Tuesday, 24 March 2015

#KITALAWAN : SAMPAI BILAKAH MEREKA TERUS JADI BEGINI ?? #KITAKAWAN


SHAH ALAM – Seramai 79 individu termasuk 21 wanita ditahan polis ekoran Himpunan Bantah GST yang diadakan di pejabat Kastam Kuala Lumpur, di Kelana Jaya, hari ini.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, antara yang ditahan termasuk pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),  Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Ketua Penerangan Pemuda Pas, Nasaie Ismail.

“Sebanyak tiga buah trak terlibat menahan mereka. Buat masa sekarang tidak banyak maklumat diberikan oleh polis,” katanya ketika dihubungi menerusi sistem aplikasi sosial Whatsapp. 

Suhaizan turut berkesempatan mengongsikan gambar keadaan semasa Dr Hatta, Chegubard dan Nasaie di dalam kenderaan polis.

“Pejuang Bantah GST  Dr Hatta Ramli, Ketua Penerangan Pemuda Pas, Nasaie Ismail dan Chegubard dalam trak polis. Rakyat tertindas bangga bersama anda,” katanya.

Sebelum ini, sekumpulan individu yang mendakwa mewakili Gabungan Bantah GST melibatkan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) hadir menyuarakan bantahan tersebut yang berlangsung pada hari ini.

Kumpulan itu turut mengajukan 106 soalan kepada pihak kastam. 

Sumber: Sinar Harian 23/3/2015.





      
          Dengarnya, dalam 79 individu termasuk juga segerombolan mahasiswa yang ditahan dek kerana nak jadi pejuang dalam Himpunan Bantah GST. Entah apalah yang dimahukan sebenarnya oleh mereka ini, sedang masalah kami di kampus pun masih belum berkesudahan tetapi hendak menyibuk dengan isu luar kampus . Kalau begitu lebih baik jadi ahli politik terus alang-alang sangat nak jadi pejuang

         MP bukannya apa kerana mereka ini juga adalah kawan-kawan MP juga sewaktu di kampus. Walaupun mereka berbeza pandangan dengan MP(maklumlah MP ni MACAI jerrrrr) tetapi itu bukanlah alasan untuk kita main tarik muka. Hanya jenis-jenis yang tertentu sahaja yang sanggup berbuat demikian dek kerana taksub dengan bait-bait ucapan Godfather parti kesayangan mereka itu.

           Akan tetapi dek kerana hak berhimpun adalah kalian, teruskanlah seandainya ia benar-benar membawa faedah buat kita semua. Seandainya kaedah itu menjadi MP pun turut berbangga akan kejayaan itu tapi, apakah aksi mereka itu pernah membuahkan hasil kepada kita sebelum ini, khasnya rakyat Malaysia? Biarkanlah mereka itu dengan aksinya demi memperlihatkan kepada dunia bahawa Malaysia ini adalah sebuah negara Demokrasi yang mengamalkan konsep Totalitarian.

          Barangkali itulah niat sebenar mereka. Walaubagaimanapun, harapnya apa yang dibuat itu tidaklah sehangat-hangat tahi ayam seperti OCCUPY UM dahulu. Harapnya  Ketua Polis Negara , Tan Sri Khalid Bin Abu Bakar mengarahkan anggotanya supaya memberikan layanan sebaiknya kepada mereka ini. Wallahualam


Friday, 20 March 2015

ATAS NAMA APAKAH PERLAKUAN INI WAHAI SPAD?





Dikala kita semua masih dalam dilema mengenai isu-isu yang berbangkit dan masih belum terjawab seperti 1MDB, GST dan skandal pembelian Jet Peribadi untuk kegunaan Yaang Di Pertuan Agong, Raja-raja Melayu dan Perdana Menteri masih belum terjawab. Akan tetapi, belum pun gelora isu tersebut reda kini muncul pula isu baharu yang menjadikan rakyat semakin panik akan kehidupannya hari ini, iaitu kenaikan harga tambang bagi pengangkutan awan

Dapat dilihat disini bahawa harga tambang pengangkutan awam seperti Bas Ekaspres, Kereta Api dan Komuter sudah di isytiharkan akan kenaikannya pada awaql Mei nanti. Sudahlah impak GST masih belum diketahui bagaiman keadaannya nanti apakah positif atau negative kepada rakyat kelak. Kini isu ini pula yang menjadi trending dalam perbualan masyarakat kita pada hari ini. Hal ini kerana, naiknya pula bukanlah RM 1 atau RM 2 tetapi 20% daripada harga sebelum ini.

Apakah yang sebenarnya mahu dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan dengan agensi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang dikelola oleh Tan Sri Syed Hamid Albar. MP sendiri pun tidak tahu untuk apakah ini semua harus dilakukan, sudahlah harga minyak dunia mas
ih dengan harga USD 56 setong dan GST pula tidak dikenakan kepada tambang pengangkutan awam.
Harapnya, Majlis Jawatankuasa PEMANDU buatlah kajian yang lebih terperinci mengani perkara ini supaya rakyat akan merasa ditindas dengan perkara yang sebegini rupa. Memang diakui bahawa kenaikan harga tambang pengangkutan awam ini mempunyai pro dan kontranya sendiri. Akan tetapi haruslah diingat bahawa impaknya kerajaan-lah yang menanggungnya tetapi tempiasnya pula kepada partinya. 

Agaknya apa komen Low Tiong Lai mengenai perkara ini, kalau Ismail Sabri yang memberi respon mungkin kali kedua beliau di cop rasis oleh sebuah Parti Komponen dalam Barisan Nasional.

P/S: dengarnya k
abinet menunda pula kenaikan harga tambang pengangkutan, sampai bilalah pula ya?





Tuesday, 17 March 2015

#KAKUM2015: SPKUM TERUS MENJAGA HAK MAHASISWA UM, KEMANA HILANGNYA PMUM?



           Sekretariat Presiden Kolej Universiti Malaya adalah sebuah sekretariat yang menghimpunkan seluruh Presiden-presiden Kolej kediaman di Universiti Malaya. Objektif asalnya adalah untuk membawa suara dan menjaga kebajikan mahasiswa yang menetap di kolej kediaman UM. Idea untuk mendaftarkan sekretariat ini telah wujud ketika saudara Marwan Kahar Bin Baharuddin menjawat jawatan Presiden Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin atau lebih dikenali sebagai Kolej Kediaman Ke-9.

            Walaubagaimanapun, kini organisasi ini dilihat semakin kehadapan dan juga melakukan beberapa perkara yang memperlihatkan mereka ini seperti Majlis Perwakilan Pelajar. Antaranya, menyuarakan bantahan penganjuran Pidato Anwar Ibrahim 40 Tahun Dari Penjara ke Universiti, yang mana pengajurnya adalah Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya sesi 13/14. Ini memperlihatkan bahawa SPKUM bukanlah sekadar menjaga kebajikan pelajar Kolej Kediaman sahaja malahan, turut menjaga kebajikan warga UM khususnya.

             Namun seperti yang kita dapat lihat, organisasi ini telah meletakannya di suatu tempat yang baharu melalui penganjuran KAKUM yang julung kalinya diadakan di kampus UM. KAKUM ini dengan jayanya dilangsungkan pada 11 Mac sehingga 15 Mac lepas dan dirasmikan pula oleh Naib Canselor UM pada 13 Mac 2015.

             Bercakap  mengenai pengisiannya, KAKUM ini dilihat seolah-olah meyaingi Festival Konvokesyen Universiti Malaya. Hal ini kerana, aktiviti-aktiviti yang diadakan seolah sama seperti berbalas pantun, bual bicara dengan ikon-ikon terkenal yang pernah menuntut di UM dahulu. Cuma hanya figura-figura politik sahaja yang tidak dipanggil pada KAKUM. 

             Ironinya, KAKUM juga telah mengadakan satu Persidangan Mahasiswa Kolej Kediaman di Bilik Court UM, yang mana pelbagai isu berbangkit seperti penambahan fasiliti di UM, isu merit, isu Malam Anugerah Kolej telah dibawa ke dalam perbincangan ini. Apakah SPKUM ingin mengambil alih kuasa PMUM? Adakah PMUM yang dipilih hanya pandai cakap kosong sahaja? Terpulanglah kepada pendapat  masing-masing.

             Namun untuk kali ini, walaupun dilihat sebagai satu Projek Mega yang baharu, harapnya penganjuran KAKUM di sesi akan datang diadakan dengan lebih meriah lagi untuk menarik sambutan daripada pelajar UM. Walaubagaimanapun, diharapkan SPKUM terus relevan untuk membawa UM lebih kehadapan dikala PMUM terus sibuk dengan isu-isu luar seolah-olah seperti ‘kera dihutan disusukan tetapi, anak dirumah mati kelaparan. Tahniah diucapkan kepada barisan dan tenaga yang menggerakkan KAKUM terutamanya kepada Presiden-presiden kolej dan Jawatankuasa Tindakan Kolej masing-masing.

Wednesday, 11 March 2015

ANTARA GST DENGAN KRISIS EKONOMI DI MALAYSIA

Malam tadi telah diadakan satu perdebatan diantara Rafizi Ramli, Dr Zaharuddin serta Lokman Nor Adam berkenaan dengan GST di Universiti Malaya.
Tapi malam tadi jelas dilihat bahawa Rafizi Ramli tidak mampu untuk menghuraikan apa itu GST yang dikatakan selama ini menyusahkan rakyat dan bakal membebankan rakyat. Oleh kerana terlalu hendak menunjukkan bahawa GST itu bermasaalah dan untuk mematahkan hujah Lokman Adam, Rafizi mungkin tidak mengkaji bahawa permulaan cukai GST di Singapura sebenarnya bermula dengan 3% dan bukan 2% seperti yang disebutkan oleh beliau pada malam tadi.
Untuk menunjukkan kehebatan beliau yang sebelum itu ditangkap oleh pasukan polis diatas akta perhimpunan aman, Rafizi jelas menipu bahawa beliau mengatakan bahawa jika beliau tidak dibebaskan untuk pergi ke UM malam tadi maka pelajar UM akan merempuh balai polis Dang Wangi. Sebenarnya siapa dia ini untuk mengarahkan pelajar-pelajar Universiti untuk mengikut telunjuknya berbuat demikian sedangkan demonstrasi #KitaLawan yang dianjurkannya pun sudah kurang mendapat sambutan, inikan pula untuk merempuh pagar Balai Polis Dang Wangi.
Berbalik pada kisah debat malam tadi, Rafizi jelas tidak mampu mengeluarkan fakta berbanding dengan Lokman Adam yang menjelaskan secara terperinci berkenaan dengan GST.
Rafizi hanya mampu membuat perbandingan dengan negara luar yang mana jelas dan nyata kadar GST mereka adalah tinggi. Kalau setakat itu saja pemikiran seorang Pengarah Strategi PKR memang patutlah Kajang Move dan usaha untuk melantik Wan Azizah menjadi MB Selangor juga menemui kegagalan. 

Untuk laporan penuh perjalanan program (KLIK DISINI).




Monday, 9 March 2015

BETUL KE MARINA SEDANG BODEK TUN M UNTUK SERTAI PKR


Cerita ini mungkin seolah-olahsebuah fantasi seperti sekuel Harry Potter mahupun Lord of The Ring. Walaubagaimanapun, dalam politik juga cerita-cerita yang sebegini rupa pun ada juga dimainkan, makin hebat pula ianya dimainkan setelah Anwar Ibrahim dipenjarakan di Sungai Buloh.
Sejauh manakah kebenarannya mungkin hanya Allah S.W.T yang mengetahuinya, lagipun itulah hakikatnya Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan dan Barisan Nasional khususnya. Oleh itu, mereka pun cubalah untuk memihak kepada sesebuah pihak yang sedang bertelagah sekarang ini dan cuba untuk menikmati hasilnya setelah perancangan mereka ini berjaya kelak.
Walaubagaimanapun, adakah benar bahawa Tun Mahathir dikaitkan dengan jawatan Ketua Pembangkang ini. Tidakkah pelik jika dahulu beliau berusaha gigih untuk membangunkan Malaysia ini sehinggakan nama Malaysia dikenali di seluruh, tiba-tiba cuba pula untuk menyertai sebuah parti yang tidak pernah berhenti mengutuknya sewaktu menjawat jawatan Perdana Menteri dahulu. Macam tak logik bunyinya.
Walaubagaimanapun,menurut sumber pemimpin Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim membayangkan bahawa Pakatan sudah ada  penganti yang layak untuk mengantikan Ketua Pembangkang  dan layak untuk memikul tugasan yang berat itu.
Orang yang  dimaksudkan oleh Zamil Ibrahim tersebut tidak lain tidak bukan ialah Tun Dr Mahathir dan juga Daim Zainuddin yang mana dikatakan  telah bersedia mengalas tanggungjawab Anwar Ibrahim sebagai pengkritik  kerajaan pimpinan Najib Razak. Persoalannya sekarang  adakah dengan sikap patriotik yang ada dalam jiwa Tun Mahathir akan melakukan tindakan sehingga menumbangkan kerajaan?
Mungkin jika dikaji sejarah, Tun sememangnya ada pengalaman didalam  menumbangkan kepimpinan iaitu Tun Abdullah Badawi, akan tetapi apa yang dibayangkan oleh Pakatan Rakyat ialah menumbangkan kerajaan Barisan Nasional?
Jelas beliau lagi, Tun Daim dan Tun Mahathir adalah diantara tokoh politik yang cukup hebat dari Anwar Ibrahim , ini adalah kerana negarawan tersebut pernah menumbangkan kepimpinan Tun Abdullah Badawi dengan hanya menggunakan blog.
Kehebatan ini sekarang telah menjadi kepimpinan pakatan untuk  ‘meminang” Tun Mahathir dan Tun Daim sebagai barisan yang akan megetuai Pakatan Pembangkang. Angan angan apakah yang sedang menular dalam politik sekarang ini?
Difahamkan juga , bahawa anak Tun Mahathir , Marina Mahathir dikatakan bertindak sebagai orang tengah untuk memujuk Tun Mahathir  meyertai PKR sebagai Ketua Pembangkang. Kekuatan berita ini boleh kita bayangkan bahawa pautan pautan diantara kepimpinan PKR dengan Tun Mahathir.
Diantara pautan  yang dikatakan menjadi kekuatan tersebut ialah  dimana satu ketika dahulu Anwar merupakan anak didik atau anak emas yang dilantih oleh Tun Mahathir , disamping itu juga Azmin pula pernah  berguru dengan Tun Mahathir.
Secara tidak langsung ini menunjukkan bahawa Pakatan Pembangkang sekarang  telah mempunyai Ketua Umum yang baru mengikut bayangan yang tidak secara langsung. Dalam erti kata lain tidak perlu lagi Pakatan Pembangkang risau mencari penganti yang layak.
Jika demikian, adalah tidak menghairankan jika Pakatan Pembangkang secara terangan menamakan Tun Mahathir sebagai orang yang layak untuk mengantikan  Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum untuk menumbangkan  Barisan Nasional.
Sumber dipetik daripada:KLIK DISINI