Saturday, 29 October 2016

146 AHLI PPBM (BERSATU) ISYTIHAR KELUAR PARTI


*PEMBOHONGAN TERBONGKAR*

Seramai 146 ahli *Pertubuhan Pribumi Perkasa* di kawasan gugusan Felda Kertih, Dungun telah mengisytiharkan keluar daripada pertubuhan itu malam tadi, 28 Oktober 2016, setelah mendapati sebahagian nama mereka didaftarkan sebagai ahli *Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi)* tanpa kebenaran dan pengetahuan mereka.

Usaha terdesak itu diketuai oleh Ketua Pendaftar Pribumi Negeri Terengganu, Mastura Othman yang juga Pengerusi Perkasa Dungun.

Tindakan keluar ahli beramai-ramai itu dibuat kerana tidak mahu dikaitkan dengan parti anti Melayu Islam iaitu DAP. Parti Pribumi dan DAP hari ini adalah 'bersaudara'. Prinsip mereka menyertai Perkasa kerana mahu melawan kebiadapan DAP terhadap Melayu Islam. Apabila mengetahui terdapat ahli Perkasa di Dungun diperkudakan untuk menyertai parti Pribumi yang bersubahat dengan DAP, maka mereka ucap *Selamat Tinggal* kepada Perkasa dan Pribumi.

Pengumuman untuk terus bersama UMNO itu dibuat di Felda Kertih 2, Dungun yang turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato' Din Adam.

Pada majlis yang sama, UMNO turut menerima 100 borang penyertaan daripada ahli dan penyokong PAS di Felda Kertih 2 yang diketuai Encik Mohd Senik.