Tuesday, 5 May 2015

#PRKPERMATANGPAUH: RAFIZI PERTIKAI CALON BN KEMPEN RUMAH KE RUMAH #P044

 Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli dalam sidang medianya di Bilik Gerakan PKR  dengan mempertikaikan calon Barisan Nasional (BN) yang mengadakan kempen rumah ke rumah bagi mendapatkan sokongan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh di sini.
Menurutnya lagi, jentera BN yang berkempen dari rumah ke rumah pada PRK Permatang Pauh kali ini dilihat lebih tersusun dan ekstrem dalam meraih undi.
Keadaan ini sangat merisaukan jentera PKR dan Pakatan Pembangkang yang bimbang akan berlakunya rasuah dalam mendapatkan undi.
Dalam memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi, PKR akan membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung aktiviti ini yang boleh mengundang rasuah.
Bagaimanapun, kenyataan Rafizi itu seolah-olah memakan diri sendiri apabila jentera PKR bersama Wanita PAS dan DAP turut dilihat melakukan kempen dari rumah ke rumah dalam usaha menarik sokongan dengan menghadiahkan barangan keperluan di sepanjang PRK Permatang Pauh ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR itu turut mempertikaikan calon BN yang lebih banyak senyum berbanding bercakap dalam sesuatu perkara seperti mana calon PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah.
Menjadi amalan bagi calon BN untuk tidak bercakap banyak tetapi tetap menunaikan janji agar rakyat merasai janji yang akan ditepati.
Rafizi dilihat ketandusan isu di dalam PRK Permatang Pauh ini dengan lebih banyak menyerang BN berbanding berusaha untuk menyakinkan rakyat bahawa PKR boleh membawa perubahan kepada penduduk Permatang Pauh selepas mereka gagal mengemukakan manifesto seperti mana yang dilakukan BN.