Tuesday, 3 November 2015

TIADA LAGI ISTILAH “UMNO KAMPUS”.

Sudah bertahun-tahun kita selalu mendengar teriakan atau istilah “UMNO KAMPUS”  oleh mereka yang selama ini mengaku non-partisan tetapi, sebenarnya itu hanyalah modal politik mereka untuk mengungguli sesi Pemilihan MPP atau Pilihan Raya Kampus sahaja. Mengapa perlu berbuat demikian? Hal ini adalah disebabkan oleh UMNO itu sendiri yang dilihat semakin tidak relevan untuk kalangan mahasiswa dan orang muda.

untuglah orang ajak join parti
Bukan mengenai isu tidak relevannya UMNO pada hari ini yang hendak diceritakan tetapi, mengenai kemunafikan mereka yang selama ini berjuang atas dasar DEMI MAHASISWA dilihat semakin menguncup. Ibarat seperti ‘hangat-hangat tahi ayam’ rupanya meraka selama ini  perjuangan di kampus. Hakikatnya, mereka tak ubah seperti lembu dicucuk hidung turut sama merelakan dirinya diperkudakan oleh parti politik yang dinaungi pembangkang .

Andai kata istilah “UMNO KAMPUS” masih meniti dibibir mereka? Tidak perlulah gelabah kerana, sekurang-kurangnya kita tidaklah kemaruk seperti mereka yang hanya tahu untuk berpolitik 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Itupun hanyalah sekadar untuk diihat seperti cakna dengan isu-isu semasa maklumlah, wakil pelajar katanya pada ketika itu. Maka akses itulah yang digunakannya selama ini untuk meraih sokongan  daripada kalangan mahasiswa.

Mahasiswa yang hendak berpolitik memanglah tidak lagi menjadi kesalahan kerana AUKU pun sudah menyatakan bahawa demikian setelah dipinda pada tahun 2012. Namun, berwaspadalah dalam berpolitik dan jangan kita pula yang terlebih menteri daripada menteri kerana, dalam politik ini disangkanya panas hingga ke petang tetapi, hujan di tengah hari.


Semoga kalian mahasiswa bijak menggerakkan buah catur dalam dunia politik ini. Cuma persoalannya, adakah istilah “UMNO KAMPUS” masih relevan untuk digunakan?