Friday, 8 May 2015

ISU TH DAN TRX YANG SENGAJA DIPOLITIKKAN

Sejak malam semalam tersebar di media sosial mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang hartanah di kawasan Segitiga Emas KL dari 1MDB untuk menyelamatkan 1MDB. Satu bidang hartanah untuk Residential Tower yang bernilai RM 188.5 juta dan satu bidang untuk Signature Tower yang bernilai RM 577 juta.
Itu adalah satu laporan yang tidak benar yang cuba membakar sentimen pendeposit-pendeposit TH.
Dakwaaan tersebut tidak benar 100 %.
Tanah tersebut tidak dibeli oleh Tabung Haji (TH). Ianya dibeli oleh Tabung Haji Properties (THP). Sebuah anak syarikat TH yang beroperasi dalam bidang hartanah. Di sini orang ramai perlu faham perbezaan antara TH dengan THP. Bidang THP adalah beli tanah, jual tanah, bina bangunan, beli bangunan dan jual bangunan. Pernahkah anda dengar pendeposit-pendeposit pergi menyimpan duit di THP ? Pernahkah anda dengar THP yang menguruskan jemaah-jemaah haji ke Tanah Suci ?
THP tidak membeli kedua-dua bidang tanah seperti yang didakwa. THP hanya membeli SEBIDANG SAHAJA untuk pembangunan Residential Tower dengan harga RM 188.5 juta. Pembelian itu dibuat setelah THP membuat kajian dengan teliti merangkumi pelbagai aspek. Selain daripada untung rugi sebarang aspek bisnes melibatkan THP antara yang utama diambil kira adalah urusniaga yang dijalankan adalah mestilah mengikut syarak.
Kenapa THP membeli tanah 1MDB ?
Perniagaan melibatkan hartanah adalah perniagaan teras THP. Apabila ada peluang yang baik untuk mendapat untung maka sudah tentulah peluang harus diambil.
Kenyataan balas oleh pihak TH
Tanah yang ditawarkan berada di kawasan Segitiga Emas yang mana ianya tanah yang bernilai tinggi dan peluang mendapat untung yang lumayan. Pelabur-pelabur lain daripada dalam dan luar negara berebut-rebut membeli tanah di kawasan berkenaan dengan harga yang lebih tinggi kerana potensi pulangan yang lumayan. Salahkah jika sebuah agensi umat islam membeli tanah dikawasan yang menjadi rebutan pelabur ?
Tambahan pula THP ditawarkan dengan harga yang lebih rendah. THP telah melantik sebuah penilai bebas untuk menilai pasaran di kawasan berkenaan. Kajian yang dijalankan mendapati apabila siap kelak nilai bangunan itu RM 828 juta. Manakala modal yang THP keluarkan untuk pembelian tanah (RM 188.5j) dan modal pembinaan bangunan (RM 456j), dimana kos keseluruhannya RM 644.5j. THP akan mendapat untung RM 183.5j dalam masa 3 tahun.
Dimana dengan wang keuntungan RM 183.5j , ianya boleh menanggung seramai 25’171 orang subsidi jemaah haji.
Laporan polis yang dibuat berhubung dengan tuduhan ini
Disini umat islam perlu faham, setiap tahun kos menunaikan haji semakin meningkat. Di Malaysia jemaah kali pertama hanya perlu membayar RM 9980.00 untuk menunaikan haji. Sedangkan kos sebenar untuk menunaikan haji sekarang adalah RM 17’270.00 seorang. TH perlu menanggung subsidi sebanyak RM 7290 seorang jemaah. Bayangkan sebanyak 40 ribu jemaah yang perlu ditanggung. Kosnya mencecah 300 juta setahun. Itu belum diambil kira lagi kos petugas, pembimbing haji, kesihatan dan sebagainya. Subsidi hanya untuk menanggung penginapan dan pengangkutan sahaja.
Atas dasar itulah anak-anak syarikat TH termasuklah THP perlu agresif mencari peluang-peluang perniagaan yang menguntungkan. Kerana setiap tahun setiap anak syarikat akan membayar dividen kepada syarikat induk iaitu TH. Wang itu yang digunakan untuk menanggung subsidi haji serta membayar dividen yang mencecah 8 % setahun kepada penyimpan.
Jika tidak ada perniagaan bagaimana mahu membuat untung. Jika tidak membuat untung bagaimana mahu menolong umat-umat islam di Malaysia menunaikan haji ? Bagaimana mahu membayar dividen kepada penyimpan ?
Jika THP menolak tawaran yang ditawarkan 1MDB mereka telah terlepas satu peluang perniagaan yang menguntungkan. Perlu diingat bukan senang untuk anak-anak syarikat TH mencari perniagaan. Kerana mereka terikat dengan syarak. Setiap sen yang dilaburkan mereka perlu tahu halal haram kerana wang itu akan digunakan untuk jemaah haji.
Ada dakwaan yang mengatakan 1MDB mendapat tanah tersebut dengan harga yang lebih murah dan dijual kepada THP dengan harga yang lebih mahal. Untuk pengetahuan, dalam perniagaan hartanah atau perniagaan apa-apa sekalipun, kita tidak boleh mengambil kira berapa modal penjual. Kita perlu tahu berapa modal kita dan berapa kita akan dapat untung. Jika kita rasa menguntungkan kita maka kita boleh beli. Bagaimana pula dengan anak orang kampung yang mendapat tanah percuma daripada bapa mereka kemudian hendak dijual dengan harga yang mahal ? Bolehkah kita pertikaikan ? Dalam hal ini THP telah melantik penilai untuk menilai tanah tersebut sebelum membelinya. Tanah yang dijual 1MDB telah ditukar status dan siap dengan infrasuktur. THP hanya beli dan boleh terus bina bangunan.
Kesimpulannya dalam kes ini tidak ada apa-apa isu . THP tidak menyelamatkan mana-mana syarikat (bailout). THP hanya membeli aset dimana untuk mereka mendapat untung dan akhirnya untung itu akan dinikmati oleh bakal jemaah-jemaah haji serta pendeposit.
Isu ini sengaja dipolitikkan untuk tujuan politik. Semoga Allah membuka pintu hati mereka.

PRESIDEN KK7 MENJAWAB TUDUHAN LIAR UMANY

"Wakil ProM mendapat tentangan semasa edaran borang soal selidik, wakil Gerak rampas kertas soal selidik"
Berikutan pengeluaran poster yang bersifat tuduhan daripada UMANY, saya terpanggil untuk membuat beberapa penjelasan dan beberapa persoalan.
1. Dakwaan mengatakan saya (PRESIDEN KK7) merampas borang kaji selidik ini adalah TIDAK BENAR sama sekali. Saya hanya minta secara baik daripada si pengedar (yang merupakan kawan saya sendiri) dan rasanya saya perlu ambil tahu borang kaji selidik yang hendak diedarkan di kolej kediaman saya sendiri kerana ini adalah tanggungjawab seorang presiden terhadap apa yang berlaku di kolej kediaman.
2. Yang kedua, mengapa perlu ada label wakil ProM dan ada wakil Gerak? kata sepakat telah dinyatakan oleh YB Presiden kita yang mana bila berada dalam MPP, sikap partisipasi perlu diketepikan, sebaliknya bersama dalam memastikan kebajikan pelajar. Ini cubaan untuk memecahbelahkan kami dalam MPP. Saya kira YB Presiden perlu ambil serius berkenaan perkara ini. Jika tidak, motto yang kita jaja keliling kampus iaitu "In Union There is Strength" tidak relevan.
3. Ketiga, tiada surat kelulusan rasmi ditujukan kepada pihak pentadbiran kolej...saya sendiri berulang-alik bertanyakan status surat tersebut. Pada masa tersebut saya telah mengetahui daripada pihak YDP sendiri berkenaan surat yang telah diluluskan, namun masih tidak mencukupi sekiranya pihak pengetua dan pentadbiran kolej sendiri tiada mendapat makluman tentang survey yang dilakukan. Saya tidak punyai masalah sekiranya tidak melalui prosedur yang betul. Cumanya, kenapa anggap saya seperti orang asing dalam MPP. Saya juga merupakan PRESIDEN KK7, kenapa tak melalui saya pada masa tersebut? Saya juga boleh beri kerjasama memastikan survey ini berjalan dengan baik.
4. Selain itu, saya sendiri berada pada mesyuarat tentang survey ini pada beberapa bulan yang lalu dan setuju apabila mengikut prosedur yang betul. Pada tahun lepas saya sendiri mengikut operasi survey ini dijalankan mana mungkin tergamak nak menghalang operasi yang sama pada sesi kali ini sedangkan saya sendiri juga merupakan salah seorang mpp pada sesi ni.
5. Saya berpendapat, tindakan UMANY menyebarkan propaganda seperti ini adalah tindakan yang paling tidak profesional dan bersifat perkauman. Kalau kita lihat poster yang dikeluarkan hanya menggunakan bahasa cina. Ini menyebabkan maklumat yg cuba disebarkan hanya tertumpu kepada kumpulan sasaran yang faham sahaja. Ini tidak adil. Kenapa perlu wujudkan sentimen seperti ini? Seolah-olah motto yang PMUM jalankan itu sudah tidak relevan memandangkan ada juga diantara kita di dalam PMUM yang cuba memecahbelahkan masyarakat di dalam kampus.
6. Kalau benar PMUM mementingkan perpaduan diantara kita semua, saya bertanggapan UMANY patut dimansuhkan. YDP Presiden perlu bertanggungjawab dalam hal ini. Kita sebagai satu uniti dan badan yang dipilih oleh mahasiswa perlu bersifat adil dan tolak segala jenis ancaman perkauman di dalam kampus.
Sekian. (bersyukur pandai membaca dan fasih dalam bahasa cina - mandarin).

                                   ---------------------------------------------------------------------------
Kalau bercakap mengenai UMANY dari dulu lagi gerakan parasiti dalam Pro Mahasiswa ini terlebih Pro Mahasiswa daripada Pro Mahasiswa. Mengapa tidak terus berdiri atas kaki sendiri sahaja UMANY daftarkan sahaja gerakan kalian itu sebagai gerakan politik di kampus UM ini.

MP tertanya juga, apa kaitan UMANY dalam survey oleh PMUM ini, adakah mereka ini sebenarnya pun PMUM juga sebenarnya? Mana tak ya tiba-tiba sahaja, mereka ini pula seolah-olah hendak menjuarai sesuatu isu yang berlaku dan ada juga dicetuskan olehnya sendiri.

Ingat lagi tak isu Dr Adib KK2 dan flyers #KitaLawan tempoh hari dulu yang digerakkan oleh UMANY ini? Harapnya untuk kali yang akan datang jangan ditunjuk bangang yang dimiliki, tak pasal-pasal kena kat kita balik. Salam Jumaat UMANY

Thursday, 7 May 2015

#PRKPERMATANGPAUH: VIDEO JENTERA PKR SERANG PETUGAS BN #P044



Alah bisa tegal biasa, itulah sentimen yang selalu dimainkan PKR ketika hari pembuangan undi berlangsung. Lebih-lebih kawasan pernah dimenanginya dahulu. Taktik kotor ini adalah untuk menakutkan pengundi-pengundi keluar mengundi.

Video ini berlaku semasa proses pengundian di SMK Guar Perahu pagi tadi apabila petugas BN diserang oleh jentera PKR. Mungkin inilah yang harus dilakukan jikalau kita inginkan demokrasi ala-ala PKR.

Tuesday, 5 May 2015

#PRKPERMATANGPAUH: RAFIZI PERTIKAI CALON BN KEMPEN RUMAH KE RUMAH #P044

 Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli dalam sidang medianya di Bilik Gerakan PKR  dengan mempertikaikan calon Barisan Nasional (BN) yang mengadakan kempen rumah ke rumah bagi mendapatkan sokongan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh di sini.
Menurutnya lagi, jentera BN yang berkempen dari rumah ke rumah pada PRK Permatang Pauh kali ini dilihat lebih tersusun dan ekstrem dalam meraih undi.
Keadaan ini sangat merisaukan jentera PKR dan Pakatan Pembangkang yang bimbang akan berlakunya rasuah dalam mendapatkan undi.
Dalam memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi, PKR akan membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung aktiviti ini yang boleh mengundang rasuah.
Bagaimanapun, kenyataan Rafizi itu seolah-olah memakan diri sendiri apabila jentera PKR bersama Wanita PAS dan DAP turut dilihat melakukan kempen dari rumah ke rumah dalam usaha menarik sokongan dengan menghadiahkan barangan keperluan di sepanjang PRK Permatang Pauh ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR itu turut mempertikaikan calon BN yang lebih banyak senyum berbanding bercakap dalam sesuatu perkara seperti mana calon PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah.
Menjadi amalan bagi calon BN untuk tidak bercakap banyak tetapi tetap menunaikan janji agar rakyat merasai janji yang akan ditepati.
Rafizi dilihat ketandusan isu di dalam PRK Permatang Pauh ini dengan lebih banyak menyerang BN berbanding berusaha untuk menyakinkan rakyat bahawa PKR boleh membawa perubahan kepada penduduk Permatang Pauh selepas mereka gagal mengemukakan manifesto seperti mana yang dilakukan BN.

Monday, 4 May 2015

#PRKROMPIN: MEREKA SUDAH MULA MENYERANG LAWAN #P091

Kisahnya adalah bermula daripada satu sms yang diterima oleh penduduk sekitar Rompin. Pada masa yang sama mereka yang menerima sms sedemikian juga merupakan bakal pengundi di Parlimen pada 5 Mei yang jatuh pada hari Selasa.

            Walaubagaimanapun, tindakan yang sedemikian ini adalah black ops oleh pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan kumpulan BN di Rompin. Barangkali mereka ini terlampau terdesak disebabkan berlaku pemulauan oleh kumpulannya sendiri disebabkan beberapa isu yang berlaku sesame kumpulan ini sendiri.

            Untuk apa sebenarnya mengaitkan sms tersebut dengan arwah JJ yang sudah tiada. Namun, itulah politik lebih-lebih apabila menjelangnya pilihan raya tidak kiralah umum atau kecil permainan yang kotor ini sudah muak untuk dpertontonkan sebenarnya.

            Harapnya, sewaktu hari pembuangan undi nanti berfikirlah semasak-masaknya akan siapa dan dari parti manakah yang diundi kalian agar apa kalian lakukan ini tidak membawa kepada penyesalan di hari kelak.

            Menang atau kalah itu adat pertndingan tetapi, biarkanlah ALLAH SWT yang menentukan segalanya kepada kita. Yang pasti kita sudah berusaha untuk mendapatkannya.

FMC: KENAPA BILA HENDAK MEROYAN DIKAITKAN PULA DENGAN UMNO?



Selepas dikaitkan dengan kumpulannya yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE beberapa hari yang lepas. Kini admin daripada Familia Myvi Club tampil dengan kenyataan terbarunya yang mana seolah-olah mahu UMNO terlibat sama kes yang dihadapinya.

Sudahlah berlumba secara haram walaupun diatas lebuhraya sehingga tiga sekeluarga meninggal dunia disebabkan oleh kecelakaan yang berpunca daripada FMC nya sendiri selepas melanggar Pajero Sport yang dinaiki mangsa. Walaubagaimanapun, terimalah hakikat bahawa FMC dan ahlinya kini sedang dikecam dan dicemuh oleh seluruh rakyat Malasysia selepas insiden terbabit.      

Akan tetapi mengapa pula kalian ingin mengaitkan pula dengan UMNO? Apakah UMNO ini dilihatnya seperti firma guaman yang berkhidmat secara sukarelawan kepada kliennya? Mungkin itulah tindakan yang paling sangap terlintas di benak fikiran mereka sekarang ini. Rajin pula UMNO ingin membantu dalam hal ini. Isu GST dan TPPA pun masih belum berpenghujung untuk UMNO menghadapinya selepas mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat inikan pula ingin mencampuri kelab Myvi pembunuh ini.

Apa yang pasti walaupun beberapa figura dalam UMNO seperti Ahmad Maslan dan Hasan Malek gagal menjawab beberapa persoalan dalam isu mutakhir ini. Akan tetapi UMNO tiadalah sebodoh kalian dalam FMC itu untuk menghulurkan bantuan kepada kalian kerana, banyak lagi perkara yang mereka hendak fikirkan.


Oleh itu, kepada admin FMC apakah Tuhan sudah tidak wujud lagi didunia ini sehinggakan UMNO juga yang dicari taktala ditimpa dugaan yang sebegini rupa. Wallahualam….

P/S: Ini sebenarnya akaun palsu yang sengaja mengaitkan kelab tersebut dengan UMNO agar seluruh rakyat mencemuh FMC dengan UMNO. Walaubagaimanapun, berhati-hatilah dengan akaun palsu yang sebegini rupa di Facebook mahupun Twitter.