ujian makmal dan pembedahan. Pengemaskinian Wad Kelas 2 pula hanya melibatkan caj wad sahaja. Kadar baru ini akan dimaklumkan setelah diputuskan.

Wad Kelas 3 langsung tidak terlibat dengan pengemaskinian ini. Kebiasaannya golongan kurang berkemampuan akan ditempatkan di wad ini.

Sebagai makluman, kadar caj wad semasa di Hospital Kerajaan adalah seperti berikut:

Kelas 1: RM30 - RM80 sehari (1 bilik seorang)
Kelas 2: RM20 sehari (Kongsi beberapa orang)
Kelas 3: RM3 sehari (Terbuka)

Jika dilihat dalam skop yang lebih besar, sebenarnya peratusan jumlah pesakit yang akan terlibat dengan kadar caj baru ini sangat kecil. Dan mereka yang akan terlibat ini adalah atas pilihan sendiri.

Dalam setahun, anggaran 2 juta pesakit diwadkan di Hospital Kerajaan. Anggaran pecahan mengikut wad seperti berikut:

Kelas 1: 16,000 orang  (0.8%)
Kelas 2: 16,000 orang (0.8%)
Kelas 3: 1,968,000 orang (98.4%)

Kesimpulannya, golongan kurang berkemampuan langsung tidak terkesan dengan pengemaskinian ini. Malah golongan ini akan mendapat manfaat yang besar kerana pengemaskinian ini akan membolehkan pendapatan yang diperoleh dari wad Kelas 1 dan 2 “dipindahkan” kepada mereka dalam bentuk ubat dan peralatan.

Moga sahabat memperoleh pencerahan awal.

*MOHD ZAIRI SAID*
*Pegawai Khas*
*Timb. Menteri Kesihatan*

Monday, 7 November 2016

IBU TUNGGAL KESAL KENYATAAN MEDIANYA DI PUTAR BELIT NETIZEN!!


Nora Danish mendakwa ada pihak “memutar belit” kenyataannya berhubung saranan pelepasan cukai untuk penggiat seni.

Kecewa dipertikaikan orang ramai susulan kenyataannya di sebuah akhbar, pelakon itu juga menegaskan beliau seorang yang patuh membayar cukai.

“Isu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tidak buat salah pun kena marah. Ini mesti ada yang putar belit penyampaian Nora.

“Tidak apa, saya dalam perjalanan pulang ke Malaysia, Nora akan periksa siapa yang cuba sensasikan berita ini,” kata pelakon filem Gudang Kubur di Instagramnya.

Beliau juga memuatkan beberapa hashtag atau kumpulan kata kunci, termasuklah #haruslahbayarcukai dan #sayabayarcukai.

Dalam wawancaranya di Utusan Malaysia, Nora dilaporkan mencadangkan LHDN memberikan pelepasan cukai bagi menampung kos “penampilan diri” untuk selebriti dan artis.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak disenangi pengguna internet apabila berita ini menjadi viral. Beberapa blog membuat tanggapan seolah-olah golongan artis boleh mengelak cukai.


TERUK!!! TUN M DIKECAM OLEH PERWAKILAN DAP PULAU PINANG


"Seorang budak lelaki melihat ular yang cedera dan membawanya pulang untuk merawatnya. Selepas ia pulih, ia mematuk kanak-kanak itu. Dalam keadaannya yang nazak, budak itu bertanya kepada ular itu mengapa ia mematuknya. Kerana saya ular. Ia adalah sifat semulajadi saya untuk mematuk orang,' ular itu menjawab," kata Shamsher

Shamsher berkata Dr Mahathir boleh menjadi subjek dalam perumpamaan tentang ular itu.

"Kenyataan paling kurang cerdik
yang pernah saya dengar (tentang Dr Mahathir) adalah 'musuh kepada musuh saya adalah kawan saya'.

"Mahathir bukanlah musuh kepada musuh saya. Beliau adalah musuh saya," katanya.

Shamsher turut menyoal veteran DAP sama ada mereka berasa malu apabila mereka berjabat tangan dengan Dr Mahathir.

"Kenapa beliau datang kepada DAP dan Bersih sekarang? Kerana beliau takut bahawa jika pembangkang menang (pilihan raya umum), kita akan mendedahkan segala-galanya.

"Ia seperti mahu menyelamatkan pelacur, tetapi beliau adalah bapa ayam yang menjadikan wanita itu sebagai pelacur," kata Shamsher.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa Shamsher untuk menarik balik kenyataan beliau mengenai rujukan "ular dan bapa ayam" yang beliau lakukan, yang mana beliau enggan melakukan pada permulaannya.

"Janganlah kita turun sehingga ke tahap itu ... Anggap ini adalah seperti dewan kuliah dan anda adalah pensyarah," kata Lim.

Shamsher kemudian telah menarik balik kenyataannya.

Tulisan asal oleh:
Christopher Tan, The Star Online, 6 November 2016

Link artikel asal:

http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/11/06/dr-m-is-like-a-pimp-and-a-snake/

Sunday, 6 November 2016

APA ITU 'FULL PAYING PATIENT' DI HOSPITAL KERAJAAN ?

1. Pilot perkhidmatan FPP ni dah lama di lakukan di H. Selayang dan H. Putrajaya. Sekarang ianya berkembang ke beberapa hospital.

2. Ianya melibatkan pesakit luar, dalam dan rawatan harian. Pesakit akan bayar perkhidmatan ini dan mereka berhak memilih siapa doktor yg mahu merawat dan mendapatkan perkhidmatan kelas pertama.

3. Perkhidmatan ini seakan2 “Private Wing” di Hospital university.

4. Mereka akan diberi kaunter khas, bilik khas, ward khas dan staf khas. Tidak ganggu ward kelas pertama dan perkhidmatan sediakala.

Tujuan :

1. Menambah baik perkhidmatan kesihatan kerajaan. Sesiapa yg berkemampuan tapi tidak mahu pergi ke private hospital, boleh dapatkan di hospital kerajaan. Dari segi kos, besar kemungkinan sedikit rendah dari private.

2. Menjaga kebajikan para doktor dan golongan sokongan terutama pakar untuk menambah pendapatan. Sebahagian bayaran akan diberi kepada mereka dan sebahagian akan masuk ke dalam perolehan.

3. Nisbah Pakar Kerajaan dan Swasta kini adalah 1 : 2. Demi utk menjaga kebajikan pakar, dari pergi ke private, perkhidmatan FPP mungkin dapat membantu.

4. Pesakit juga boleh memilih pakar dari private hospital untuk merawat di fasiliti kerajaan, jika mahu mengurangkan kos. Ini setakat yg saya tahu, apa pun saya akan verify kelak. Dengan kata lain, kalau dahulu private hospital “pancing” pakar dari kerajaan, kini vice versa.

5. Saya tak pasti kenapa surat ini diviralkan. Namun besar kemungkinan oleh agen2 insurance. Apapun, dengan adanya FPP, boleh membantu industri insurans.

#Kesimpulan

1. Ianya tidak mengganggu perkhidmatan sedia ada kini. Rakyat masih boleh mendapat rawatan ubat, konsultasi, CT, MRI, blood investigation dll dengan pakage RM 1.

2. Jika rakyat yg berkemampuan boleh pergi ke private hospital untuk membuat rawatan, kenapa tidak ke hospital kerajaan?

3. Boleh baca selanjutnya di sini :
http://hselayang.moh.gov.my/ms/menu-awam/2013-10-10-09-33-28/2013-09-26-02-56-11.html

4. Apa yg ditulis adalah dari pemahaman sy melalui bacaan2 yg sy perolehi. Kenyataan bahawa kerajaan seolah2 “Menswastakan” perkhidmatan kesihatan adalah tidak benar.

5. Ianya telah lama di amalkan di hospital university, cuma KKM baru menuju kearah tersebut. Walaupun begitu saya percaya, pihak hospital/ KKM dapat mengelakkan “abuse” perkhidmatan FPP ini.

6. Jika saya perolehi info yg terkini, saya akan update dari semasa ke semasa.

Harap dapat mengurangkan panic rakan2 sekalian.

Sekian.
sumber :fb dr aznil hisham.



Kenyataan Akhbar KPK

Perkhidmatan FPP adalah singkatan bagi perkhidmatan Full Paying Patient (FPP) atau Pesakit Bayar Penuh yang telah dimulakan pada tahun 2007. Objektif utama perkhidmatan ini adalah sebagai pakej retensi bagi Pegawai Perubatan Pakar KKM dan untuk mengurangkan penghijrahan mereka ke hospital swasta, di mana kekurangan Pegawai Perubatan Pakar di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sering menjejaskan pemberian perkhidmatan kepakaran dan subkepakaran di hospital KKM.

Adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan FPP ini bukanlah bermaksud penswastaan perkhidmatan penjagaan kesihatan di hospital-hospital kerajaan. Perkhidmatan penjagaan kesihatan sedia ada yang disubsidi kerajaan akan tetap diteruskan malah akan dimantapkan lagi melalui pelbagai teras transformasi sistem kesihatan oleh KKM. Bagi perkhidmatan perubatan bersubsidi tinggi ini, pesakit sememangnya dikenakan sedikit bayaran bersubsidi bergantung kepada kelas rawatan dan kemudahan yang disediakan kepada pesakit di mana caj ini adalah sangat rendah dan berpatutan kerana ianya masih terus disubsidi kerajaan.

Fokus perkhidmatan FPP ini adalah kepada rakyat yang berkemampuan untuk membayar kos penuh perubatan di mana mereka mempunyai pilihan untuk mendapatkan penjagaan rawatan kepakaran yang tinggi di hospital KKM yang terpilih. Ada juga pesakit yang di rujuk daripada hospital swasta ke hospital kerajaan kerana kelebihan kepakaran tertentu di hospital kerajaan, sedia untuk memilih skim FPP tanpa subsidi kerajaan. Antara kelebihan-kelebihan tertentu di bawah skim ini adalah seperti berikut:

Pesakit boleh memilih Pegawai Perubatan Pakar untuk merawatnya;Pesakit mendapat kemudahan giliran untuk mendapat rawatan daripada Pegawai Perubatan Pakar; danPesakit dalam boleh menikmati beberapa kemudahan di wad eksekutif, kelas satu atau yang setaraf.

Semua kemudahan yang akan diberi adalah bergantung kepada sumber, bidang kepakaran dan fasiliti sedia ada. Pesakit yang telah mendaftar sebagai pesakit FPP akan dikenakan bayaran penuh tanpa subsidi kerajaan bagi mendapatkan perkhidmatan rawatan perubatan Pegawai Perubatan Pakar yang dilantik untuk menjalankan perkhidmatan FPP di hospital-hospital kerajaan yang terpilih. Sebahagian hasil daripada pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan melalui FPP akan diberikan kepada Pegawai Perubatan Pakar yang berdaftar di bawah perkhidmatan ini. Kadar caj bagi perkhidmatan perubatan untuk pesakit FPP adalah tertakluk kepada Akta Fi Pesakit Bayar Penuh (2007).

Kaedah pembayaran bil FPP boleh dibuat secara: tunai, kad kredit, kad debit atau draf bank. Surat jaminan (guarantee letter atau GL) syarikat swasta dan insuran perubatan yang mempunyai perjanjian persefahaman bersama Bahagian Kewangan KKM bagi perkhidmatan FPP juga boleh digunapakai untuk pembiayaan kos rawatan.

KKM sentiasa komited untuk terus menyediakan dan memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat dan yakin bahawa Pegawai Perubatan Pakar di KKM akan terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat serta memastikan perkhidmatan FPP ini tidak menjejaskan pemberian perkhidmatan kepada pesakit awam yang lain. Adalah diharapkan inisiatif ini dapat meningkatkan motivasi dan minat Pegawai Perubatan Pakar di KKM untuk terus memberi perkhidmatan cemerlang mereka di fasiliti kesihatan KKM.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

20 Oktober 2016