Saturday, 25 April 2015

#PRKPERMATANGPAUH: PERTEMBUNGAN EMPAT PENJURU BAGI MEREBUT KERUSI PARLIMEN #P091

Berakhirnya proses penamaan calon sebentar di IKBN Bukit Mertajam. Maka wujud persaingan 4 penjuru pada PRK Parlimen Permatang Pauh 7 Mei ini membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta dua calon bebas.

                Antara calon yang bertanding ialah, Suhaimi Sabudin(BN), Wan Azizah (PKR), Azman Shah Othman (Bebas) dan Salleh Ishak (Bebas). SPR menetapkan 7 Mei depan sebagai hari pengundian bagi PRK Parlimen Permatang Pauh, sementara pengundian awal akan diadakan pada 3 Mei ini.

                Kerusi Parlimen Permatang Pauh diumumkan kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan beliau.


Pada 16 Mac lalu, Lembaga Pengampunan Diraja menolak rayuan anak dan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah dan dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan 10 Mac lalu kerana kesalahan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. Sehubungan dengan itu, selaras dengan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan telah wujud kekosongan luar jangka. SUMBER